|
LONDON: Wayne Rooney mengakui agak terkejut dengan peletakan jawatan Fabio Capello sebagai pengendali England yang turut mencetus kejutan di kalangan bintang bola sepak Inggeris, kelmarin.\rCapello meletak jawatan berikutan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) di Wembley yang antara lain membincangkan rasa tidak puas hati pengendali dari Itali itu berkenaan keputusan majikannya melucutkan gelaran kapten John Terry.\r\n\n\n\n\r Bekas jurulatih AC Milan dan Real Madrid itu berang dengan tindakan FA menghukum Terry yang belum disabitkan kesalahan kerana menghina pertahanan QPR, Anton Ferdinand dalam satu perlawanan Liga Perdana Inggeris Oktober lalu.\r\r\n\n\n\n\n Penyerang Manchester United dan England, Rooney antara pemain Capello paling berpengaruh yang meluahkan kekecewaan tidak dapat bersama pengendali Itali itu pada kancah Euro 2012.\rRooney turut menyatakan keyakinannya terhadap bos Tottenham, Harry Redknapp untuk menjadi pengganti Capello. “Kecewa Capello sudah berhenti. Individu dan jurulatih yang baik,” kata Rooney dalam laman Twitternya.\r“Penggantinya harus seorang Inggeris. Saya pilih Harry Redknapp.” Pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere turut menyuarakan kekecewaannya di atas pemergian Capello selepas pengendali itu memberikannya kepercayaan menyarung jersi England buat pertama kali sebelum musim ini bermula.\r“Terkejut dengan berita mengenai Fabio Capello. Secara jujur saya kecewa. Dia menaruh kepercayaan kepada saya dan memberikan kap pertama. Terima kasih Capello. Pengendali yang baik,” kata Wilshere menerusi laman sosial yang sama. - AFP\r\n\n\n\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|