|
Kim Her tidak harap pada pasangan emas Kien Keat-Boon Heong saja\rBUKAN sekadar tiga kombinasi, sebaliknya skuad negara memiliki sekurang-kurangnya enam kombinasi beregu berbeza yang boleh disandarkan harapan bagi perlawanan pusingan kelayakan Piala Thomas di Macau, 13 hingga 19 Februari ini.\r\n\n\n\n\r Ketua jurulatih beregu, Tan Kim Her (kanan) menegaskan, dia tidak hanya bergantung kepada kombinasi sedia ada termasuk pasangan emas Koo Kien Keat-Tan Boon Heong untuk mengutip mata tetapi kini sedang membentuk enam kombinasi mantap yang mampu diturunkan bila-bila masa untuk memerangkap lawan.\r\r\n\n\n\n\n “Awal-awal lagi saya sudah tegaskan tidak ada penumpang dalam pasukan apabila meminta semua pemain yang disenaraikan sentiasa bersedia untuk diturunkan. Ini kerana saya tidak mahu terlalu bergantung kepada kombinasi sedia ada yang sudah mampu ‘dibaca’ lawan.\r“Jadi, dalam latihan saya pecahkan kombinasi sedia ada dengan menggandingkan mereka dengan pasangan baru. Namun, kombinasi mana yang akan diturunkan bergantung kepada strategi serta lawan yang ditentang,” katanya selepas latihan di Stadium Juara Bukit Kiara, semalam.\rAntara kombinasi baru yang dibentuk Kim Her ialah memecahkan Kien Keat-Boon Heong dengan menggandingkan Boon Heong dengan Thien How yang pernah menjadi pasangannya sebelum ini apabila merangkul kejuaraan remaja dunia 2004.\rMalah, Boon Heong-Thien How yang digandingkan di Piala Sudirman tahun lalu membuktikan gandingan mereka belum berkarat apabila mengejutkan pasangan utama Korea, Lee Yong Dae-Jung Jae Sung yang menjadi badi kepada Kien Keat-Boon Heong sebelum ini.\r\n\n\n\rTurut dipecahkan adalah gandingan Lim Khim Wah-Goh V Shem apabila Kim Her menyatukan semula V Shem dengan Kok Siang.\r“Saya gembira kerana beberapa kombinasi baru yang dibentuk mula serasi, sekali gus memberi kita alternatif tambahan. Jika kena dengan strategi, saya percaya mereka mampu melakukan kejutan,” tambah Kim Her.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|