|
KEMENANGAN 3-2 ke atas Pahang kembali meletakkan Tentera ke persada Liga Perdana tetapi bagi penyerang prolifik, Zaquan Adha Abdul Radzak, masih banyak perlu diperbaiki pasukan itu bagi menempuh saingan musim ini.\rSebelum rehat cuti Tahun Baru Cina minggu lalu, Tentera dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada Sime Darby yang menyaksikan Polis mengambil alih teraju liga namun anak buah jurulatih B Satianathan bangkit di laman sendiri, kelmarin. \r\n\n\n\n\r “Memang lega kami berjaya bangkit dan mengutip tiga mata di laman sendiri tetapi pujian juga harus diberikan kepada pemain Pahang yang beraksi dengan baik dalam perlawanan itu,\" kata penyerang kelahiran Negeri Sembilan itu. \r\r\n\n\n\n\n “Kami menang tanpa dibolosi sejak awal musim lalu, jadi kekalahan kepada Sime Darby turut membuka mata kami kepada kesilapan sedangkan kami mendahului saingan ketika itu.\r“Situasi itu berulang ketika menentang Pahang di mana sukar untuk kami mengekalkan kelebihan gol, namun saya yakin semua pemain sudah mengambil pengajaran daripada kesilapan itu dan bertanggungjawab sebagai satu pasukan.”\rDalam perlawanan sengit di Stadium MBPJ itu, Zaquan tampak masih bergelut untuk mengembalikan prestasinya sebelum digantikan dengan pelatih baru skuad kebangsaan, Venice Elphi Danny Kaya pada minit ke-70.\r“Saya memang sudah sembuh 100 peratus dari kecederaan tetapi dari segi mental dan keyakinan, ia belum di tahap sebenar, mungkin masih ada sedikit fobia,” katanya yang dua kali mengalami kecederaan lutut Anterior Cruciate Ligament (ACL) sebelum ini. \r\n\n\n\rJaringan emas pemain gantian, Christie Jayaseelan tujuh minit sebelum tamat selepas penalti Bruno Sebastian Martelotto dan Marlon Alex James dipadamkan Saifulnizam Miswan dan Azamuddin Akil turut meleburkan rekod tanpa kalah Pahang.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|