CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 163|Reply: 0

Safee selamat

[Copy link]
Post time 4-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Setiausaha Agung AFC sahkan kemelut liga hanya babitkan AFC, FIFA, ISSI\rTIADA sebarang larangan buat penyerang sensasi negara, Safee Sali untuk terus menyarung jersi skuad kebangsaan manakala Liga Super Indonesia (ISL) yang disertai kelabnya, Pelita Jaya, juga belum diharamkan.\r\n\n\n\n\r  Itu penjelasan Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Alex Soosay berhubung keraguan banyak pihak mengenai status Safee, 28, yang dikatakan dikenakan larangan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan AFC kerana beraksi di liga haram.\r\r\n\n\n\n\n  Namun Safee masih ‘berisiko besar’ dikenakan penggantungan seandainya Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) gagal mengadakan kongres untuk menyelesaikan segala kekusutan mereka pada tarikh akhir ditetapkan FIFA dan AFC iaitu 22 Mac depan.\r“Isu ini hanya membabitkan AFC, FIFA dan PSSI, bukannya pemain. Memang kami tahu ada dua liga di Indonesia berjalan serentak iaitu ISL dan IPL (Liga Prima Indonesia) tetapi keutamaan kami ialah supaya PSSI dapat menyelesaikannya pada kongres mereka, 18 Mac depan.\r“PSSI kena pastikan semua kelab gabungan mereka beraksi di bawah satu liga yang diiktiraf. Jika gagal, barulah hal ini akan dibawa ke Jawatankuasa FIFA dan PSSI boleh digantung manakala nasib pemain bergantung kepada keputusan FIFA,” kata Soosay ketika ditemui, semalam.\rSecara logiknya, kedudukan Safee dijangka selamat kerana PSSI perlu menyelesaikan segala kekusutan mereka pada kongres 18 Mac depan jika tidak mahu seluruh aktiviti bola sepak di republik itu digantung FIFA.\r\n\n\n\rDiminta mengulas laporan portal berita Indonesia, Republika.co.id yang memetiknya dia ada meminta PSSI menghantar senarai nama pemain yang beraksi di ISL termasuk Safee untuk dikenakan hukuman, Soosay bingkas menafikannya.\r“Tidak. Kami tak minta apa-apa senarai nama pun kerana apa yang kami ambil perhatian ialah PSSI, bukannya pemain. Jadi buat masa ini, tiada sebarang hukuman dan tiada siapa yang digantung,” jelas Soosay.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.046955 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list