View: 353|Reply: 0
|
Krisis ekonomi Eropah jejas kadar pertumbuhan di China
[Copy link]
|
|
KEMEROSOTAN mendadak ekonomi Eropah boleh mengurangkan hampir separuh kadar pertumbuhan di China, demikian kata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) semalam, menambah kepada amarannya mengenai kemungkinan berlakunya kelembapan global yang teruk tahun ini.\rIMF berkata, Beijing sepatutnya bersedia melaksanakan pakej rangsangan berbilion dolar untuk mengekang kemerosotan dalam ekonomi kedua terbesar di dunia itu.\r\n\n\n\n\r Badan dunia itu mengunjurkan pertumbuhan 8.2 peratus tahun ini bagi China, tetapi berkata ia mungkin berkurang sehingga empat peratus jika krisis Eropah menyebabkan penurunan dalam kredit dan pengeluaran yang besar.\r\r\n\n\n\n\n \"Pemulihan global diancam keadaan yang tidak menentu di kawasan euro dan tempat lain,\" katanya.\r\"Jika senario penurunan itu menjadi kenyataan, China sepatutnya bertindak balas dengan pakej fiskal besar, yang dilaksanakan menerusi belanjawan Kerajaan Pusat dan tempatan,\" tambahnya.\rChina pulih dengan cepat daripada krisis global pada 2008 dan ekonominya berkembang dengan kukuh pada kadar 9.2 peratus tahun lalu, tetapi kadar pertumbuhannya menjadi perlahan apabila Beijing mengetatkan kredit dan mengurangkan aktiviti pelaburan.\rPemimpin China bertindak balas terhadap kejatuhan permintaan global dengan menjanjikan pinjaman bank dan bantuan lain bagi membantu usahawan.\r\n\n\n\rKerajaan negara itu memberi amaran bulan lalu bahawa ia berdepan kerumitan dan cabaran berikutan ketidaktentuan global.\rBank Dunia bulan lalu memberitahu China dan negara membangun lain supaya bersedia dengan kelembapan global yang dijangkakannya lebih teruk daripada krisis ekonomi 2008.\rIMF berkata, senario kemerosotan global yang dijangkakannya itu akan menyaksikan kerugian lebih teruk bagi bank daripada pinjaman sektor swasta dan hutang berdaulat, penguncupan dalam pelaburan dan aktiviti ekonomi global yang perlahan.\rBadan dunia itu berkata, pakej rangsangan bersamaan dengan kira-kira tiga peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar China bagi 2012-13 akan mengehadkan penurunan dalam pertumbuhan ekonomi negara itu China kepada kira-kira satu mata peratusan.\rIa akan membabitkan kira-kira 460 bilion yuan (AS$ 75 bilion).\rBank China mungkin terlindung oleh halangan yang menutup sistem kewangannya daripada aliran modal global, kata IMF.\rTetapi ia berkata, kejatuhan mendadak dalam pasaran saham Barat mungkin mengganggu kredit perdagangan.\rKerajaan Hong Kong minggu lalu mengumumkan ia akan membelanjakan 80 bilion dolar Hong Kong (AS$10.3 bilion) tahun ini bagi langkah rangsangan. – AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|