|
MANCHESTER: Roberto Mancini menafikan pendapat mengatakan pemain Manchester City berada dalam keadaan tertekan mendahului saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).City menduduki tangga teratas untuk sebahagian besar musim tetapi mungkin mendapati diri mereka disingkirkan oleh Manchester United hujung minggu ini.\n\n\n\n United dua mata di belakang City, tetapi skuad Alex Ferguson itu yang juga juara bertahan akan mengatasi jiran mereka itu jika menewaskan musuh tradisi, Liverpool di Old Trafford semalam.\n\n\n\n\n Itu kerana City yang gagal mencipta kemenangan kebelakangan ini ketika bertandang ke gelanggang lawan tidak akan bermain sehingga hari ini apabila mereka berkunjung ke gelanggang pasukan pertengahan liga, Aston Villa.Skuad Mancini yang menghimpunkan pemain mahal hanya menang sekali daripada enam perlawanan di tempat lawan. Sejak kemenangan 3-2 di Queens Park Rangers pada 5 November, City tewas di Chelsea, Sunderland dan Everton, serta seri di tempat lawan menentang Liverpool dan West Brom.Andai tewas di Villa Park, ia akan memberikan United kelebihan besar dari segi psikologi dengan hanya berbaki 13 perlawanan selepas hujung minggu ini. Namun, pengurus City, Mancini tidak bimbang mengenai prestasi pasukannya di tempat lawan dan menolak pendapat bahawa tekanan sudah mula memberi kesan terhadap mereka.“Kadang kala anda boleh tewas perlawanan sedemikian. Namun, kami tidak sepatutnya tewas sebarang perlawanan sedemikian.\n\n\n“Di Sunderland, kami memiliki 70 peratus penguasaan bola dan tewas akibat satu gol ofsaid pada masa kecederaan. Di Everton, kami memiliki 70 peratus penguasaan bola dan melakukan banyak percubaan. Di Chelsea, ia juga sama,” kata Mancini, yang berhasrat meraih kejuaraan liga pertama buat City sejak 1968. City bakal berdepan tiga bekas pemainnya iaitu pertahanan Richard Dunne, pemain tengah Stephen Ireland dan penjaga gol, Shay Given - dengan Mancini bertanggung jawab menjual dua daripada pemain terbabit Ireland dan Given. Namun, Mancini menambah: “Ini adalah Manchester City menentang Aston Villa, bukan menentang Dunne, Ireland dan Given.” Kapten City, Vincent Kompany yang mengalami kecederaan lutut dan Samir Nasri (kelenjar) bakal diturunkan selepas mendapat rawatan, tetapi Mario Balotelli sekali lagi terlepas perlawanan kerana melengkapkan penggantungan empat perlawanan, manakala pemain tengah, Yaya Toure dan pertahanan, Kolo Toure masih beraksi di kejohanan Piala Negara-Negara Afrika. - AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|