CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 213|Reply: 0

Konsortium urus projek Padma

[Copy link]
Post time 6-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Malaysia, Bangladesh meterai MoU pembinaan   jambatan RM6.6 bilion\rSEBUAH konsortium Malaysia akan ditubuhkan untuk melaksana projek jambatan pelbagai guna Padma bernilai RM6.6 bilion di Bangladesh selepas kedua-dua negara memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan-dengan-kerajaan (G2G) menjelang akhir bulan ini.\r\n\n\n\n\r  Duta Khas (Infrastruktur) ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S Samy Vellu berkata, konsortium itu yang terdiri daripada beberapa syarikat pembinaan berpengalaman Malaysia itu, ditubuhkan selepas kerajaan Bangladesh menerima cadangan teknikal dan kewangan projek itu minggu lepas.\r\r\n\n\n\n\n  Jambatan Padma adalah jambatan dan jalan raya sepanjang 6.15 kilometer (km) merentangi Sungai Padma.  Ia akan menghubungkan Louhajong, Munshiganj ke Shariatpur dan Madaripur, sekaligus menghubungkan wilayah selatan-barat negara itu dengan utara dan timur negara berkenaan.\rApabila siap, ia akan menjadi projek infrastruktur terbesar negara setakat ini dan akan diumumkan sebagai jambatan terbesar di Bangladesh dan jambatan tetap pertama untuk laluan trafik.\r“Bangladesh sudah melihat kejayaan kita dalam membangunkan jambatan seperti jambatan pertama dan kedua Pulau Pinang. Perdana Menteri (Bangladesh), Sheikh Hasina meminta kami mengkaji cadangan jambatan itu.\r“Kami membuat kajian sejak sebulan lepas dan akhirnya dengan kebenaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Razak, kami memaklumkan kepada Kerajaan Bangladesh bahawa kami bersedia membina jambatan berkenaan,” kata Samy dalam satu temu bual baru-baru ini.\r\n\n\n\rBeliau berkata, beberapa nama besar dalam industri pembinaan Malaysia dan syarikat berkaitan kerajaan sudah dikenal pasti untuk menyertai konsortium itu yang akan dipantau oleh Jabatan Perdana Menteri, menerusi pejabat duta khas.\r“Kontraktor sudah membawa masuk pembiaya dari Dubai. Rundingan  sedang dijalankan. Kerajaan Malaysia dan Bangladesh tidak mempunyai suara dalam mengenal pasti dan menentukan pembiaya projek terbabit.\r“Jambatan ini adalah projek yang  penting untuk Malaysia memandangkan ia akan membuktikan kepada dunia bahawa negara kita mempunyai keupayaan  melakukan apa saja di muka bumi ini, terutama dalam segmen infrastruktur,” kata Samy.\rMengenai bila projek itu akan dimulakan, beliau berkata butiran mengenai tempoh masa pembinaannya hanya akan diputuskan sebaik perjanjian G2G, dimeterai pada 21 Februari 2012.\rBeliau berkata, konsortium Malaysia itu perlu memperoleh beberapa kelulusan selepas menandatangani MoU membabitkan keupayaan kewangan kontraktor.\rSamy berkata, Kuala Lumpur dan Dhaka akan memeterai memorandum perjanjian.\rProjek Jambatan Padma mendapat perhatian selepas Bank Dunia menggantung pinjaman AS$1.2 bilion untuk projek itu, dengan mendakwa berlaku amalan rasuah.\rBank Pembangunan Asia juga berjanji memberi pinjaman  AS$610 juta, Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun memperuntukkan AS$400 juta dan Bank Pembangunan Islam (AS$140).\rSamy berkata, bulan lalu Sheikh Hasina membayangkan kerajaannya tidak akan menggunakan wang daripada Bank Dunia untuk melaksanakan projek  itu jika bank berkenaan gagal membuktikan tuduhan rasuah yang didakwanya. – BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:17 AM GMT+8 , Processed in 0.055200 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list