CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 335|Reply: 0

Koperasi Tentera jadi bank menjelang 2015

[Copy link]
Post time 7-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Firma bebas dilantik nilai keupayaan, rangka strategi\rKOPERASI Angkatan Tentera Malaysia (Koperasi Tentera) sedang mengorak langkah untuk menjadi  bank koperasi menjelang 2015, satu langkah yang mampu meningkatkan  asas pendapatan, sekali gus memanfaatkan ahlinya.\r\n\n\n\n\r  Langkah ke arah itu  dimulakannya tahun lalu dengan merangka pelan strategik dari aspek teknologi maklumat (IT) bagi tempoh tiga tahun untuk memastikan matlamat itu direalisasikan mengikut tempoh disasarkan.\r\r\n\n\n\n\n  Usaha itu juga  sejajar  sasaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang mahu melihat wujudnya sekurang-kurangnya empat bank koperasi di negara ini menjelang 2020.\rPengerusinya, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar, berkata koperasi itu kini berada pada landasan tepat untuk merealisasikan matlamat itu berdasarkan kepada prestasi kewangan kukuh yang dicatatkan yang membolehkannya membayar dividen 13.5 peratus kepada ahlinya tahun lalu, iaitu antara kadar tertinggi pernah dibayar sejak penubuhannya 50 tahun lalu.\r“Kami akan memulakan proses membawa masuk beberapa individu yang pakar dalam dunia korporat untuk membantu mewujudkan sistem sumber manusia yang cekap supaya peralihan koperasi  kepada bank koperasi ini dapat dilaksanakan secara sistematik.\r“Seperti seorang tentera yang bergerak ke medan perang, kami mahu ia dilakukan dengan sempurna. Kami tidak boleh melakukan walau sedikit kesalahan, kerana ia akan merencatkan keseluruhan pelan yang dirancang sejak awal,” katanya kepada Berita Harian, di Kuala Lumpur.\r\n\n\n\rMohd Nizam berkata, sebuah firma penilai juga  dilantik untuk melihat sejauh mana keupayaan koperasi itu untuk bergerak sebagai sebuah bank dan bersaing secara berkesan dengan bank komersial lain.\r“Firma bebas itu akan menilai keupayaan koperasi, dari aspek kewangan mahupun pelaksanaan sistem dan aspek lain yang berkaitan. Penilaian itu akan kami jadikan panduan untuk membentuk strategi serta perancangan jangka panjang,” katanya.\rMohd Nizam menjelaskan, hanya dalam tempoh 10 tahun Koperasi Tentera   meningkatkan jumlah asetnya kepada RM2.2 bilion, satu peningkatan agresif berbanding hanya RM425 juta pada 2001.\r“Berdasarkan pertumbuhan itu, kami yakin sasaran untuk memiliki aset sebanyak RM5 bilion pada 2016 mampu dicapai.\r“Kami juga mencatatkan keuntungan memberangsangkan dengan jumlah pembayaran rebat dan dividen hampir mencecah RM500 juta dalam tempoh 2006 hingga 2010,” katanya.\rSementara itu, Ketua Eksekutif Koperasi Tentera, Brigedier Jeneral (B) Datuk Ahmad Zahudi Salleh, berkata, lembaga pengarah sedang dalam proses mengkaji semula undang-undang kecil dalam perlembagaan koperasi itu bagi membolehkan waris pencarum menerima wang caruman atau pampasan sekiranya pencarum meninggal dunia.\r“Kami juga sedang mengkaji kemungkinan untuk membuka keahlian koperasi kepada badan beruniform lain, badan berkanun dan orang ramai berbanding undang-undang sedia ada yang hanya membuka keahlian kepada anggota tentera atau penjawat awam yang berkhidmat di Kementerian Pertahanan,” katanya.\rKoperasi itu juga katanya, akan memperkenalkan perkhidmatan Ar-Rahnu menjelang Jun ini.\r“Perkhidmatan Ar Rahnu ini dibuka untuk semua dan kami telah mengenal pasti empat lokasi iaitu Kluang (Johor), Melaka, Sungai Besi (Kuala Lumpur) dan Lumut (Perak) untuk penyediaannya, tetapi akan memilih tiga daripadanya sebagai perintis,” katanya.\rBeliau berkata, sejumlah RM1 juta katanya akan dilaburkan sebagai perbelanjaan modal untuk memulakan perkhidmatan berkenaan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.045029 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list