CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 241|Reply: 0

KWSP cadang tubuh dana amanah borong

[Copy link]
Post time 6-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Pakatan strategik dengan firma hartanah Australia\rKUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini giat mempertingkatkan pelaburannya di luar negara, bercadang mengadakan pakatan strategik dengan pemaju hartanah industri terbesar Australia, Goodman Group bagi menubuhkan sebuah dana amanah borong bagi pelaburan hartanah global.\r\n\n\n\n\r  Difahamkan, pengurus dana pencen itu ketika ini sedang berunding dengan peneraju hartanah industri Australia itu untuk menubuhkan dana berkenaan yang berpotensi memiliki portfolio hartanah mencecah AS$1 bilion (RM3.04 bilion).\r\r\n\n\n\n\n  KWSP, antara 10 dana pencen terbesar di dunia, dikatakan, sedang melaksanakan kajian daya maju pelaburan terhadap pembelian sebuah aset milik Goodman.\r“Dana borong amanah yang  ditubuhkan itu akan mempunyai modal permulaan antara AS$400 juta (RM1.2 bilion) hingga AS$500 juta (RM1.5 bilion). \r“Bagaimanapun jumlah itu boleh mencecah berbilion dolar dari semasa ke semasa. Pakatan strategik antara KWSP dan Goodman Group itu akan sama seperti kerjasama strategik yang dilaksanakan antara Goodman Group dengan Canadian Pension Plan Investment Board,” kata sumber industri kepada Berita Harian, baru-baru ini.\rSumber itu berkata, KWSP juga meninjau untuk memasukkan aset Goodman Group di Australia, Eropah, China dan Hong Kong sebagai portfolio hartanah dalam dana yang akan ditubuhkan itu.\r\n\n\n\rBeliau berkata, pengurus dana pencen Malaysia itu juga memperuntukkan kira-kira AS$3 bilion (RM9 bilion) bagi pelaburan hartanah di luar negara dalam tempoh tiga tahun akan datang.\r“KWSP ketika ini aktif meninjau peluang mengembangkan pelaburannya dalam pasaran hartanah di luar negara dengan tumpuan utama di pasaran Eropah dan Asia Pasifik termasuk Australia,” katanya.\rJurucakap KWSP ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu.\r“Sudah menjadi dasar kami untuk tidak memberi sebarang komen terhadap spekulasi pasaran. Sebarang pelaburan yang dibuat KWSP adalah berdasarkan peruntukan aset strategiknya,” katanya.\rKatanya, sebagai sebuah tabung persaraan yang memberikan jaminan asas kewangan bagi pencarumnya dalam menghadapi hari persaraan dengan selesa, aktiviti pelaburan dibuat secara berhati-hati supaya tidak merugikan ahli dalam jangka masa panjang.\r“Matlamat utamanya adalah untuk memberi pulangan yang munasabah dan diterjemahkan melalui pengumuman kadar dividen yang baik,” katanya.\rSebelum ini, terdapat laporan mengatakan KWSP sedang menjalankan kajian audit daya maju pelaburan untuk membeli bangunan pejabat di Canberra, Australia.\rMenurut laporan itu, pengurus dana pencen itu mengadakan pakatan strategik dengan CIMB TirstCapital untuk membeli hartanah itu.\rKini, KWSP  mempunyai beberapa pelaburan dalam pasaran hartanah di United Kingdom (UK) termasuk bangunan pejabat di kawasan premium London, iaitu One Sheldon Square di Paddington Central yang dibeli pada harga 156 juta pound (RM754 juta) serta 40 Portman Square berhampiran Oxford Street  membabitkan pelaburan 180 juta pound (RM870 juta).\rPada suku ketiga berakhir 30 September 2011, pengurus dana persaraan itu meraih pendapatan pelaburan RM6.8 bilion, meningkat 18.32 peratus berbanding RM5.75 bilion yang dicatat pada suku sama 2010, didorong pulangan pelaburan ekuiti yang memberangsangkan.\rDalam tempoh itu, aset pelaburan KWSP terus meningkat kepada RM452.05 bilion berbanding RM440.52 bilion yang dicatatkan akhir 2010.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.045239 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list