CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23073|Reply: 18

Cerpen : Cintaiku Sekali Lagi

[Copy link]
Post time 8-2-2012 05:41 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by ShahGraphixer at 8-2-2012 05:53

Assalamualaikum semua. Nak gitau awal-awal cerpen ni mempunyai kesamaan dengan filem CATCH ME, I'M IN LOVE (Boleh tengok trailer dalam Youtube)




tapi saya olah dan sesuaikan jalan cerita dengan keadaan kat Malaysia. Maybe tak 100% sama, tapi kalau nak baca silakan. Kalau tak nak tak apa sebab saya tahu mungkin ramai yang tak suka cerita yang amik konsep jalan cerita dari filem lain ni. Cerpen ini sekadar untuk hiburan dan kepuasan saya sendiri. So, bolehlah bandingkan. Hoho. Semestinya versi original lagi better dari yang ni. Enjoy reading!

So inilah dia.. Cintaiku Sekali Lagi...

------------------------------------------------------------------------------------



CINTAIKU SEKALI LAGI



ZURINA masih terjengah-jengah mencari kelibat seseorang. Sudah hampir satu jam dia menunggu, ternyata sehingga sekarang sahabatnya masih belum sampai. Sesekali dia melepaskan keluhan berat. Zurina mengeluarkan telefon bimbitnya, segera dia mendail nombor sahabatnya.

“Assalamualaikum.. Aisyah, kat mana kau ni?” Zurina lekas menyapa. Suara Aisyah kedengaran perlahan di corong telefon.

Sorry Zurin, aku tak dapat nak lalu ni. Jalan jammed. Anak Perdana Menteri kita baru balik dari London.” Beritahu Aisyah, perlahan.

“Apa kena mengenanya dengan kau? Lantak dialah nak balik ke, tak nak balik ke. Apa kaitannya dengan kau?” Bebel Zurina pula, dia sudah penat menunggu Aisyah di MPH.  Hampir satu jam dia melangut di kedai buku ini, dan nasib baik juga kedai buku ini dilengkapi dengan alat pendingin hawa.

“Memanglah tak ada kaitan dengan aku. Kau imagine ajelah.. Bila anak Perdana Menteri, mesti jalan lain tak boleh lalu. Bersusun bodyguard dengan polis trafik iring dia. Eii kau ni tak faham betullah aku!” Aisyah membalas bebelan Zurina pula. Zurina terdiam. Benar juga apa yang Aisyah katakan. Dia akui kebenaran kata-kata sahabatnya itu.

Memang lazimnya begitu. Setiap kali anak-anak golongan berada yang berstatus tinggi pulang dari luar negara sahaja, ataupun hendak ke mana-mana, pasti jalan raya menjadi sesak! Kadang kala Zurina tidak faham apa relevannya pengawal peribadi dan juga polis trafik untuk mengiringi golongan yang berada ini.

Takut mati? Mungkin ya juga. Atau mungkin takut mendapat ancaman dari pihak luar? Zurina mencebik. Baginya, ajal maut di tangan Tuhan. Tidak kiralah seketat mana kawalan yang dikuatkuasakan, apabila ajal tiba, tiada siapa yang mampu menghalang malaikat Izrail mencabut nyawa seseorang.

“Okeylah. Aku tunggu kau. Tapi kalau boleh jangan lambat sangat. Aku dah bosan tunggu kat sini.” Dengus Zurina lagi, lantas menutup talian. Sesekali dia mengeluh, memandang ke arah semua manusia yang berada di dalam kedai buku itu.

Zurina mengatur langkah, dia menapak ke sebuah bahagian yang menempatkan novel-novel Inggeris. Dia meneliti satu persatu tajuk novel yang ada. Kebanyakan novel yang ada telah dibelinya. Anak matanya tertancap pada sebuah tajuk novel dari penulis Sophie Kinsella, Remember Me. Zurina tersenyum sendiri. Dia amat mengagumi penulisan Sophie Kinsella, sangat bersahaja dan tidak terlalu rapuh jalan cerita yang ditulisnya.

Sedang asyik dia membaca blurb yang berada di belakang novel itu, tiba-tiba sahaja ada seorang lelaki berbadan gempal yang memakai tuksedo melanggarnya. Zurina hampir jatuh akibat dilanggar oleh lelaki itu. Dia memandang wajah lelaki itu.

‘Bengisnya..’ Getus Zurina di dalam hati. Zurina mengambil semula novel yang terjatuh di lantai itu lantas meletakkannya semula ke rak. Lelaki yang mempunyai wajah yang bengis itu tiba-tiba menegurnya.

“Tolong tinggalkan kedai buku ini dengan kadar segera.” Satu arahan yang tegas dikeluarkan. Zurina mengerutkan dahinya. Kenapa lelaki ini tiba-tiba sahaja memberikan arahan sebegitu kepadanya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2012 05:43 AM | Show all posts
“Why should I? Give me a rational excuse why should I do that!” Zurina mencerunkan pandangannya kepada lelaki bengis itu. Dia langsung tidak gentar akan lelaki itu. Lelaki itu dengan tiba-tiba memetik jarinya, dan beberapa orang lelaki lain yang memakai tuksedo menghampiri mereka berdua.

“In case you didn’t know, our Prime Minister’s son wants to look for a book.” Lancar lelaki yang berkumis nipis itu berkata. Zurina mencebik.

“How is it related with me? Kalau dia nak cari, cari ajelah. I don’t give a damn.” Balas Zurina pula. Lelaki berkumis nipis itu mengetap bibir. Dia memandang Zurina dari atas ke bawah.

“You’re such a brave girl. This is an order. Leave this place instantly, by hook or by crook I want  you to out of here by now!” Marah lelaki itu lagi. Zurina masih tidak mahu mengalah.

“How funny, kedai buku ni memang dicipta untuk anak Perdana Menteri tu seorang aje ke? Kalau memang betul, kenapa tak namakan kedai buku ni KBAPM? It stands for Kedai Buku Anak Perdana Menteri!” Jawab Zurina lagi.

Seorang lagi lelaki berkata-kata sesuatu dengan menggunakan walkie-talkie. Beberapa orang lelaki yang lain masuk semula ke kedai buku tersebut, kawasan kedai buku itu sudah lengang kini. Hanya tinggal Zurina dan beberapa orang lelaki yang bertuksedo sahaja.

Lelaki-lelaki itu tunduk hormat apabila seorang lelaki yang mempunyai paras yang kacak melintasi mereka. Lelaki itu tersenyum manis ke arah Zurina. Zurina tidak membalas senyuman itu, sebaliknya Zurina menjelingnya dengan tajam.

“Tuan Aqish..” Semua lelaki yang bertuksedo itu bersuara.

“I can handle this. Kamu semua boleh tunggu di luar,” arah Aqish kepada semua pengawalnya. Zurina dapat meneka bahawa inilah dia anak lelaki Perdana Menteri Malaysia yang sedang hebah diperkatakan di media itu.

Zurina masih membatukan dirinya saat Aqish menghampiri dirinya. “I’m sorry sebab terpaksa halau awak keluar dari kedai buku ni..” Aqish bersuara lirih.

“Saya dihalau ke? Saya tak rasa macam tu pun.”

“Cara bodyguard saya tadi, awak tahulah kan?” Kata Aqish pula. Zurina tersenyum manis. Ternyata tanggapannya kepada Aqish berbeza sama sekali. Dia menyangkakan Aqish seorang yang sangat sombong dan tidak bergaul dengan golongan bawahan.

“Saya tak kisah pun. Cuma saya tak faham, kenapa bodyguard awak suruh saya keluar dari sini?” Aqish menjungkit bahunya.

“Sebab itu arahan papa saya. Seriously, I never agreed with him..” Keluh Aqish.

“Then, kenapa awak tak bantah aje?”

“Wajar ke seorang anak melawan kata-kata orang tuanya? Saya rasa awak pun tahu perkara macam tu ditegah dalam Islam, kan? Bahkan di dalam semua agama pun menerapkan nilai menghormati ibu bapa. Iaitu insan yang telah bersusah payah membesarkan kita.” Kata-kata Aqish itu membuatkan Zurina tersentak seketika.

Memang benar. Zurina mengakuinya. Seharusnya seorang anak patuh kepada arahan orang tuanya, selagi arahan yang diberikan tidak melanggar syariat Islam. Zurina jadi malu seketika. Dia malu dengan lontaran kata-kata Aqish.

“Betul kata awak. I think I should leave now. Memang itu arahan bodyguard awak tadikan,” Zurina mula berasa kurang selesa. Wajah Aqish semerta berubah.

“Nantilah dulu awak.. Takkan saya nak pilih buku sorang-sorang?” Aqish meminta simpati. Zurina ketawa.

“Nanti mati pun sorang-sorang awak.. Pilih buku pun takut ke?” Kata Zurina pula. Aqish tersenyum meleret.

“Mati tu lain.. For now, saya perlukan seseorang untuk suggestkan buku yang menarik pada saya.” Ujar Aqish lagi.

“Ada upah ke?” Soal Zurina dengan nada berseloroh. Aqish berfikir-fikir.

“Ada insyaAllah. Tapi awak kena teman saya sampai saya jumpa buku yang sesuai.”

“Okay then. Buku apa awak nak cari?” Zurina bertanya lagi.

“Anything. Asalkan menarik. Dah enam tahun saya menghadap buku semata-mata kerana exam.” Jawab Aqish. Zurina tergelak lagi. Dia akui, Aqish seorang lelaki yang sangat mudah mesra, walaupun dia seorang anak kepada Perdana Menteri.

“It is a normal thing, Tuan Aqish.” Sela Zurina pula.

Aqish memuncungkan bibirnya. “I hate it when you call me tuan. Just call me Aqish. Aqish Isyraff. And you?” Dengan selamba Aqish bertanya.

“Zurina..”

“Takkan Zurina aje?” Aqish tidak berpuas hati.

“Zurina Maisarah.”

“Beautiful name. Macam orangnya juga..” Aqish tersenyum lagi. Zurina tersipu-sipu malu. Malu seketika dia dengan pujian yang dilontarkan oleh Aqish. Bukannya selalu dia menerima pujian sebegitu.

“Dah, jomlah saya tolong suggest buku-buku yang menarik pada awak.” Zurina terus menapak ke bahagian buku yang lain pula. Aqish mengangguk-angguk. Dalam diam, dia mengagumi keberanian Zurina membidas kata-kata pengawal peribadinya sebentar tadi. Bukan dia tidak mendengar dan melihat insiden itu sebentar tadi.

Bagi Aqish, Zurina seorang wanita yang sangat berani mempertahankan haknya serta sangat mudah memaafkan orang lain. Itu tanggapan pertama Aqish kepada seorang wanita yang bernama Zurina Maisarah.

****

“WELCOME home, anak mama!” Datin Seri Arifah memeluk anak lelakinya dengan perasaan rindu yang menggebu. Sebentar tadi, dia tidak sempat menjemput anak lelakinya itu di lapangan terbang. Dia terpaksa menyuruh pengawal-pengawalnya menjemput kepulangan anak lelakinya itu di lapangan terbang.

Aqish tersenyum dan membalas pelukan mamanya itu dengan perasaan yang sama. Sesekali dia memandang beberapa insan yang tidak dia kenali yang berada di dalam rumahnya itu.

Seorang wanita yang berpakaian agak seksi menyimpulkan senyuman kepada Aqish, Aqish membalas senyuman tersebut. “Ini Qaymelia, anak Dato’ Rafizi, Menteri Pelajaran tu.” Datin Seri Arifah memperkenalkan wanita yang berpakaian seksi itu kepada Aqish. Aqish sekadar mengangguk. Langsung tidak berminat.

“Oh Menteri Pelajaran? Kenapa papa dia tak beri pelajaran kat dia supaya pakai elok-elok sikit?” Sinis Aqish menjawab. Wajah Qaymelia semerta berubah. Datin Seri Arifah pun begitu. Aqish terus melangkah ke biliknya.

****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2012 05:44 AM | Show all posts
“AUNTIE!!! Kenapa Aqish cakap macam tu kat Qay?” Qaymelia memarahi Datin Seri Arifah. Datin Seri Arifah memeluk bahu Qaymelia dan menenangkannya.

“Sabarlah Qay.. Aqish tak sengaja tu.. Qay pun tahukan dia baru balik? Dia penat tu.” Datin Seri Arifah memujuk Qaymelia yang disindir sinis oleh Aqish sebentar tadi. Qaymelia menarik muncung sedepa.

“Dia tak suka ke Qay pakai macam ni? Kan dah cukup cantik ni..” Qaymelia mendengus, bengang.

“Dia tak ada mood rasanya. Nanti auntie cakap elok-elok dengan dia..” Pujuk Datin Seri Arifah lagi. Qaymelia berasa tenang seketika. Tiba-tiba sahaja Qaymelia bangkit dari kerusi.

“Eh Aqish, nak pergi mana?” Tegur Qaymelia. Aqish yang segak memakai t-shirt Bonia itu sekadar tersenyum sahaja, langsung tidak membalas pertanyaan Qaymelia itu. Datin Seri Arifah pula bertanya soalan yang sama kepada anaknya.

“Aqish nak keluar dengan Zurina..” Tanpa riak Aqish menjawab pertanyaan Datin Seri Arifah. Datin Seri Arifah mengerutkan dahinya.

“Siapa Zurina? Mama tak tahu pula Aqish ada kenal dengan orang lain kat Malaysia ni, kan Aqish baru balik?” Datin Seri Arifah melontarkan kehairanannya. Aqish mengenyit sebelah matanya kepada Datin Seri Arifah.

“Zurina, a beautiful brave girl. I am fascinate with her braveness.” Jujur Aqish mengakui. Datin Seri Arifah tersenyum manis, dia tidak pernah menghalang dengan siapa anaknya bergaul. Dia tahu Aqish sudah dewasa dan pastinya Aqish tidak suka dikongkong.

“Okey, mama tak nak halang dengan siapa Aqish berkawan. Tapi jaga diri elok-elok.” Pesan Datin Seri Arifah.

“Mama dah setkan ramai bodyguard pun mama suruh Aqish jaga diri?” Aqish tergelak. Qaymelia yang berada di sebelah mamanya itu langsung tidak dipandang. Dia langsung tidak berminat dengan perwatakan Qaymelia yang dianggapnya mengada-ngada itu.

Datin Seri Arifah tertawa. Dia akui kata-kata Aqish itu, tapi dia tiada jalan lain lagi. keselamatan satu-satunya anak lelakinya itu harus dijaga. Lagi pula dia tahu pasti ramai yang menunggu kepulangan anak lelakinya itu ke tanah air. Dia tidak mahu keselamatan Aqish terancam.

Aqish tunduk menyalami Datin Seri Arifah, beberapa orang rakan-rakan Datin Seri Arifah memandang hairan ke arah Aqish. Aqish terus melangkah keluar dari rumah dengan diiringi pengawal keselamatannya.

Sebaik sahaja bayang Aqish hilang dari pandangan, Datin Hanis Syamimi mencuit bahu Datin Seri Arifah. “Eh Arifah, you tak rasa ke anak you tu terlampau bebas sangat bergaul dengan orang?”

“Biarlah dia, lagipun dia dah besar. I memang tak suka kongkong hidup dia.” Ujar Datin Seri Arifah pula. Datin Hanis Syamimi mencebik, begitu juga dengan rakan-rakannya yang lain.

“Kesian I tengok Qaymelia, berdiri tencongok macam orang bodoh aje depan anak you tu,” Datin Khadijah pula berkata. Wajah Qaymelia merah padam. Dia berasa tersindir dengan kata-kata Datin Khadijah.

Datin Seri Arifah memandang Qaymelia. “Aqish memang macam tu.. Nanti dia okeylah tu. Qay pun auntie harap jangan terlalu berharap sangat. Apa pun keputusan, Aqish yang berhak tentukan. Dia dah besar. Dia yang tentukan dengan siapa yang dia suka. Ini soal hati dan perasaan.”

“Dulu auntie janji nak kenalkan anak auntie dengan Qay! Sekarang dah lain pula! Auntie ni tak boleh pakailah janji!” Dengus Qaymelia.

“Hal tu auntie tak boleh nak kata apa Qay. Auntie fikir elok nanti Qay dengan Aqish bincang sendiri. Lagipun, Qay tengok diri Qay sendiri. Aqish memang tak suka bila nampak perempuan yang pakai seksi macam ni.. Kalau tak bertudung tu, dia mungkin boleh terima lagi. Tapi cuba Qay tengok diri Qay, pakai skirt sampai atas lutut. Ketat pula tu...” Kata Datin Seri Arifah.

Qaymelia tidak dapat menahan malu, dia pantas berlari keluar. Dia tidak sangka sehingga begitu sekali Datin Seri Arifah memarahinya. Qaymelia berlalu pergi dengan perasaan geram yang membuak-buak.

****

ZURINA menghirup minumannya yang tinggal separuh itu. Aisyah yang berada di hadapannya dipandang kosong. Sesekali Aisyah mengawangkan tangannya di hadapan Zurina. Zurina tersentak.

“Eh cik kak, kenapa termenung aje ni?” Tegur Aisyah. Zurina tersenyum.

“Kau percaya tak tadi aku jumpa Aqish?” Soal Zurina dengan senyuman yang masih tidak lekang di bibir. Aisyah membulatkan anak matanya.

“Betul ke? Seriously?” Kemudian Aisyah terhenti sejenak. “Wait, maksud kau Aqish Isyraff? Anak Perdana Menteri kita tu?” Zurina mengangguk. Aisyah menggengam erat jemari Zurina.

“Macam mana kau boleh jumpa dia? Kenapa tak cakap dari tadi?” Soal Aisyah, bertubi-tubi. Zurina tergelak melihat reaksi Aisyah yang begitu mengejutkan itu.

“Malas nak cakap. Anyway, dia memang humble.. Funny, handsome!” Puji Zurina lagi. Aisyah mencubit lengan sahabatnya itu dengan kuat.

“Amboi, gatal ya.. Untunglah dapat jumpa dia. Aku dari dulu asyik tengok gambar dia aje dari Google. Aku tengok muka dia sejak bapa dia tu jadi Timbalan Perdana Menteri lagi. Dulu dia balik Malaysia sekejap, waktu habis buat diploma dekat France. Sekarang dia habis buat degree pula.” Jelas Aisyah, Zurina mengangguk-angguk.

“Kira kau ni menyukai dia dalam diamlah ni?” Soal Zurina. Aisyah mengangguk pula. Zurina ketawa lepas.

“Dia tak macam muka bapa diakan? He looks.. Erm..”

“Tahu.. Drop dead handsomekan?” Sela Aisyah. Zurina tersenyum-senyum.

“So ceritalah, macam mana kau boleh kenal dia?” Aisyah tidak mahu ketinggalan bagaimana Zurina boleh berjumpa dengan Aqish Isyraff, lelaki pujaan Malaysia kini.

Zurina tanpa mahu berahsia terus menceritakan segalanya dari mula sehinggalah akhir. Sesekali Zurina membayangkan senyuman manis yang dilontarkan oleh Aqish. Baginya, Aqish sangat berbeza dengan lelaki kaya yang pernah dia kenali.

Sebelum ini, dia sering dihina oleh lelaki kaya kerana statusnya. Bahkan keluarganya yang berada di Pontian itu pun pernah dihalau oleh seorang wakil rakyat yang berada di kawasan rumahnya. Oleh sebab itu juga, Zurina berasa kurang selesa apabila berhadapan dengan orang yang berada.

Pada pendapat Zurina, semua orang kaya sama sahaja perwatakannya. Sering menindas golongan miskin yang lemah. Dan disebabkan orang kaya juga Zurina dihina di hadapan semua orang sewaktu dia menuntut di sekolah menengah dahulu.

“Berdasarkan cerita kau, aku dapat conclude yang Aqish ni berjaya membuatkan kau terpukau. Am I right?” Aisyah meneka. Zurina menafikan, walaupun hatinya berkata lain.

“Come on Zurina.. Kau kenal aku bukan setahun dua. Aku boleh tengok dari wajah kau. Kau sebenarnya kecewa disebabkan peristiwa dulukan? Betul tak?” Aisyah berkata lagi. Zurina menggeleng.

“Aku sedar diri aku Aisyah. Aku tak nak perkara yang sama berulang lagi...” Sebak Zurina menuturkan. Kenangan lama kembali terlakar di dalam mindanya.

****

“KAU tak sedar diri ke perempuan? Kau tu anak nelayan aje. Yang kau terhegeh-hegeh dengan aku kenapa? Aku tak suka kau, kau tak faham bahasa ke?” Herdik Aniq dan matanya tajam memandang Zurina. Zurina tersentak.

Air matanya menitis. Dia tidak sangka Aniq memainkan perasaannya sehingga sebegini rupa. Dahulu, Aniq bersikap baik sahaja dengannya. Dia tidak sangka Aniq boleh berubah hanya sekelip mata.

“Kenapa awak jadi macam ni? Dulu awak tak pernah soalkan pasal ni..” Air mata Zurina menitis lagi. Aniq menolak tubuh badan Zurina ke belakang, hingga hampir terjatuh Zurina dibuatnya.

“Aku baik dengan kau dulu sebab aku cuma nak sahut cabaran kawan-kawan aku. Kau ingat aku hadap sangat ke dengan anak nelayan macam kau? Kau ingat aku suka bila aku jumpa keluarga kau yang bau busuk tu?”  Aniq meludah ke tanah. Zurina mengesat air matanya yang mengalir.

Dia sedar, walaupun dia menangis sehingga keluar air mata darah sekalipun, dia tidak akan boleh membuatkan Aniq mencintai dirinya semula. Cinta Aniq buat dirinya tidak pernah ada. Dia sedar akan kelemahan dirinya itu. Dia sedar akan kekurangan dirinya.

Zurina terkilan. Kenapa baru sekarang Aniq bersikap begitu? Kenapa baru kini Aniq memperlekehkan dirinya dan menghina dirinya sehingga sebegitu rupa? Kenapa tidak dahulu? Zurina benar-benar berasa hiba!

“Saya tahu saya tak akan mampu membuatkan awak mencintai saya dengan seadanya. Saya tahu awak tak akan ubah pendirian awak. Tak apa. Saya hormati perasaan awak. Saya minta awak jangan mengulangi perbuatan awak ni pada orang lain. Saya tahu awak tak akan pernah mencintai saya. Cinta takkan pernah meyakinkan apabila diungkapkan dengan lisan kerana cinta adalah bunga-bunga perasaan dan hanya sikap yang berhak menjelaskan. Dan berdasarkan sikap awak ini, saya terima seadanya. Saya mohon awak hargai perasaan orang lain.” Zurina terus berlalu pergi dengan air mata yang masih mengalir deras, ibarat empangan air matanya telah pecah dihentam ombak yang kuat.

Aniq yang masih terpinga-pinga dengan kata-katanya itu terus ditinggalkan. Zurina tidak mahu menagih kasih dari insan bernama lelaki lagi. Sudah tiga kali dia kecewa dan sudah tiga kali dia merana. Kenapa hanya dia yang merasai kecewa? Kenapa bukan orang lain? Zurina merintih sendiri.

****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2012 05:44 AM | Show all posts
“ZURINA?” Kedengaran suara seseorang berdehem. Zurina tersentak. Dia memandang Aisyah, Aisyah tunduk memandang meja. Dia merasakan bagai ada seseorang di belakangnya. Zurina berpaling.

“Aqish? Apa awak buat kat sini?” Soal Zurina, teruja. Sejuk hatinya memandang wajah Aqish. Kisah lamanya terpadam begitu sahaja. Zurina tahu, walau sekuat mana dia menolak kehadiran lelaki di dalam hidupnya, pasti kelak akan ada insan yang bernama lelaki yang akan mengisi kekosongan hatinya. Itulah fitrah alam.

Aqish tersenyum meleret. “Saya cari awaklah Zurina.. Takkan saya jalan-jalan kut..” Aqish menarik kerusi dan beberapa orang pengawalnya menegahnya dari berbuat begitu. Sebaliknya pengawal peribadinya pula yang menarik kerusi itu buat Aqish. Aqish menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Tak apa. Tunggu luar aje. Saya perlukan privasi.” Pinta Aqish kepada pengawal peribadinya. Pengawal peribadinya mengangguk-angguk dan menunggu kurang satu meter dari tempatnya duduk.

Aisyah memandang Zurina. Zurina memandang Aisyah dan mengangkat keningnya. Zurina tersenyum penuh makna. “Oh saya lupa nak kenalkan kawan saya.. Ini Aisyah, kawan baik saya.. Dia ni admire awak dari dulu tau..”

Wajah Aisyah merah padam. “Ish kau ni Zurina..” Marah Aisyah. Aqish dan Zurina sama-sama tertawa.

“Terima kasih sebab sudi admire orang macam saya, Aisyah. I am flattered.” Aqish mengenyitkan sebelah matanya kepada Aisyah. Aisyah tersipu-sipu malu. Zurina menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Saya kena pergi ambil adik saya, dia baru balik sekolah. Saya pergi dulu.. Have a nice talk with Zurina.” Aisyah memandang jam di pergelangan tangannya. Aqish mengangguk-angguk.

“Awalnya Aisyah?” Zurina berasa pelik.

“Takut nanti jalan jammed.” Jawab Aisyah pula, dia mencapai beg tangannya dan meminta diri. Zurina akur dengan kehendak Aisyah. Sebaik sahaja Aisyah pergi, Aqish memandang Zurina.

“So how are you?”

“Saya? I am fine. Baru tiga jam aje kita tak jumpa.” Zurina tertawa. Aqish menarik muncung sedepa.

“Tiga jam aje? Saya ingat dah tiga tahun..” Aqish tersenyum meleret.

“Mengarutlah awak ni..” Jawab Zurina.

Aqish memandang wajah Zurina, lama. Zurina memandang ke bawah. “Kenapa awak datang sini? Bukan sepatutnya awak berehat ke sekarang ni?” Soal Zurina.

Aqish mengangguk. “Sepatutnya macam tu..  Tapi saya tak boleh rehat. I need someone to talk.” Tenang Aqish berkata. Zurina mengerutkan dahinya.

“Anak Perdana Menteri macam awak ni tak ada kawan ke?” Selamba Zurina bertanya. Semerta riak wajah Aqish berubah.

“Tolong jangan cakap macam tu lagi boleh? Saya tak suka bila awak cakap macam tu. In fact, saya sama macam orang lain. Anak Perdana Menteri ke, anak polis ke, anak bomba ke, anak ayam ke, anak itik ke.. Kita sama aje.. Makhluk ciptaan Allah SWT juga.” Serius Aqish berkata.

“Anak ayam dan anak itik tu macam semacam pula bunyinya.” Zurina tergelak-gelak. Aqish pun tertawa sama.

“Manusia dan haiwan lain tau..” Ujar Zurina pula.

“Kadang-kadang saya tengok manusia dan haiwan tak ada bezanya. Zaman moden sekarang ni, seakan tak ada batasan. Bila awak tengok, tak ada haiwan yang bersifat seperti manusia, tapi peliknya ada manusia yang mempunyai sifat seperti haiwan. Ironikan?” Aqish berfalsafah. Zurina mengakui kebenaran kata-kata Aqish.

“Nampak marah benar aje. Kenapa ni?” Zurina bertanya. Walaupun baru beberapa jam sahaja dia mengenali Aqish, tetapi dia berasakan dia sudah rapat dengan lelaki yang bernama Aqish Isyraff bin Dato’ Seri Hafzan. Perasaan suka kepada lelaki ini segera Zurina buang jauh dari hatinya.

Zurina tidak mahu kisah lama berulang lagi. Bisa kisah lama itu masih berbekas di hatinya. Zurina tidak mahu pisang berbuah dua kali. Sudah cukup dia terluka, dia tidak mahu terluka lagi. Biar kenangan lama mengajarnya erti cinta yang sebenarnya.

Aqish melepaskan keluhan yang berat. “Saya tengok banyak betul berita tentang pembuangan bayi sekarang ni. Seriously, saya kecewa. Saya sendiri pelik kenapa papa saya tak pernah nak ambil tindakan pada individu yang berhati binatang macam tu!”

Zurina kagum seketika dengan kata-kata Aqish. Dia sendiri tidak menyangka Aqish mengambil tahu akan hal-hal yang berlaku di sekitarnya. Banyak sungguh perwatakan Aqish yang benar-benar membuatkan hati Zurina tersentuh.

“Nak buat macam mana awak.. Semua tu berlaku disebabkan cinta.”

“Cinta yang berlandaskan nafsu? Sampai lupa kepada Allah SWT? Macam tu? Awak tahu tak, bukanlah cinta apabila seseorang insan itu makin jauh dari Sang Pencipta, sehingga membuatkan seseorang insan itu tenggelam dalam samudera nafsu dan menjadikannya pemuja keelokan raga semata-mata.” Buat kali yang kedua, Zurina tersentuh dengan kata-kata Aqish.

Sungguh! Aqish sangat berbeza! Ketara perbezaan wataknya dengan lelaki yang pernah Zurina kenali. Zurina berusaha bersungguh-sungguh menyingkirkan perasaan sukanya kepada Aqish.

“Mereka perlu diberi didikan agama yang secukupnya. Mungkin mereka tak fikir dengan matang.” Zurina memberikan hujahnya.

“Sebab itu saya katakan papa saya tak ada inisiatif untuk mencegah benda ni dari berlaku lagi. Sepatutnya kerajaan menetapkan undang-undang yang kuat terhadap pesalah yang melakukan maksiat dan melakukan jenayah buangan bayi.” Tegas Aqish berkata.

“Tapi itulah yang menjadi masalahnya.. Dekat Malaysia ni, memang susah sikit. Benda-benda macam ni dipandang remeh sedangkan perkara tersebut seakan menghina agama kita sendiri, bangsa kita sendiri. Kalau awak lihat, memang kebanyakan pelakunya terdiri dari orang kita sendiri. Orang Melayu.” Zurina berkata pula.

“Saya benci dengan papa saya. Sebab benda ni.. Sebab dia tak jalankan tugasnya sebagai pemimpin yang betul. Sebab tu juga saya teragak-agak untuk balik ke Malaysia. Banyak benda yang saya belajar sewaktu di UK dulu. Terlalu banyak benda.” Kata Aqish lagi.

Zurina menggeleng-gelengkan kepalanya. “Tak elok awak cakap macam tu Aqish. Bapa awak mungkin mempunyai sebab yang tersendiri. Awak tak boleh salahkan dia macam tu aje. Saya yakin, papa awak pun sedang memikirkan langkah yang sesuai untuk membendung masalah ni.”

“Awak fikirkan papa saya macam tu? Waktu sekarang ni dia tak ada di Malaysia dan berada di London untuk membincangkan pembinaan baru! Kenapa perlu membazirkan duit untuk bina bangunan baru sedangkan yang lama masih lagi kukuh?” Aqish kelihatan benar-benar tertekan dengan sikap Dato’ Seri Hafzan.

“Awak kena bersabar Aqish. Cuba awak slow talk dengan dia. InsyaAllah dia akan laksanakan permintaan awak. Awak, sebagai anaknya kenalah sama-sama berikan idea kepada papa awak. Saya percaya, awak tak habiskan waktu awak di UK dulu dengan perkara yang sia-sia. Saya yakin awak boleh bantu papa awak untuk membangunkan semula Malaysia.”

“Terima kasih Zurina. Terima kasih kerana sudi dengar masalah saya. Barulah lega sikit hati saya sekarang.” Aqish tersenyum. Zurina mengangguk sahaja.

“Tak apa.. Saya pun suka berkongsi pendapat dengan awak. Awak lain dari yang lain.”

“Lain? Macam mana tu?”

“Entah. Its hard to explain. Tapi frankly speaking, saya tertarik dengan perwatakan awak.”

“Dan saya tertarik dengan senyuman awak.” Balas Aqish, selamba. Wajah Zurina bertukar merah. Dadanya berdegup kencang. Mengapa Aqish berkata begitu? Mungkin Aqish sekadar menyedapkan hatinya sahaja. Mungkin..

****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2012 05:45 AM | Show all posts
AQISH tersenyum-senyum sendirian. Matanya masih lagi menatap pada telefon bimbitnya, sebentar tadi dia sempat menyuruh pengawal peribadinya menangkap gambar Zurina secara sembunyi. Dia akui, Zurina sudah berjaya mencuri hatinya. Zurina sudah membuatkan dirinya tidak keruan.

Aqish menekan aplikasi Siri pada iPhone 4S-nya, setiap kali dia berasa bosan, aplikasi itulah yang menemaninya tidak kira di dalam apa jua perkara. Spontan Aqish menekan ikon seperti mikrofon lama pada skrin.

“I think I just fall in love. What should I do?” Aqish menyoal pada aplikasi Siri itu.

“Do not hesitate to confess it. If you love someone, don’t feel shy to say it.” Laju sahaja aplikasi telefon itu menjawab. Aqish tersenyum. Mengakui sendiri perasaannya kepada Zurina? Mampukah dia?

Baru sehari mereka berkenalan dan pelbagai perkara tentang Zurina telah Aqish pelajari. Selama ini dia menutup hatinya untuk menerima wanita di dalam hidupnya kerana dia mahu fokus pada pelajarannya. Sekembalinya dari UK, pintu hatinya berjaya diketuk oleh seorang wanita bernama Zurina Maisarah.

Senyuman wanita itu benar-benar membuatkan Aqish berada di dalam keadaan serba tidak kena. Kadang kala Aqish merasakan dia seperti berada di dalam syurga dunia. Wajah tenang Zurina membuatkan Aqish teringin untuk menggengam erat jemari mulus milik Zurina.

Tetapi Aqish sedar, perkara sebegitu ditegah di dalam Islam. Bahkan bercinta sebelum kahwin juga tidak digalakkan. Aqish sedar akan perkara itu. Justeru itulah dia menjaga pandangan matanya setiap kali dia berbicara dengan Zurina. Dan betapa dia tergoda melihat penampilan Zurina yang begitu anggun. Tudung berwarna krim dan juga baju kurung bercorak abstrak. Di situ terserlah kecantikan yang semulajadi pada wajahnya. Walau tiada secalit alat mekap pada wajahnya.

“Does she loves me?” Aqish bertanya kepada Siri.

Siri menjawab, pantas. “You will never know her feelings if you didn’t knock her hearts.” Bijak sekali Siri menjawab. Aqish tergelak.

‘Aplikasi ni pun boleh beri nasihat pada aku? Hebat!’ Getus Aqish di dalam hati.

Aqish meletakkan kembali telefon bimbitnya di atas meja. Dia melangkah keluar, dan terdapat beberapa orang pengawal peribadi menjaga luar pintu biliknya. Aqish mengeluh. Sejujurnya dia berasa bosan dengan kawalan ketat seperti ini.

Dia seakan tidak dapat hidup bebas apabila ke sana dan ke sini sentiasa dikawal dan diperhatikan. Ibarat burung yang berada di dalam sangkar, sentiasa sedih dan terkurung, tiada langsung privasi!

“Tuan Aqish mahu pergi mana?” Soal pengawal peribadi Aqish yang berkulit sawo matang itu. Aqish tidak menjawab, lantas melangkah ke bilik Datin Seri Arifah. Dia mengetuk pintu bilik mamanya yang diimport dari luar negara itu.

“Masuk..” Suara Datin Seri Arifah kedengaran dari dalam. Aqish menolak daun pintu dan mendapati Datin Seri Arifah sedang khusyuk menonton filem di kaca televisyen. Aqish menghampiri Datin Seri Arifah seraya memeluk mamanya dengan erat.

“Eh, dah pukul dua belas ni.. Kenapa anak mama tak tidur lagi?” Soal Datin Seri Arifah, lembut.

“Aqish keliru dengan perasaan Aqish mama..” Keluh Aqish. Jika dengan mamanya, dia langsung tidak berasa segan untuk meluahkan masalah. Baginya, hanya mamanya sahaja yang memahami dirinya. Papanya tidak pernah peduli dengan perasaannya, hanya tahu memaksa dan menyuruh itu-ini, tidak pernah langsung memikirkannya.

Datin Seri Arifah mengusap kepala anak tunggalnya itu. “Keliru apa ni sayang? Cuba cerita dengan mama? Ini pasal budak nama Zurina tu ke? Before that, boleh mama tahu dari mana Aqish kenal dia?”

Aqish mengangguk.

“Aqish kenal dia waktu kat kedai buku. You know what mama, dia berani lawan kata-kata bodyguard. I love her style. The way she talks... Her smile..” Datin Seri Arifah memicit hidung mancung milik Aqish.

“Anak mama ni dah jatuh cinta dengan Zurinalah ni..” Aqish tersenyum-senyum.

“Taklah mama. Aqish admire dia punya keterampilan. Itu aje.” Jawab Aqish. Datin Seri Arifah memegang pipi anak tunggalnya dengan penuh kasih.

“Dia bekerja sebagai apa?”

“Aqish tak tahu. Aqish baru aje kenal dia hari ni ma..” Jujur Aqish memberitahu. Datin Seri Arifah mengangguk-angguk. Dia langsung tidak hairan jika Aqish jatuh hati kepada wanita yang bernama Zurina itu kerana Datin Seri Arifah percaya kepada cinta pandang pertama.

“Apa kata Aqish cuba kenal lagi dengan dia. Mama tak halang Aqish untuk kawan dengan dia..”

“Apa maksud mama?”

“You know.. Mama kadang-kadang tak faham dengan sesetengah manusia yang anggap perbezaan status membuatkan seseorang tu tak boleh bersama. That’s corny..” Datin Seri Arifah mengeluh.

Aqish tersenyum. “I’m proud to be your son..” Aqish memeluk mamanya. Datin Seri Arifah mengucup dahi Aqish.

****

QAYMELIA melangkah ke pejabat Dato’ Seri Hafzan dengan wajah yang masam mencuka. Di mindanya sudah terancang pelbagai rencana untuk merebut hati Aqish. Qaymelia dihalang oleh beberapa orang pengawal yang menjaga pintu hadapan pejabat Dato’ Seri Hafzan.

“Excuse me.. Let me pass by if you don’t want to get troubled.” Sinis Qaymelia berkata. Beberapa orang pengawal itu terpaksa mengalah sebaik sahaja Qaymelia mengugut mereka.

Qaymelia memulas tombol pintu dan mendapati Dato’ Seri Hafzan sedang tekun menyemak fail yang bertimbun di mejanya. Setiausahanya turut bersusah payah membantu Dato’ Seri Hafzan yang kelihatan sibuk dengan kerjanya itu.

“Uncle..” Qaymelia memanggil Dato’ Seri Hafzan. Dato Seri Hafzan mengangkat wajahnya dan menyimpul senyuman.

“Ya Qaymelia? Lama tak nampak...” Ujar Dato’ Seri Hafzan tetapi matanya masih lagi tertancap pada fail yang baru sahaja selesai ditandatanganinya. Qaymelia duduk berhadapan dengan Dato’ Seri Hafzan.

“Uncle, kenapa Aqish sanggup malukan Qay?” Qaymelia mengadu. Dato’ Seri Hafzan baru sahaja dua hari berada di Malaysia setelah kembalinya dari London untuk membincangkan projek pembinaan besar-besaran yang akan dijalankan untuk setahun lagi.

Dato’ Seri Hafzan mengerutkan dahinya. “Dia cakap apa? Qay ada buat silap dengan dia ke? Uncle tak sempat lagi nak berbual dengan dia. I’m too busy.” Ulas Dato’ Seri Hafzan. Qaymelia menarik muncung sedepa.

“Dia cakap macam-macam pada Qay. Qay malu! Kalau ikutkan hati, Qay nak saman aje!”

“Well, saman ajelah.. Kenapa tunggu sini lagi? Siap mengadu? So childish!” Kedengaran suara Aqish dari arah belakang. Darah terasa menyerbu di wajah Qaymelia. Dadanya berdegup kencang, bagaimana Aqish boleh berada disini? Dia mulai berasa gusar.

Dato’ Seri Hafzan tersenyum mendengar kata-kata anak tunggalnya itu. Sejujurnya, dia sendiri tidak menyenangi sikap Qaymelia yang berlebihan itu.

“Assalamualaikum papa..” Aqish menghampiri papanya dan menyalam tangan Dato’ Seri Hafzan. Dato’ Seri Hafzan menjawab salam yang diberikan dan segera bertanya khabar.

“Alhamdullilah. Aqish sihat. Tak sempat nak jumpa papa dekat rumah..” Aqish berkata. Dato’ Seri Hafzan menghentikan kerjanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2012 05:46 AM | Show all posts
“Macam mana nak sempat kalau Aqish asyik pergi masjid dengan rumah-rumah anak yatim aje.. Papa dengar ada seorang perempuan yang selalu pergi sama-sama dengan Aqish ke tempat tu. Betul ke tu? Or is it just a rumour?” Dato’ Seri Hafzan meminta kepastian. Ada desas desus mengatakan bahawa anak tunggalnya itu sedang hangat bercinta dengan seorang wanita yang berstatus rendah. Dato’ Seri Hafzan tidak mahu perkara itu berlaku. Dia mahu menjaga reputasinya.

Aqish tersenyum meleret. Qaymelia yang berada di hadapannya langsung tidak dipandang sedikit pun. “Yes I do. Her name is Zurina. Dia pengurus rumah anak-anak yatim Cinta.”

Dato’ Seri Hafzan mulai berasa kurang senang. Seandainya khabar angin yang sedang heboh diperkatakan oleh orang ramai itu benar, maka dia terpaksa menanggung malu yang sangat besar! Seharusnya seorang anak Perdana Menteri dijodohkan dengan wanita yang berasal dari keluarga yang berada juga! Bukan dengan pengurus rumah anak-anak yatim!

“Papa tak nak Aqish kerap sangat pergi sana.. Aqish bila lagi nak tolong papa uruskan syarikat..”

Sebelum menjadi Perdana Menteri, Dato’ Seri Hafzan merupakan seorang ahli perniagaan yang sangat dikenali di Asia Tenggara. Setelah mengalami zaman kegemilangannya, Dato’ Seri Hafzan mulai menceburi bidang politik, dan sehinggalah sekarang beliau masih aktif sebagai Perdana Menteri, juga sebagai CEO di syarikatnya yang semakin mencipta nama di luar Asia Tenggara pula.

Aqish mengeluh. Dia sebenarnya tidak selesa memegang pangkat besar di syarikat itu. Sejujurnya dia lebih suka bekerja dari bawah dan bermula dari bawah dahulu. Dia tidak mahu terus berjaya. Dia tidak mau menumpang kesenangan ibu bapanya walaupun dia berhak melakukan begitu.

“Aqish belum sedialah papa.. Aqish balik ni pun sebab permintaan mama. Aqish tak janji nak handle syarikat. Aqish tak ada pengalaman besar macam tu.” Ujar Aqish.

“Excuse me.. Qay rasa Qay tak diperlukan disini. I better make a move.” Qaymelia bangun dari kerusi. Bengang sekali dia dengan sikap Aqish yang terlalu dingin itu.

“Hmm... Eloklah tu.” Sahut Aqish. Qaymelia mengetap bibir.

Setelah Qaymelia melangkah keluar, Dato’ Seri Hafzan memandang Aqish dengan renungan yang tajam. “Papa dah bincang dengan keluarga Qay,” Dato’ Seri Hafzan mematikan kata-katanya.

“Bincang mengenai apa?” Soal Aqish, pantas. Dia mulai merasakan sesuatu.

“Papa nak adakan majlis pertunangan antara Aqish dan Qaymelia.” Tenang Dato’ Seri Hafzan mengatakan walaupun dia tidak pernah berbincang hal itu dengan keluarga Qaymelia. Dia mahu menyelamatkan reputasinya.

Aqish menjungkitkan keningnya. “Papa, you’re not joking right? It is not funny at all.” Serius Aqish bertanya. Dato’ Seri Hafzan segera menggeleng.

“I am serious, son. Papa dah fikirkan hal ni sebelum Aqish balik dari Cambridge lagi.” Dalih Dato’ Seri Hafzan. Aqish meraup wajahnya berulang kali. Setiausaha Dato’ Seri Hafzan, Shilla mengerutkan dahinya. Setahunya, tiada pula Dato’ Seri Hafzan dan Dato’ Rafizi berbincang mengenai ini.

“Seriously papa, Aqish tak faham dengan apa yang papa nak. You just think about yourself. You never think about how I was feeling. Have you ever think that? I don’t think so.. Sometimes I wonder, why this happening to me.” Aqish menahan rasa marahnya.

“I do think about yours, son. Papa nak eratkan hubungan antara Dato’ Rafizi.”

“Cuma kerana tu? Well think papa.. Ada banyak cara lagi yang boleh papa lakukan selain menjodohkan Aqish dengan perempuan yang tak ada pelajaran tu!” Dengus Aqish.

“Aqish! Mind your words! She’s Dato’ Rafizi’s daughter! The Minister of Education! Show some respect!”

“I don’t care. Sebab papa dia Menteri Pelajaran, so I must show some respect to her family? Like that? Huh?” Aqish berasa sakit hati, tanpa berlengah lagi dia terus melangkah keluar dari pejabat papanya. Dato’ Seri Hafzan mengetap bibir.

Apa yang dia ketahui, anak tunggalnya itu seorang yang sangat keras kepala walaupun puas dipujuk. Aqish jarang mendengar arahannya. Kadang kala Dato’ Seri Hafzan sendiri berasa geram dengan sikap anak tunggalnya itu.

Shilla memegang dadanya. Gerun sekali dia melihat pertengkaran di antara Aqish dan Dato’ Seri Hafzan. Dia sendiri tidak menyangka Aqish berani membantah kata-kata Dato’ Seri Hafzan.

“Dato’ serius dengan kata-kata Dato’ tadi?” Shilla bertanya. Dato’ Seri Hafzan mengangguk.

“Kalau diberi pilihan antara pengurus rumah anak yatim tu dengan Qaymelia. I rather choose Qaymelia.” Serius Dato’ Seri Hafzan berkata. Kata-kata Dato’ Seri Hafzan itu terkesan di hati Shilla.

****

AQISH menutup pintu keretanya dengan kuat. Dia meraup wajahnya berulang kali. Pengawal peribadinya cuba menenangkannya tetapi langsung tidak berhasil. Aqish menendang tayar keretanya.

“Kenapa mesti aku jadi mangsa keadaan? Kenapa!!!” Aqish menjerit sekuat hati. Pengawalnya memegang bahunya. Aqish menepis.

“Boleh tak jangan sibuk? Leave me alone!” Jerit Aqish.

“Tuan Aqish, ada panggilan.” Seorang pengawal lagi menyerahkan telefon bimbit kepada Aqish. Aqish menyambut panggilan tersebut dengan perasaan marah yang membuak-buak.

“What now?” Tengking Aqish.

“Aqish? Are you okay? Kenapa ni?” Suara itu kedengaran lembut di telinga Aqish. Serta merta amarahnya menurun. Aqish memandang pada skrin.

Zurina.

“I am sorry Zurina. Saya ingat siapa tadi..” Aqish melembutkan nada suaranya. Pengawal peribadi Aqish tersenyum-senyum melihat perwatakan Aqish yang berubah mendadak itu.

“Oh tak apa.. Kenapa jerit-jerit tadi. Awak ada masalah ke?” Soal Zurina, prihatin.

“Tak ada..” Pantas Aqish menjawab.

“Then, suara tu macam orang tak mandi aje..”

“Saya dah mandilah.. Nak cium bau saya ke?” Aqish tersenyum. Kedengaran gelak tawa Zurina di hujung talian.

“Eii, gatal! Teruk awak ni.. By the way, awak datang ke Cinta tak hari ni?”

“Ha? Awak cinta saya?” Aqish berpura-pura tidak mendengar.

“Buat tak dengar ke apa ni? Saya tanya awak datang Cinta ke tak ni?” Aqish tertawa mendengar bebelan Zurina.

“Okey, okey.. Sorry.. Saya datang, insyaAllah. Rindu saya dengan budak-budak tu..”

“Baguslah. Rasanya budak-budak ni pun rindukan awak.” Ujar Zurina pula.

“Budak-budak tu ke, awak yang rindukan saya?” Aqish tersenyum, nakal. Zurina tergelak lagi.

“Saya rindukan awak? Dalam mimpi ajelah..” Jawab Zurina dengan nada berseloroh.

“Maksudnya awak sentiasa mimpikan sayalah, kan?” Aqish cuba menguji perasaan Zurina terhadapnya.

“Susahlah nak cakap dengan anak Perdana Menteri yang sangat faham bahasa ni..” Sindir Zurina, sinis. Aqish mengetap bibir. Dia benci dilabelkan begitu.

“Yalah.. Tahu aje nak sakitkan hati saya.” Dengus Aqish.

“Sorry! Anyway, kalau datang misscall dulu ya. Saya sibuk uruskan pakaian budak-budak ni..”

“Alright sayang,” jawab Aqish, perlahan.

“Apa?” Hampir pekak telinga Aqish mendengar jeritan nyaring Zurina. Aqish ketawa.

“I said.. Alright dayang..” Sejurus itu, Aqish memberi salam dan terus menutup talian. Dia kembali membuka pintu keretanya.

“Rumah Anak Yatim Cinta..” Dia memberi arahan kepada pemandunya.

****
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-2-2012 05:46 AM | Show all posts
ZURINA tersenyum-senyum. Dia tahu Aqish mengungkapkan perkataan ‘sayang’ kepadanya sebentar tadi. Hatinya berbunga riang. Dia tidak mahu bermain dengan api. Dia sedar akan kedudukannya. Dia tidak mahu mencari masalah.

Siapalah dirinya hendak bercinta dengan anak tunggal Perdana Menteri yang digilai ramai itu? Ada ramai lagi wanita lain yang boleh menjadi teman hidup kepada lelaki yang bernama Aqish Isyraff bin Dato’ Seri Hafzan itu.

Zurina bingkas bangun dari kerusi dan melangkah ruangan makan. Kelihatan beberapa orang anak yatim yang dijaga oleh Zurina sedang asyik menjamu selera. Terukir seulas senyuman di bibir Zurina saat melihat anak-anak yatim itu menjamu selera.

Sebak sekali hatinya mengenangkan nasib kanak-kanak yang kematian orang tua mereka ini. Mereka hilang tempat mengadu dan tempat kasih sayang. Zurina pantas menyeka air mata yang kian jatuh dari kelopak matanya. Dia menghampiri seorang kanak-kanak yang baru selesai menjamu selera itu.

Zurina memegang pipi kanak-kanak perempuan itu dengan penuh perasaan kasih. “Dah siap makan?” Soal Zurina, lembut. Kanak-kanak yang bernama Mira itu mengangguk, Zurina tunduk dan mencium ubun-ubun kanak-kanak itu. Dalam hatinya, dia sempat mendoakan kejayaan Mira pada masa akan datang.

“Cik Zurina, bekalan makanan untuk budak-budak ni ada yang dah habis,” Mak Nab, selaku tukang masak Rumah Anak-Anak Yatim Cinta memberitahu. Zurina berfikir sejenak, seketika dia mengangguk.

“Sekejap lagi saya berikan duit. Mak Nab belilah mana yang tak cukup tu..” Kata-kata Zurina terhenti disitu apabila dia terdengar siren kereta yang berbunyi dengan nyaring. Zurina dapat menebak siapa yang hadir ke sini.

****

AQISH mengenyit sebelah matanya ke arah Zurina. Zurina menggeleng-geleng kepalanya. Spontan dia tertawa kecil. “Lajunya awak sampai.. Kan saya suruh call saya dulu..”

“Saya tak nak. Tak suprise..” Aqish melangkah ke rumah banglo yang disewa oleh Zurina itu dengan perlahan-lahan. Sebenarnya Aqish kagum dengan semangat yang ditonjolkan oleh Zurina untuk membantu anak-anak yatim yang hilang tempat mengadu.

Aqish tahu, kehidupan Zurina tidaklah semewah mana. Tetapi keinginan untuk membantu orang lain itu telah membuatkan Zurina berjaya mencapai misinya. Walaupun tidak secara besar-besaran, tetapi setidak-tidaknya Zurina berjaya juga.

Pengawal-pengawal peribadi Aqish cuba mengekori Aqish ke dalam rumah itu, tetapi Aqish menolak. “No, I can handle this. We are fine.” Hendak tak hendak, terpaksalah pengawal-pengawal peribadinya menurut arahan yang dikeluarkan oleh Aqish itu.

“Mana budak-budak tu?” Soal Aqish, pantas. Zurina menuding jarinya ke arah ruangan makan. Sebaik sahaja Aqish memasuki ruangan makan, kanak-kanak itu menyerbu ke arah Aqish.

“Abang Aqish.. Abang Aqish..” Zurina tersenyum melihat kemesraan yang ditonjolkan oleh Aqish kepada anak-anak yatim yang dijaganya. Sebolehnya dia cuba menafikan perasaannya terhadap Aqish, tetapi sudah dua hari dia menemui Aqish di dalam mimpinya. Adakah ianya satu petanda yang baik, atau buruk?

Aqish mendukung seorang kanak-kanak yang berusia lebih kurang empat tahun itu. “Akbar!” Aqish mencium pipi kanak-kanak itu tanpa berasa kekok. Zurina tersenyum lagi. Betapa dia tersentuh melihatnya.

“Abang, kenapa abang dah lama tak datang sini? Abang tak suka dengan kami ke?” Petah sekali Akbar bertanya. Aqish menggeleng-geleng, dia mengusap-usap ubun-ubun Akbar dan memeluk Akbar dengan perasaan sayang yang membuak-buak.

“Abang suka.. Abang suka dengan semua orang kat sini.. Siapa cakap abang tak suka? Abang sibuk dengan kerja abang.. Kan abang dah datang ni?” Zurina menahan sebak.

“Abang, abang boleh tak jadi papa kami?” Soal Rafi pula. Zurina memandang ke bawah. Dia tahu, sememangnya kanak-kanak ini mendambakan kasih sayang seorang bapa. Mereka tidak pernah merasainya sejak kecil lagi. Tanpa disedari, air mata Zurina mulai menitis.

Aqish menyedari akan perubahan yang ditunjukkan oleh Zurina itu. Dia mengangguk, tanda bersetuju. “Boleh.. Kenapa pulak tak boleh?” Aqish memeluk Akbar lagi. Dia mengusap-usap belakang badan Akbar.

“Papa, papa ada teka-teki lagi tak?” Huda yang bermata sepet itu bertanya. Sekejap sahaja mereka membiasakan diri memanggil Aqish dengan panggilan papa. Aqish berfikir-fikir. Kemudian dia tersenyum.

“Ha! Ni papa nak tanya... Banyak-banyak negara, negara apa yang banyak pokok?” Aqish menyoal. Berkerut-kerut dahi kanak-kanak itu memikirkan soalan yang diberikan oleh Aqish itu.

“Sarawak?” Akbar mencuba.

“Sabah?” Huda pula bertanya.

“Johor?” Mira tidak lepas untuk mencuba. Aqish menggeleng.

“Salah... Jawapannya Indonesia! Sebab, kat sanakan suka cakap.. Pokoknya, pokoknya..” Aqish tergelak-gelak. Zurina yang mendengar teka-teki Aqish itu turut tersenyum meski ada air mata yang masih mengalir dari kelopak matanya. Aqish memandang Zurina.

“Nanti dulu papa nak tanya.. Kalau ada papa mesti ada mama, kan? Tapi siapa mamanya sekarang ya?” Aqish mulai terfikirkan sesuatu. Tercetus satu idea nakal di mindanya. Akbar menuding jari ke arah Zurina yang sedang mengesat air matanya itu. Aqish menghampiri Zurina dan diikuti oleh kanak-kanak yang lain.

“Ni ke mamanya? Tapi mama ni cengenglah Akbar.. Nak jadi mama boleh cengeng.. Tengok papa.. Kuatkan..” Aqish tertawa. Kanak-kanak yang lain turut tertawa, serta merta Zurina mengukir senyuman. Bijak benar Aqish mengembalikan senyumannya.

“Mana ada cengeng! Mata masuk habuk..” Zurina mempertahankan dirinya. Aqish mencebik. Dia memandang ke anak mata Zurina tepat-tepat, seakan memancarkan sinaran cinta melalui retina matanya.

“Papa suka mama ya?” Akbar menggoyang-goyangkan jari telunjuknya. Aqish tersengih.

“Kalau suka, apa salahnya, kan?” Aqish mengomol pipi montel Akbar. Akbar tergelak-gelak.

“Mengada.. Dahlah, saya nak siapkan budak-budak ni.. Dah nak masuk waktu Maghrib.” Zurina menjeling tajam ke arah Aqish. Aqish tersenyum meleret. Mak Nab yang masih lagi berada di ruangan makan itu tersenyum melihat telatah Zurina dan Aqish.

Melalui pandangan matanya tuanya, Mak Nab dapat melihat cinta Aqish yang tulus buat Zurina. Baginya, Aqish dan Zurina sepadan. Pada mulanya dia berasa kekok juga untuk berbicara dengan Aqish kerana dia berasa takut untuk berkata-kata dengan anak kepada Perdana Menteri.

‘Ya Allah, kau berikanlah kebahagiaan buat mereka berdua,’ Mak Nab sempat berdoa.

****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2012 05:46 AM | Show all posts
AQISH tiba di rumahnya tepat jam sembilan malam. Matanya tertancap pada deretan kereta yang berada di kawasan rumahnya. Aqish mengerutkan dahinya. Siapa pula yang bertandang ke rumahnya pada waktu malam begini?

Sebaik sahaja kereta diparkir, Aqish melangkah keluar dari keretanya dan dia segera memasuki rumahnya. “Ha, dah balik pun anak papa ni.. Mari sini..” Dato’ Seri Hafzan memanggil Aqish. Dia sempat mengerling sekilas ke arah Dato’ Rafizi dan juga Dato’ Amirul yang berada di sebelah papanya.

Aqish menghulur tangannya untuk bersalaman dengan rakan-rakan papanya, merangkap jemaah menteri di Malaysia ini. Aqish berasa hairan, mengapa papanya mengadakan mesyuarat di rumah sendiri?

“Duduk dulu Aqish..” Dato’ Seri Hafzan menyuruh Aqish duduk di sebelahnya. Aqish akur. Dalam keadaan seperti ini, dia harus akur.

“Ada apa papa?” Soal Aqish, perlahan.

“Macam ni.. Papa rasa, dah seminggu Aqish tak ada buat kerja apakan.. Papa nak minta Aqish handle projek pembinaan rumah anak yatim dekat kawasan Cheras dan Gombak.” Aqish terkedu.

“Kenapa mesti Aqish yang handle?”

“Sebab papa tahu Aqish sekarang ni sibuk uruskan Rumah Anak-Anak Yatim Cinta tu, kan?” Raut wajah Aqish semerta berubah. Bagaimana papanya boleh tahu? Adakah pengawal-pengawal peribadinya melaporkan hal tersebut kepada papanya?

Dato’ Seri Hafzan tertawa. “Aqish jangan risau. Papa tak marah pun. Papa lagi happy sebab Aqish sertai kerja kemasyarakatan. Lebih elok dari Aqish melepak tak tentu hala..” Serius kedengaran suara Dato’ Seri Hafzan.

“So?” Aqish bertanya.

“Boleh ke Aqish handle? Papa letakkan sepenuh kepercayaan kepada Aqish ni.. Itu pun kalau Aqish berminat.” Dato’ Seri Hafzan berkata lagi. Aqish berfikir-fikir.

“Hmm, lagi satu.. Esok, minta Zurina datang jumpa papa.” Tegas kedengaran suara Dato’ Seri Hafzan. Dada Aqish mulai berdebar. Kenapa pula papanya mahu berjumpa dengan Zurina? Dia mula berasa tidak sedap hati. Adakah papanya hendak memarahi Zurina?

“Biar Aqish fikirkan dulu.. Papa, Aqish penat ni.. Aqish minta diri dulu ya.. Sorry uncle..” Aqish bingkas bangun dari sofa empuk, lantas berlalu pergi sambil diiringi pengawal-pengawal peribadinya.

****

“KENAPA Aqish tak nak terima projek yang papa berikan pada Aqish?” Soal Datin Seri Arifah, lembut. Aqish merebahkan kepalanya di atas riba mamanya. Datin Seri Arifah mengusap rambut Aqish dengan perlahan-lahan.

“Aqish bukan tak nak terima. Aqish hairan kenapa papa tiba-tiba aje berikan projek tu pada Aqish..” Aqish mengeluh.

“Sayang.. Papa buat macam tu sebab papa nak buktikan pada semua yang anak papa ni berkebolehan melakukan apa sahaja.. Papa dah tak tahan dengar kritikan orang ramai mengenai Aqish...” Datin Seri Arifah menerangkan.

“Apa yang mereka kritik? Aqish bukan tak nak buat sesuatu yang boleh memberikan kebaikan pada negara kita ni.. Tapi mama tengoklah macam mana keadaan sekarang? Berapa banyak kelab malam yang dibina? Berapa banyak pusat hiburan yang dibuka? Dan disebabkan itu jugalah banyak gejala negatif yang berlaku,” Aqish meluahkan kekesalannya.  

Datin Seri Arifah mengangguk. Dia mengakui kata-kata Aqish itu. “Mama tahu sayang... Sebab itu papa berikan projek pembinaan rumah anak yatim tu pada Aqish. Papa berikan sepenuh kepercayaan pada Aqish...”

Aqish terdiam. “Kalau Aqish gagal uruskan macam mana?”

“Aqish kena percaya pada diri sendiri. Mama rasa Aqish akan berjaya.. InsyaALLAH.” Datin Seri Arifah memujuk anak tunggalnya.

Aqish melelapkan matanya. Dia perlu berfikir terlebih dahulu. Projek yang diberikan oleh papanya itu bukanlah projek yang kecil. Dia harus berhati-hati. Datin Seri Arifah segera bangun dari kerusi setelah melihat Aqish terlelap.

****
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2012 05:47 AM | Show all posts
ZURINA berasa berdebar-debar saat menjejakkan kakinya di kediaman Dato’ Seri Hafzan. Terpamer rasa kagum melalui riak wajahnya tatkala melihat kediaman Dato’ Seri Hafzan yang berdiri megah ibarat istana kayangan itu. beberapa orang pengawal lengkap memegang senjata di hadapan pagar.

“Assalamualaikum.. Pak cik, ini kawasan rumah Dato’ Seri Hafzan?” Lembut Zurina bertanya. Pengawal yang mempunyai wajah yang bengis itu mengangguk sembari memandang Zurina dari atas ke bawah.

“Ya, awak ni siapa?” Soal pengawal itu, keras.

“Saya Zurina. Pagi tadi saya terima panggilan dari Cik Shilla. Dia minta saya datang ke sini..” Zurina memberitahu, penuh sopan.

Pengawal itu mengeluarkan telefon bimbitnya dan menelefon seseorang. Setelah bercakap sesuatu, akhinya pengawal tersebut membenarkan Zurina memasuki kediaman Dato’ Seri Hafzan sambil diiringi beberapa orang pengawal yang lain. Zurina mula berasa rimas. Dia tidak selesa diekori sebegitu.

Sebaik sahaja memasuki rumah Dato’ Seri Hafzan, Zurina diarahkan untuk duduk terlebih dahulu di sofa. Zurina memandang ke sekeliling, dia begitu kagum melihat hiasan dalaman rumah Dato’ Seri Hafzan. Dia merasa rendah diri melihat kemewahan yang berada di hadapan matanya kini.

‘Sudah terang lagi bersuluh, aku dan Aqish memang tak layak digandingkan bersama. Aku perlu menjauhkan diri aku dari dia..’ Zurina bermonolog sendiri.

“Ha.. Zurina.. Akhirnya dapat juga jumpa kamu ya..” Datin Seri Arifah menyapa dari tingkat atas. Datin Seri Arifah menyimpul senyuman. Dia berasa senang hati kerana dia sudah lama ingin bertemu secara empat mata dengan wanita yang berjaya membuatkan Aqish tidur tidak lena.

Zurina tunduk.. “Datin..”

“Duduk dulu Zurina..” Datin Seri Arifah menyuruh Zurina duduk terlebih dahulu sementara dia memanggil suaminya yang berada di bilik bacaan. Aqish pula masih berada di dalam biliknya.

Beberapa minit berikutnya, Dato’ Seri Hafzan turun ke ruang tamu bersama-sama dengan Aqish yang segak memakai T-shirt Bonia dan juga seluar pendek yang berwarna kelabu. Aqish tersenyum memandang Zurina.

“Dah lama sampai?” Dato’ Seri Hafzan bertanya.

“Dato’..” Zurina menunduk. Kemudian Zurina menyambung kembali kata-katanya. “Baru saja Dato’...”

Datin Seri Arifah duduk bersebelahan dengan Zurina. Aqish masih lagi memandang Zurina dengan renungan yang semacam. Zurina menunduk ke bawah. Dato’ Seri Hafzan berdehem, dia perasan akan pandangan Aqish pada Zurina itu.

“Hmm, Zurina.. Awak tahu kenapa awak dipanggil?” Soal Dato’ Seri Hafzan, serius sahaja nadanya. Zurina menggeleng. Dadanya berombak kencang. Dia sebenarnya berasa sesak dan gementar.

Zurina menarik nafas sedalam-dalamnya. “Sejujurnya, saya nak minta maaf jika saya ada buat salah pada Dato’ dan Datin.. Saya sedar saya tak sepatutnya bermain dengan api..” Tersekat-sekat Zurina berkata. Datin Seri Arifah mengerutkan dahinya, begitu juga dengan Aqish. Mereka kurang faham dengan kata-kata Zurina.

“Apa api-api pula ni?” Soal Datin Seri Arifah. Zurina memandang wajah Aqish. Kemudian dia kembali tunduk semula. Dia perlukan keyakinan yang tinggi untuk mengucapkan kata-kata ini.

“Saya sedar, sepatutnya saya tidak boleh berkawan dengan anak Dato’ dan Datin.. Saya tak sepatutnya berkawan rapat dengan anak Dato’ dan Datin. Saya minta maaf. Izinkan saya pergi, dan saya janji saya tak akan dekat dengan anak Dato’ dan Datin lagi.” Ujar Zurina, dengan perasaan takut.

“Zurina!” Marah Aqish. Dia sendiri berasa hairan mengapa Zurina boleh berkata sebegitu. Entah apa yang sedang bermain di kepala Zurina ketika ini. Aqish benar-benar tidak faham!

Datin Seri Arifah tertawa. “Auntie rasa, Zurina ni banyak terpengaruh dengan filem-filem atau lambakan novel kat pasaran. Kan?” Zurina menggeleng.

“Ini secara realistik Datin.. Saya tak mahu mendapat susah nanti. Dan saya tahu Dato’ memanggil saya ke sini kerana ingin memberi amaran kepada saya..” Telus Zurina berkata. Dato’ Seri Hafzan menggeleng kepalanya berulang kali. Terukir senyuman di bibirnya.

“Unfortunately, your predictions is not right..” Dato’ Seri Hafzan kembali bersuara.

Zurina memandang Dato’ Seri Hafzan. “Apa maksud Dato’?”

“Sebelum tu.. Tak payah nak berdato’ dengan saya.. Panggil aje uncle.” Pinta Dato’ Seri Hafzan. Zurina terdiam.

“Tujuan uncle panggil Zurina ke sini sebab uncle nak Zurina menjadi pemantau Aqish.” Kata Dato’ Seri Hafzan.

“Pemantau? Saya tak faham..”

“Uncle mahu Aqish uruskan projek pembinaan rumah anak-anak yatim di beberapa kawasan. Uncle tahu Zurina berpengalaman sebab Zurina sendiri dah membuka sebuah rumah anak yatim, kan?” Soal Dato’ Seri Hafzan.

Aqish berasa lega. “Pembetulan Dato’.. Eh.. Uncle.. Saya baru menguruskan sebuah rumah anak yatim.. Saya tak ada pengalaman yang banyak.” Zurina berterus-terang.

“Uncle sukakan kejujuran Zurina.” Puji Dato’ Seri Hafzan, namun Zurina langsung tidak termakan dengan kata-kata pujian itu.

“Selama ini Aqish susah nak buat projek kemasyarakatan macam ni. Uncle dapat tahu Aqish selalu tolong Zurina dekat rumah anak yatim tu.. betul?” Zurina mengangguk. Aqish sudah tertunduk. Dia berasa tersindir dengan kata-kata papanya itu.

“Oleh tu, uncle nak minta tolong Zurina jadi pemantau. Kalau Aqish berjaya, uncle tak akan paksa Aqish melakukan perkara yang dia tak suka lagi. uncle akan ikut telunjuk dia pula.. Dan Zurina pula, uncle akan bantu Zurina mengeluarkan modal untuk membesarkan lagi rumah anak yatim tu.. Setuju?” Panjang lebar Dato’ Seri Hafzan menerangkan. Zurina berfikir sejenak.

Tawaran yang diberikan sangat lumayan! Sudah lama Zurina menunggu seseorang untuk memberikannya modal. “Saya setuju.. Tapi macam mana dengan Aqish?” Zurina melirik ke arah Aqish.

Aqish menjungkit bahunya. Dia berfikir sejenak. Dia tidak tahu apa sebenarnya motif papanya berbuat begitu. Adakah papanya hendak mengenakan Zurina? Kalau perkara itu berlaku, dia tidak akan memaafkan papanya sampai bila-bila!

“Aqish setuju..” Jawab Aqish, pendek.

Dato’ Seri Hafzan tersenyum.

****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2012 05:47 AM | Show all posts
SUDAH dua minggu Aqish dan Zurina bekerjasama melaksanakan projek pembinaan rumah anak yatim itu. Pelbagai perkara telah dipelajari oleh Aqish. Sejujurnya, dia bukanlah mahir mengendalikan projek ini. Dia merupakan lepasan ijazah di dalam bidang undang-undang di Universiti Bristol, United Kingdom.

“Zurina, awak okey ke?” Aqish menyoal Zurina. Zurina memandang Aqish dengan pandangan hairan.

“Kenapa?”

“Maksud saya.. Dah dua minggu kita uruskan projek ni.. Mungkin awak tak selesa bekerjasama dengan saya. Yalah, saya tak ada pengalaman langsung. Berbanding dengan awak..” Rendah Aqish menuturkan. Zurina mencebik.

“Dah dua minggu baru nak cakap? Well, to be honest.. Ada banyak kelemahan saya lihat pada awak. Nombor satu, awak tak menepati masa. Sepatutnya awak berada di sini, tepat jam lapan pagi. Every morning, but look at yourself... Jam sepuluh baru datang? Erm?” Soal Zurina.

Aqish tersengih. “Saya mengantuk.. Sorrylah, lately banyak sangat kerja saya kena buat.. Awaklah ni punya pasal..” Aqish menyalahkan Zurina pula. Zurina mengerutkan dahinya.

“Saya?” Zurina menuding jari ke arahnya sendiri. Zurina tersenyum, sinis.

“Mungkin sebab awak cuma fikirkan pasal diri awak. Awak tak fikirkan tentang orang lain. Listen Aqish, saya tak kenal awak.. I mean, saya baru aje kenal awak.. Tak sampai sebulan pun.. But based on my observation, awak seorang anak yang manja. You should be grateful pada semua benda... Dari hari pertama waktu awak luahkan kekesalan awak tentang sikap papa awak, saya dah dapat kesan sikap awak.”

Raut wajah Aqish berubah. Dia menjadi hairan, mengapa tiba-tiba sahaja Zurina berkata begitu. Terdetik rasa kesal di dalam dirinya kerana menyoal Zurina soalan sebegitu. Aqish menarik nafas sedalam-dalamnya.

“Okey, okey.. Saya minta maaf.. Lepas ni saya akan tepati janji. Saya akan datang awal.”

“Jangan janji aje.. Nanti tak buat. Semalam awak janji nak siapkan laporan tu.. Tapi awak tak buat pun.. Alasan awak, bangun lambat.. Tak cukup tidur..” Zurina membebel lagi. Sebenarnya dia sengaja berbuat begitu. Dia mahu menguji sikap Aqish yang sebenarnya.

Apa yang dilihat dari mata kasarnya, Aqish seorang lelaki yang sangat ego dan tidak pernah hendak bersetuju dengan pendapat orang lain. Malah, Aqish juga seorang yang sangat perengus! Zurina mahu memberi kesedaran kepada Aqish. Dia mahu Aqish bersyukur dengan apa yang ada.

“Okey.. Saya dah penat..” Aqish mengangkat tangan.

“Then?” Zurina menjungkit keningnya.

"Why are you mad all of a sudden? What did I do wrong? I'm just asking whether you are comfortable working with me! What is this crap about me and everything? Fine. If you dont want to work with me, just speak your mind!!!" Dengus Aqish.

Zurina tersenyum. “Memang betul apa yang saya jangka. Awak seorang yang manja. Apabila disuruh sikit, awak mula melenting. Semua benda tak kena pada pandangan mata awak.. Sejujurnya saya katakan, awak tak pernah nak bersyukur dengan apa yang awak ada..” Pedas Zurina mengkritik.

Aqish tersentap. Dia cuba mempertahankan dirinya, tetapi dia tidak berbuat begitu. Sejenak dia berfikir sendiri. Apa yang dikatakan oleh Zurina itu ada betulnya juga. Dia tidak dapat menafikan hakikat.

“Awak suka mengkritik papa awak.. Itu salah, ini salah. Pada pandangan awak, semua benda yang papa awak buat salah.. Tapi cuba awak cermin diri awak.. Awak sempurna sangat ke? Sebolehnya, saya memang nak kerajaan kita menguatkuasakan undang-undang untuk kes buangan bayi.. Tapi itu semua perlukan campur tangan semua pihak. Awak tak boleh nak tuding jari sepenuhnya pada papa awak..”

“Ada lagi? Cakap apa yang awak tak puas hati tentang saya.. Selama ni saya ingat awak berpuas hati bila berkawan dengan saya.” Keluh Aqish.

"I'm sorry, Aqish, but I don't want you to be egoistic. Thats why I have to talk to you now. I feel sorry for your father. You always go against him. You told me once, going against parents is a sin. But did you realize what have you done?” Zurina menjungkitkan keningnya.

Aqish terdiam lagi. Entah kenapa, setiap kali Zurina berkata-kata dia tidak dapat membidas kembali. Mengapa dia begitu lemah setiap kali berhadapan dengan Zurina? Apa sebenarnya yang ada pada wanita yang bernama Zurina Maisarah ini? Aqish tertanya sendiri.

Aqish mengangkat kedua-dua belah tangannya, seperti orang yang mengalah. “Just throw semua benda kat saya Zurina.. Saya teruk, kan? Saya tak layak untuk uruskan projek ni bersama-sama dengan awak, kan? Dan sepatutnya saya tak perlu balik ke Malaysia langsung disebabkan sikap saya yang tak pandai bersyukur ni, kan?”

Zurina menggeleng-gelengkan kepalanya. “Bukan tu maksud saya.. Awak berkebolehan melakukan banyak benda Aqish.. Tapi awak tak lakukan benda tu sebab awak tak pernah nak setuju dengan papa awak. Saya tengok, tak ada yang salah pun dengan apa yang papa awak suruh awak buat.”

“Saya tak bersetuju dengan papa saya disebabkan oleh banyak perkara.. Awak tak tahu..”

“Contohnya? Papa awak tak menjadi pemimpin yang baik? Aqish, awak kena berbangga. Papa awak dah melakukan banyak benda yang baik untuk rakyat. Setidaknya awak hargailah dia.. Okeylah, saya pergi dulu..” Zurina terus melangkah pergi. Meninggalkan Aqish yang terpinga-pinga sendiri.

Saat Zurina melangkah pergi, dari jauh kelihatan seseorang mengukir senyuman yang sukar ditafsir dengan kata-kata.

****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2012 05:48 AM | Show all posts
MALAM itu, Aqish mengimbas kembali kata-kata Zurina. Seketika dia tersenyum dan seketika senyuman di bibirnya pudar. Dia tidak dapat mengekang kebenaran kata-kata Zurina. Sejujurnya, memang itulah sikapnya yang sebenar. Dia kagum bagaimana Zurina boleh menganalisis sikapnya.

Selama dua puluh lapan tahun dia bernafas di bumi Allah ini, Aqish tidak pernah menemui wanita seberani Zurina. Sebelum ini, dia tidak menemui ramai wanita sewaktu berada di UK dahulu. Tetapi, Zurina sangat berbeza.

Aqish tertanya sendiri. Mengapa Zurina begitu bersungguh-sungguh mempertahankan papanya sedangkan papanya tidak pernah mempertahankan Zurina. Aqish mengeluh. Sukar untuk dia menafsir gerak hati Zurina.

Tiba-tiba sahaja pintu bilik Aqish diketuk. Aqish yang hanya memakai seluar pendek sahaja dan tidak berbaju ketika itu terus membuka pintu. Alangkah terkejutnya Aqish apabila mendapati Qaymelia berada di hadapan biliknya dengan wajah yang menggoda.

Aqish memandang ke arah pengawal peribadinya yang sedang berdiri di sebelah Qaymelia. “Kan saya dah cakap saya nak rehat!” Marah Aqish.

“Maafkan saya tuan Aqish. Tapi Cik Qaymelia...” Belum sempat pengawal peribadi itu menghabiskan kata-katanya, Qaymelia menyampuk.

“Kenapa you ni Aqish? Janganlah marah sangat.. I ada hal nak cakap dengan you.. Jom..” Qaymelia menarik tangan Aqish.

“Pergi mana? You jangan nak buat kerja gila Qay!” Marah Aqish lagi. Qaymelia tersenyum sinis.

“I ajak you berbual dalam bilik you.. You jangan risau. Tak ada orang nak tangkap basah punya sebab bodyguard you ada ramai kat luar tu..” Serentak dengan itu, Qaymelia menutup daun pintu seraya memberikan arahan kepada pengawal peribadi Aqish supaya menunggu di luar pintu sahaja.

Aqish masih lagi memandang tajam ke arah Qaymelia. Qaymelia menarik tangan Aqish untuk duduk di sebelahnya. Qaymelia menyimpul senyuman penuh makna. “Aqish, kenapa you tak pernah nak layan I ni? I sayangkan you..” Dengan tiba-tiba Qaymelia memeluk tubuh sasa Aqish. Aqish menepis. Dia menahan sabar. Mujur sahaja imannya masih kuat.

“You ni dah kenapa? Dah tak ada agama ke? Sampai nak peluk-peluk orang macam ni..” Qaymelia menarik muncung sedepa.

“I sayangkan you Aqish.. Kenapa you tak nak layan I? You sanggup layan perempuan yang dah malukan you..” Kata-kata Qaymelia terhenti disitu. Aqish memandang Qaymelia dengan renungan yang tajam.

“Apa maksud you?”

“I dengar tadi perempuan yang tak sedar diri tu malukan you. Marah you bukan-bukan.. Kenapa you masih nak kawan dengan dia? I kan ada..” Qaymelia menghampiri Aqish. Aqish menarik nafas sedalam-dalamnya.

Spontan, dia menolak Qaymelia hingga Qaymelia terjatuh ke lantai. “I beri you amaran terakhir. Jangan kacau I lagi. You tak perlu nak sayang-sayangkan I.. I tak ada feeling langsung dengan perempuan macam you.. Faham!” Tengking Aqish, dia berasa sakit hati apabila Aqish menghina Zurina sebegitu rupa. Dia membuka pintu biliknya dan mengarahkan pengawal peribadinya mengangkat Qaymelia keluar dari biliknya.

“You akan menyesal bila you kawan dengan Zurina, Aqish! Perempuan tu cuma nak kikis duit you! dia pisau cukur!”

“Kaki wayanglah you ni Qay.. Balik, basuh kaki.. Baca doa, lepas tu tidur ya?” Aqish tergelak, begitu juga dengan pengawal peribadinya yang lain. Setelah itu, Aqish menutup kembali pintu biliknya.

Dia merebahkan tubuhnya di atas katil. Sejenak dia berfikir. Mengapa dia berasa marah apabila Qaymelia menghina Zurina? Adakah dia sudah jatuh cinta kepada Zurina? Aqish tersenyum sendiri. Mungkin...

****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2012 05:48 AM | Show all posts
TEPAT jam lapan pagi, Aqish sudah berada di kawasan pembinaan rumah anak-anak yatim yang diusahakan oleh dia dan Zurina. Aqish juga membawa sarapan pagi buat Zurina, malah Aqish membawa sebuah termos air nescafe. Hari ini, Aqish hanya memakai T-shirt  Lacoste, dan seluar slack, pakaiannya hari ini tidaklah terlalu formal.

Zurina yang baru sahaja keluar dari keretanya sempat mengerling ke arah Aqish. Dia masih lagi marah mengenai perihal semalam. Aqish mendekati Zurina yang anggun mengenakan baju kurung berwarna merah jambu beserta tudung yang sedondon warnanya.

“Zurina.. Dah sarapan belum?” Soal Aqish, lembut.

Zurina tidak menjawab. Matanya masih lagi tertancap pada fail penilaian yang berada di tangannya. Sesekali dia memandang ke arah Aqish. Dalam hati dia sempat memuji penampilan Aqish yang begitu segak setiap hari. Beruntung sungguh siapa yang memilik Aqish. Zurina sempat berdetik sendiri.

“Zurina.. Saya tanya ni.. Janganlah marah lagi.. Saya sedar kesilapan saya.. Maafkan saya, ya?” Pinta Aqish. Zurina memandang Aqish.

“Awak nak apa?” Zurina menyoal Aqish. Aqish tersenyum.

“Jom sarapan sama-sama.. Saya bangun awal sebab nak masak untuk awak..” Perlahan Aqish berkata. Zurina tersenyum dengan kata-kata Aqish itu. Benarkah Aqish memasak? Dia kurang percaya. Apa yang dilihatnya, Aqish seorang anak yang sangat manja!

Zurina menjungkitkan keningnya. “Boleh ke awak masak? Awakkan anak manja..” Sindir Zurina. Aqish mengeluh. Dia melekapkan kedua belah tapak tangannya, seraya memandang wajah Zurina dengan pandangan yang serius.

“Saya serius ni Zurina.. Saya masak untuk awak.. Anggaplah ni sebagai satu permohonan maaf dari saya..” Ujar Aqish, perlahan sahaja nadanya.

Zurina berasa serba salah. Dia sebenarnya berasa bersalah. Akhirnya Zurina akur. “Hmm, okeylah.. Saya pun belum sarapan lagi.” Zurina berkata lagi. Aqish menyimpul senyuman.

Dengan segera Aqish meminta pengawal peribadinya mengeluarkan makanan yang dibawanya dari rumah. Aqish menyerahkan sebuah tupperware yang berisi makanan kepada Zurina. Zurina tersenyum. Kesungguhan Aqish untuk memohon maaf begitu meruntun hatinya.

“Minum air ni sekali.. Ni pun saya buat..” Ujar Aqish lagi. Zurina menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Air ni tak ada jampi, kan? Nanti tak pasal-pasal saya kena sihir..” Zurina berseloroh. Aqish tergelak-gelak.

“Kalau saya nak sihirkan awak pun, saya akan buat awak jatuh hati pada saya.” Perlahan Aqish berkata, lebih kepada berkata-kata sendiri. Tetapi malangnya Zurina dapat mendengar kata-katanya itu.

“Apa dia?” Aqish menggeleng.

“Tak ada apa.. Eh, bukalah tupperware tu..” Arah Aqish. Zurina mengangguk.

Sejenak, Zurina terpaku saat terpandang nota beserta cincin di dalam makanan itu. Dada Zurina semerta berdebar-debar. Apakah dia sedang bermimpi? Atau adakah ini realiti? Zurina terjeda.

Aqish segera bangun dari kerusi. Beberapa orang kanak-kanak dari rumah anak-anak yatim Cinta meluru ke arah Zurina. Mereka menyerahkan sekeping kad kepada Zurina. Zurina menerima setiap kad yang diberikan dengan pelbagai persoalan yang bertamu di minda.

“Hati menyimpan seribu satu rahsia serta menyimpan kisah satu jiwa yang terukir nama seorang insan yang sangat istimewa diatasnya.” Zurina membaca isi kad tersebut. Dia tidak dapat menahan perasaannya.

Dia membuka pula kad yang lain. “Cairkanlah hatimu… Lalu siramlah hati kekasih agar selalu segar dan bersih sebab yang demikian itulah cinta..” Zurina meletak semula kad-kad tersebut di sebelahnya. Aqish memandang Zurina, senyuman manis terukir di bibirnya. Kanak-kanak itu pula bertepuk tangan.

“Dalam tu ada cincin.. Saya nak tanya satu soalan pada awak..” Aqish tersenyum-senyum.

“Aqish, jangan libatkan saya dalam permainan bodoh awak ni. Kenapa awak bawa budak-budak ni datang sini? Hari ni sepatutnya diorang ada kelas mengaji.” Bebel Zurina. Aqish menghampiri Zurina. Zurina semerta terdiam seribu bahasa.

“Saya serius.. Saya nak tanya.. Sudi tak awak jadi kekasih saya?” Soal Aqish.

Zurina terdiam. “Kenapa awak tanya soalan tu?”

“Sebab saya cintakan awak Zurina.. Sangat cintakan awak..”

“Tapi kenapa saya? Ada ramai lagi perempuan lain. Saya tak setaraf dengan awak. Saya cuma anak kepada seorang nelayan! Sedangkan awak? Awak seorang anak tunggal kepada Perdana Menteri! Jauh sangat perbezaan kita Aqish. Bagai langit dengan bumi.. Macam pipit dengan enggang.” Ujar Zurina, rendah.

Aqish menggelengkan kepalanya berulang kali. “Saya tak pernah fikir tentang tu semua.. Saya tak terfikir untuk cari perempuan yang kaya.. Kalau kaya dengan harta, belum tentu kaya budi bahasa.”

“Saya tak cantik.. Saya tak seksi, malah saya banyak kekurangan..” Ujar Zurina lagi.

“Sayang..  Saya tak pandang semua tu.. Bagi saya, awak dah cukup cantik. Macam bidadari syurga.. Dan saya tak pernah fikir untuk cari kekasih yang seksi.. Kalau seksi di dunia, tapi dapat seksa di akhirat, tak gunakan? Zurina, tak ada manusia di dunia ni yang sempurna. Tapi malangnya, pada pandangan saya.. Awak cukup sempurna. You fills my missing heart pieces!” Romantis Aqish menuturkan.

Pengawal peribadi Aqish tersenyum-senyum melihat Aqish yang begitu gigih memikat Zurina. Zurina tertunduk. Dia tidak tahu apakah dia patut berbangga dengan ini semua. Adakah ini satu perkara yang membahagiakan, atau memalukan?

“Satu saat.. Awak akan malu bila semua orang tahu yang kekasih awak cuma seorang pengurus biasa dan hanya mengambil diploma aje..”

“Zurina.. Enough.. Kalau belajar tinggi-tinggi tapi akhirnya menyusahkan orang tua pun tak guna jugakan? Saya suka awak bukan sebab pelajaran yang ada pada awak.. Tapi saya suka awak disebabkan sikap awak.. Disebabkan hati awak.. Zurina, awak dah ubah saya menjadi orang yang lebih menghargai masa.. Malah menghargai orang tua saya.. Saya tak tahu macam mana nak berterima kasih pada awak..”

Zurina terdiam. Dia kelu.

“Jadi.. Jawablah... Sudi tak awak jadi kekasih saya?”

Semua yang berada disitu bersorak dan memaksa Zurina berkata ‘ya’. Zurina menarik nafas sedalam-dalamnya. Akhirnya dia mengangguk. Dan dia bersedia untuk menjadi kekasih kepada Aqish.

“Saya tak nak kita macam ni lama-lama. Boleh mengundang maksiat..” Zurina memberitahu. Aqish mengangguk. Dia mengangkat sebelah tangannya seperti mengangkat sumpah.

“Saya janji, selepas projek ni siap. Saya akan terus minta papa adakan majlis pernikahan kita.. Okey sayang?” Zurina tersenyum. Setelah sekian lama, akhirnya pintu hatinya kembali terbuka untuk menerima insan yang bernama lelaki di dalam hidupnya.

****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2012 05:49 AM | Show all posts
PROJEK pembinaan rumah anak-anak yatim yang diusahakan oleh Zurina dan Aqish telah pun selesai. Hari ini merupakan pelancaran rumah anak-anak yatim tersebut. Aqish berasa gementar meski ada rasa gembira yang terpahat di hatinya.

Aqish mengerling ke arah Zurina. “So sayang, dah sedia?” Zurina mengangguk. Mereka berjalan beriringan tetapi mereka tidaklah berpegangan tangan. Dato’ Seri Hafzan memandang anak tunggalnya dengan pandangan yang tajam.

Beberapa orang wartawan tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar Zurina dan juga Aqish. Aqish tersenyum, dia berasa bangga kerana dapat memperkenalkan Zurina kepada umum.

“Itu ke girlfriend dia? Kenapa buruk sangat? Pakaian pun entah beli kat mana..” Zurina terdengar suara-suara sumbang yang mengutuk dirinya. Zurina berpura-pura tersenyum walaupun dia berasa terkesan dengan kutukan itu.

“Tahu pun.. Aqish ni mesti dah kena bomoh. Look at her, beg tangan pun dah lusuh!” Zurina menahan sabar. Dia menahan air matanya dari mengalir. Sabar.. Aku mampu bertahan. Zurina menahan perasaannya.

“Sayang, are you okay?” Aqish bertanya kepada Zurina, Zurina mengangguk.

****

SELESAI SAHAJA majlis perasmian, Zurina duduk semeja bersama-sama dengan keluarga Aqish. Mereka sedang rancak membincangkan tentang perihal semasa. Begitu juga dengan pilihan raya kecil yang diadakan di beberapa buah kawasan yang berdekatan.

Zurina hanya membatukan dirinya. Dia merasakan, kehadirannya disini langsung tidak diperlukan. Datin Seri Arifah berdehem. “Auntie nak ucapkan tahniah pada Zurina sebab dah berjaya bimbing Aqish untuk projek ni..”

“Sebenarnya Aqish yang bimbing dia..” Aqish menyampuk lantas tersengih. Zurina menjegilkan matanya. Aqish tergelak. Dato’ Seri Hafzan tersenyum sahaja.

Tiba-tiba sahaja Qaymelia muncul dari belakang lantas duduk bersebelahan dengan Aqish. Zurina tergamam. Siapa pula wanita ini? Soalnya sendiri. Dia memerhatikan wajah wanita yang berpakaian agak seksi itu.

“Qaymelia Qareena Dato’ Rafizi.” Qaymelia menghulurkan tangannya untuk bersalaman, tetapi sebaik sahaja Zurina hendak bersalaman dengannya, Qaymelia menarik semula tangannya. Zurina mengetap bibir.

“Aqish.. You janji nak datang sama-sama dengan I..” Qaymelia memaut lengan Aqish, namun Aqish pantas menepis.

“Qaymelia, behave yourself. Press tengok tu..” Aqish memberi amaran. Qaymelia langsung tidak berasa segan, malah tidak langsung berasa malu. Walhal Dato’ Seri Hafzan dan Datin Seri Arifah sedang memandangnya.

“Biarlah diorang tengok. Lagi senang kita nak umumkan kisah cinta kita.. Anyway Aqish, I dah penat tau berselindung jadi kekasih you.. Bila you nak umumkan?” Kata-kata Qaymelia itu umpama satu tamparan yang berbisa pada Zurina. Dia berasa sakit hati, malah sedih!

“Apa you mengarut ni?” Marah Aqish. Aqish bingkas bangun dan menuju ke tandas. Dan Qaymelia tanpa riak bersalah memandang Zurina. Dia tahu Zurina kini merupakan kekasih Aqish. Dia mahu Zurina terseksa!

“Anyway Zurina.. I rasa semuanya dah jelaskan? Dato’ Seri Hafzan pun dah tetapkan tarikh perkahwinan I dan Aqish. Faham apa maknanya tu?” Qaymelia menjungkit keningnya, tersenyum sinis memandang Zurina. Zurina mengangguk. Wajahnya nampak tenang, di dalam hatinya, hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu. Gelodak jiwa di hatinya tiada siapa mampu menafsirkan.

Qaymelia segera bangun dan melangkah pergi. Sikapnya yang biadab itu mengundang marah di hati Datin Seri Arifah. Dia tidak sangka sikap Qaymelia begitu menjengkelkan! “Zurina.. Jangan layan dia..” Datin Seri Arifah memujuk. Zurina mengangguk.

“Tak apa auntie.. Saya nak pergi tandas sekejap.” Zurina segera bangun.

****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2012 05:49 AM | Show all posts
“APA abang dah buat ni? Betul ke abang dah aturkan perkahwinan Qay dan Aqish?” Dengan nada marah Datin Seri Arifah bertanya. Dato’ Seri Hafzan mengeluh.

“Itu semua cadangan aje.. Abang sengaja buat macam tu.. Tapi hakikatnya abang pun tak berkenan dengan Qaymelia tu..” Ujar Dato’ Seri Hafzan. Datin Seri Arifah mengeluh pula.

“Kesian Zurina. Qaymelia dah melampau!” Marah Datin Seri Arifah.

“Abang yakin Zurina tak termakan dengan kata-kata Qay tu.. Dia budak yang baik.” Dato’ Seri Hafzan menoktahkan katanya.

****

DI dalam tandas pula, Zurina memandang dirinya di hadapan cermin. Dari dalam tandas dia dapat mendengar suara-suara sumbang berkata yang bukan-bukan mengenai dirinya.

“I rasa si Zurina tu sengaja nak kikis duit Aqish. Maklumlah, ambil kesempatan! Entah apa yang cantik pada dia pun aku tak tahu..” Zurina mengesat air matanya yang mengalir.

“I pun rasa macam tu.. Penampilan yang terlalu simple! Tak sesuai langsung nak bergandingan dengan Aqish. Macam langit dengan bumi. Perempuan tak sedar diri!” Suara sumbang yang lain kedengaran pula.

Zurina terus mengesat air matanya. Apabila keluar sahaja dari tandas, dia mendapati Aqish sedang berucap. Dia tidak dapat membendung perasaan sedihnya. Jam tepat menunjukkan ke pukul sembilan setengah malam.

Dia terus melangkah keluar dari hotel itu. Tetapi malangnya, Aqish terlihat kelibat Zurina yang berlari keluar dari hotel itu. Dia segera meninggalkan pentas dan mengejar Zurina. Dato’ Seri Hafzan hendak mengejar anak lelakinya, tapi Datin Seri Arifah menahan.

****

“ZURINA!!!” Jerit Aqish. Tetapi Aqish terlambat, Zurina sudah menaiki teksi. Aqish berasa hampa. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan segera dan mendail nombor milik Zurina.

Sebaik sahaja talian disambut, Aqish segera bertanya. “Sayang! Kenapa ni.. Kenapa awak balik macam tu aje?” Soal Aqish.

“Saya dah tak sanggup nak teruskan hubungan kita Aqish.. Saya tak sanggup.. Saya tak tahan dihina, saya tak tahan dimaki.. Cukuplah semua tu..” Zurina menangis semahunya. Sedunya meruntun hiba dan membuatkan Aqish berasa sedih dengan serta merta.

“Kenapa ni? Tentang Qaymelia ke? Just ignore her sayang.. Dia memang sengaja buat macam tu sebab...” Zurina segera menyampuk.

“Sebab dia nak dapatkan awak? Just go with her Aqish. Dia lebih layak. At least tak ada suara sumbang.. Awak tahu, saya dah lama tahan semua ni.. Semenjak saya menjadi kekasih awak, saya terpaksa tahan telinga dari dengar kutukan orang.. Saya pun ada maruah Aqish.. Saya tak mahu teruskan lagi.. Sebelum hubungan kita pergi lebih jauh dari ni, saya rasa lebih baik kita berpisah sekarang.. Lebih elok..” Zurina menyeka air matanya.

Aqish tergamam. Melalui kata-kata Zurina, dia sudah cukup berasa sakit. Entah kenapa. Dia tidak mahu berpisah dengan Zurina! Dia tidak mahu berpisah dengan gadis yang bernama Zurina Maisarah! Tidak sama sekali!

“Sayang please... Jangan buat macam ni.. I love you so much.. Please.. Don’t do this.. “ Zurina menangis lagi saat mendengar kata-kata Aqish itu. dia tidak boleh berbuat apa. Zurina merasakan dia sudah membuat keputusan yang terbaik buat mereka berdua.

“I love you too.. Sebab tu, saya nak kita berpisah.. Awak layak mendapat pasangan yang lebih baik.. I’m sorry.. Assalamualaikum..” Setelah itu, Zurina menutup talian dan segera mematikan telefon bimbitnya.

Manakala Aqish pula sudah terduduk. Hujan yang turun seakan sama-sama menangisi kesedihan yang dialami oleh Aqish. Pengawal-pengawal peribadi Aqish segera mengangkat Aqish, tetapi Aqish menolak. Dia tidak dapat membendung perasaan kecewanya.

Dan Zurina ketika ini sedang menahan kesedihan yang hadir berbondong-bondong. Dia memandang ke luar tingkap teksi. Banyak kenangannya di bandar ini. Dia mahu pulang ke kampung, dan dia akan meminta Aisyah untuk membantunya menguruskan Rumah Anak-Anak Yatim Cinta buat sementara waktu. Biarlah dia mengubati hatinya yang lara buat seketika.

“I’m sorry Aqish.. I love you..” Bisik Zurina, dan air matanya mengalir lagi.

****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2012 05:49 AM | Show all posts
KETIKA ini, Zurina berada di kampung halamannya. Ibu dan ayahnya berasa pelik apabila melihat Zurina yang pulang ke kampung dalam keadaan sehelai sepinggang.

“Kenapa ni Zurina?” Soal Puan Syakirah kepada anaknya. Zurina memeluk ibunya dengan erat. Air matanya mengalir lagi.

“Zurina, kenapa ni? Cakap dengan ayah..” Encik Razif pula bertanya.

“Zurina dan Aqish dah tak ada apa-apa lagi..” Perlahan Zurina memberitahu. Encik Razif dan Puan Syakirah terkejut. Baru sahaja minggu lepas mereka berdua datang ke kampung dan sama-sama membantu fakir miskin yang berada di kampung ini.

“Kenapa? Dia kecewakan Zurina ke? Ayah dah cakap.. Zurina jangan bercinta dengan orang kaya.. Kita kena sedar siapa diri kita nak..” Encik Razif memeluk anaknya. Zurina menggeleng.

“Dia tak kecewakan Zurina ayah.. Zurina yang kecewakan dia..” Puan Syakirah berasa hairan tatkala mendengar kata-kata anaknya itu.

“Kenapa Zurina buat macam tu? Zurina dah tak cintakan dia lagi?” Zurina menggeleng.

“Sangat cintakan dia ibu..” Zurina menangis lagi.

“Jadi, kenapa Zurina berpisah dengan dia?” Puan Syakirah bertanya.

“Sebab Zurina rasa Zurina tak mampu nak bersama dengan dia.. Kami ibarat langit dan bumi.. Semua orang fikir macam tu.. Dan Zurina dah tak boleh tahan dengan kata-kata nista yang dilontarkan pada Zurina..” Zurina menunduk ke lantai.

Kakak sulung Zurina, Zafrina tiba-tiba sahaja menghampiri. Zafrina segera memeluk Zurina dari belakang. “Kakak tahu semua tu Zurina.. Setiap hari memang ramai yang kutuk Zurina dekat Facebook, Twitter.. Dan ada yang sanggup buat vlog dekat Youtube. Tapi bagi kakak, Zurina tak perlu rasa terancam dengan semua tu. Zurina tahu yang terbaik tentang diri Zurina, kan?” Zafrina memberi nasihat.

“Setiap orang kat atas muka bumi ni tak akan pernah berpuas hati apabila melihat kebahagiaan orang lain. Pasti ada rasa cemburu sikit.. Biasalah tu.. Tipikal masyarakat sekarang... Kalau Zurina kata Zurina tak sesuai dengan dia, sebenarnya Zurina tak sesuai dengan sesiapa pun.. Bahkan kalau Adam Levine, Sharnaaz Ahmad, Aaron Aziz pun yang jadi kekasih Zurina, ibu tak rasa Zurina dengan dia sesuai..” Puan Syakirah berkata.

Zurina tertawa akhirnya. “Adam Levine? Sejak bila ibu minat Maroon 5 ni?” Puan Syakirah tersenyum sahaja, langsung tidak membalas pertanyaan Zurina.

Encik Razif mengusap kepala anak perempuannya. “Cinta yang sejati banyak halangannya nak. Ini baru halangan yang pertama. Jangan lepaskan cinta Zurina.. Minta maaf pada dia.. Dan cinta sejati sukar dicari.. Ayah tengok Aqish tu bersungguh-sungguh cintakan anak ayah ni..”

“Kalau Zurina nak tahu.. Cinta adalah kasih sayang yang tersaji dan seolah-olah kekasih akan meninggal esok hari namun tak ada insan yang mampu menahannnya sebelum hati kecilnya menjadi suci dan bersih dari kerak-kerak keangkuhan hati... Mungkin Aqish tu jodoh Zurina.. Buat solat istikharah nak..” Puan Syakirah berfalsafah, wajahnya kembali serius. Zurina tersenyum.

“Kalau Zurina tak nak Aqish tu, pass pada kakak..” Zafrina berseloroh.

Zurina menjegilkan matanya. Baru kini dia sedar hal yang sebenarnya. Dia perlu yakin pada dirinya sendiri. Dan, esok dia akan memohon kemaafan dari Aqish semula! Pasti! Adakah Aqish mahu mencintainya untuk sekali lagi setelah apa yang berlaku?

****
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2012 05:50 AM | Show all posts
SEBAIK sahaja Zurina berada di hadapan banglo Aqish, Zurina mendapati kawasan banglo tersebut sunyi sepi.

“Ya cik?” Pengawal yang berada di hadapan pagar itu bertanya.

“Tuan Aqish ada?” Soal Zurina. Pengawal peribadi itu menggeleng.

“Tuan Aqish baru bertolak ke lapangan terbang. Dia akan balik semula ke London..” Ujar pengawal itu.  Zurina tergamam. Apakah dia telah terlambat? Dia berasa menyesal! Dengan segera dia masuk semula ke dalam keretanya dan  pantas dia menekan pedal minyak, meluncur laju di atas jalan raya.

Dia cuba mendail nombor Aqish, namun tiada yang menjawab. Zurina berasa sedih. Dia bimbang dia terlambat. Dia tidak mahu kehilangan Aqish! Dia tidak mahu! Tidak sama sekali!

Sampai sahaja di lapangan terbang, Zurina segera berlari. Dia terus pergi ke arah kaunter dan bertanya sama ada Aqish sudah berlepas pergi ataupun belum. Malangnya, maklumat yang diberikan membuatkan hati Zurina patah seribu.

Aqish telah berlepas lima minit yang lalu. Zurina dengan perasaan kecewanya terus melangkah keluar. Tetapi dia merasakan ada seseorang yang memerhatikannya. Dia menoleh ke belakang.

Zurina menggenyeh matanya. Betulkah apa yang dilihatnya? Dia memandang dari atas ke bawah. “Aqish? Awak ke tu?” Dia segera menghampiri lelaki yang dianggapnya Aqish itu.

“Aqish? Awak ke tu?”

“Kalau saya Aqish pun, apa masalah awak?” Soal Aqish dengan suara yang ditahan-tahan. Empangan air matanya hampir pecah melihat Zurina. Dia berasa rindu dengan wanita ini.

“Saya nak minta maaf! Minta maaf sangat-sangat! Saya tahu saya salah.. Saya tahu saya tak yakin pada diri saya sendiri. Saya sepatutnya pekakkan telinga saya dari mendengar tanggapan buruk orang lain. Saya minta maaf...” Panjang lebar Zurina berkata.

Aqish menjungkitkan keningnya. “So? Awak nak saya buat apa?”

“Saya bersedia untuk mencintai awak sekali lagi, Aqish.. Saya tak boleh lupakan awak.. Semalam saya dah buat solat istikarah. Dan ternyata ALLAH SWT telah memberi petunjuk kepada saya.. Tolong jangan pergi..” Pinta Zurina.

Aqish menghampiri Zurina. “Jadi.. Zurina Maisarah binti Razif Ramly.. Do you still love me?” Serius Aqish bertanya.

Zurina mengangguk. “Let the world know..” Bisik Aqish. Entah bagaimana tiba-tiba sahaja wartawan menghampiri mereka. Zurina berasa malu. Tetapi demi Aqish, dia sanggup!

“I love you Aqish Isyraff bin Dato’ Seri Hafzan! I love you so much!” Laung Zurina, kuat. Aqish tersenyum meleret. Zurina memandang Aqish semula.

“Awak pula? Boleh tak awak mencintai saya sekali lagi?” Soal Zurina kepada Aqish. Aqish mengangguk.

“Bukan hanya sekali lagi.. Saya mencintai awak selamanya Zurina..” Aqish mengenyit sebelah matanya. Dan Aqish meminta Zurina untuk memandang awan. Apabila Zurina memandang ke awan sahaja, Zurina terlihat sebuah banner besar yang dibawa oleh kapal terbang persendirian milik keluarga Aqish .

‘WILL YOU BE MY WIFE?’

“Hmm.. Ada jawapan untuk tu?” Aqish bertanya.

“Yes.. I do..” Dan semua yang ada disitu, termasuk wartawan, pengawal peribadi Aqish dan juga Dato’ Seri Hafzan serta Datin Seri Arifah bertepuk tangan. Mereka gembira akhirnya Zurina dan Aqish bersama semula.

****
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2012 05:50 AM | Show all posts
ENAM TAHUN BERIKUTNYA...

“Dulu.. Kisah cinta antara mama dengan papa Aqish ni top tau! Sampai keluar dekat TV!” Zafrina bercerita kepada anak lelaki Aqish dan Zurina, Afiq Aiman.

“Ya ke mama, papa?” Petah si kecil itu bertanya. Zurina mengangguk, Aqish mencium ubun-ubun isterinya.

“Tengok tu? Sampai depan Mak Long pun papa nak cium-cium mama.. Eii...” Zafrina mengusik. Aqish tersengih. Dia sebenarnya berasa bahagia dengan keluarganya sekarang. Cinta itu kadang kala memang aneh.

Mujurlah dia tidak terus berlepas ke London pada ketika itu, dan mujur juga Shilla, setiausaha papanya memberitahunya bahawa Zurina mencari dirinya di pejabat. Dia berasa bersyukur. Sangat-sangat bersyukur. Dan ternyata papanya tidak pernah menyukai Qaymelia.. Selama ini Dato’ Seri Hafzan memerhatikan sikap Zurina sewaktu mengendalikan projek pembinaan rumah anak-anak yatim suatu ketika dahulu.

Sikap Zurina yang jujur, berani dan bertanggungjawab itu membuatkan Dato’ Seri Hafzan tertarik untuk menerima Zurina menjadi sebahagian dari keluarganya. Walaupun ketika ini Dato’ Seri Hafzan tidak lagi berkhidmat sebagai Perdana Menteri, namun jasanya tetap dikenang oleh seluruh rakyat di negara ini.

****

“ABANG, kalau dulu Sara tak cari kat pejabat.. Agak-agaknya abang mesti balik London semulakan?” Aqish yang ketika itu sedang menonton televisyen terdiam. Dia memandang isterinya.

“Taklah.. Abang tahu Sara akan kejar abang..” Aqish tersengih. Zurina mencebik.

“Perasanlah tu..”

“Mana ada perasan. Ni realiti tau.. Abang tahu abang dah berjaya buat Zurina cair.. Kan, kan?” Aqish mencium pipi isterinya itu, selamba. Zurina menarik muncung sedepa.

“Dulu abang suka tak bila Qay peluk abang?” Soal Zurina. Sengaja menguji suaminya. Aqish berfikir-fikir.

“Suka sangat..” Zurina mencubit peha suaminya.

“Gatal!”

“Dah tanya soalan macam tu.. Siapa suruh tanya..” Aqish tergelak. Zurina menarik muncung sedepa.

“Yang penting abang dah dapat Sara.. Dah berjaya dapatkan Aiman lagi.. Ni lepas ni, harap-harap baby girl pula eh.. Papa tak sabar..” Aqish mengusap perut isterinya. Zurina berasa bahagia. Memang benarlah, cinta itu begitu indah apabila menghiasi taman hati.. Seperti tulip, mawar dan melati yang memperindahkan kebun dengan irama harmoni sukacita, gembira dan bahagia yang mengunjungi nurani silih berganti.

“Sara sayangkan abang.. sangat-sangat.. Even math cannot calculate how much I love you..” Bisik Zurina, lembut. Aqish berasa bangga. Bangga kerana dicintai oleh wanita yang bernama Zurina Maisarah.

“Kita hanya ada dua belas bulan setahun, tiga puluh hari sebulan, tujuh hari seminggu, dua puluh empat jam sehari  dan enam puluh minit sejam... Tapi... Sara sedar tak.. Hanya ada seorang saja yang mencintai Sara sekali seumur hidup?” Soal Aqish.

“Dan abanglah orangnya, kan?” Zurina bertanya. Aqish mengangguk seraya memeluk erat isterinya dengan perasaan kasih yang menggebu.

‘Ya ALLAH, terima kasih kerana memberikan peluang kepada suamiku untuk mencintaiku sekali lagi.. Juga buatku.. Berkatilah kami ya ALLAH..’ Zurina berdoa di dalam hati. Semoga bahagia menjadi milik mereka.

~Cinta merupakan karya indah Sang  Pencipta yang dimulakan di syurga, serta dirasukkan ke dalam jiwa Adam dan Hawa. Lalu dianak-pinakkan ke setiap jiwa dengan kadar cinta yang berbeza… Itulah cinta.

TAMAT
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2012 10:40 AM | Show all posts
best .... tulis la lg ...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2012 10:56 AM | Show all posts
Best sangat... dapat relate sebab apa perasaan Zurina, itulah perasaan aku jugak..huhu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.069839 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list