Post Last Edit by midory at 10-2-2012 01:23
Plastik Dari Bulu Ayam
PERCAYA atau tidak suatu hari nanti barangan plastik atau polimer akandihasilkan dari bulu ayam. Penyelidik dari University ofNebraska, Lincoln telah menemui kaedah baru menghasilkan plastik dari bulu ayam. Bulu ayam mempunyai sejenis bahan yang kaya dengan protein dikenali sebagai keratin. Keratin adalah sejenis protein yang mempunyai sifat mekanikalyang kuat dan berketahanan yang tinggi yang juga terdapat pada paruh dan tandukhaiwan.
Untuk menghasilkan plastik ini, bulu ayam akan dibersihkan terlebih dahulu sebelum dikisar halus menjadi debu. Kemudian sejenis bahan kimia dicampurkan dan diikuti dengan proses pempolimeran. Proses ini akan menyebabkan molekul keratin bergabung dan membentuk rantaian panjang polimer.
Menurut Dr. Yang, penyelidik dari Institute of Agriculture and Natural Resources at the University of Nebraska-Lincoln,plastik yang diperbuat daripada bulu ayam tahan suhu tinggi, kuat, berketahanan tinggi serta tidaktelap air. Lebih penting ia adalah sejenis plastik yang boleh dikitar semula seperti termoplastik berasaskan keratin yang lain. Plastik jenis baru ini bolehdigunakan untuk menghasilkan peralatan dapur seperti pinggan mangkuk, cawan danjuga perkakasan perabot. Ujian mendapati, plastik ini dapat dileburkan padasuhu 170'C.
Penemuan plastik baru ini merupakan satu berita menggembirakan bagi pencinta alam sekitar. Kebanyakan plastik yang digunakan sekarang diperbuat daripada bahan petroleum atau bahan bakar fosil yang tidakboleh atau memakan masa yang lama sehingga ratusan tahun untuk terbiodegradasi.Plastik yang diperbuat daripada bulu ayam ini adalah sebaliknya dan perlahan-lahan akan larut-lesap secara semulajadi.
Berdasarkan fakta, lebih satu bilion kilogram bulu-bulu ayam dibuang ke tapak pelupusan sampah setiap tahun di Amerika Syarikat dan ia mencemarkan alam sekitar. Penemuan baru penghasilan bio-plastik dari bulu ayamini, dijangka dapat mengurangkan kebergantungan terhadap produk berasaskan petroleum. Dan lebih penting ia mesra alam.
credit to majalahsains
|