CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 163|Reply: 0

Bisnes Dunia: Sikap pemurah jejas fungsi ECB

[Copy link]
Post time 3-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Kecairan  tingkat risiko, ancam kestabilan\rSEORANG anggota penting European Central Bank (ECB) memberi amaran  sikap \'pemurah\' bank pusat Eropah itu  memberi kredit kepada bank persendirian, meskipun langkah terbabit   meringankan krisis hutang di rantau berkenaan.\r\n\n\n\n\r  Jans Weidmann, yang menganggotai Majlis Pentadbiran ECB dan mengetuai bank pusat Jerman, berkata ECB bertanggungjawab  memastikan bank mempunyai cukup dana bagi berdepan krisis hutang zon euro.\r\r\n\n\n\n\n  Namun begitu, dalam ucapannya yang disampaikan di Duesseldorf kelmarin, beliau memberi amaran kecairan  berlebihan akan meningkatkan lagi risiko.\r“Adalah benar peluang perniagaan baru mungkin terbuka kepada bank menerusi peruntukan kecairan  besar, namun begitu ia  bermakna risiko juga  lebih tinggi kepada mereka serta kepada kestabilan,” katanya dalam teks ucapan berkenaan.\rECB pada Disember lalu menyediakan pinjaman kecemasan dengan kadar faedah tiga tahun yang rendah bernilai 489 bilion euro (RM2 trilion) kepada bank dengan cagaran sebagai antara langkah  meredakan krisis.\rBank pusat itu mempunyai satu lagi pusingan pinjaman faedah rendah yang diagihkan 29 Februari ini. Penganalisis berkata, jumlahnya melebihi pinjaman pertama.\r\n\n\n\rSesetengah bank dilihat menggunakan sebahagian wang berkenaan untuk membeli bon kerajaan pada pulangan faedah lebih tinggi, seperti di Itali dan Sepanyol.\rIa  meringankan kadar pinjaman untuk kerajaan yang berhutang dan meredakan kebimbangan kegagalan membayarnya.\rPinjaman kecemasan itu terbukti menjadi cara sah  ECB membantu menyelamatkan negara yang bergelut dengan masalah hutang sesuatu yang diharapkan  pakatan EU supaya dilaksanakan secara terus.\rPakatan itu menghalang ECB daripada membeli bon secara terus daripada kerajaan atau  pasaran primer dan ia turut mengehadkan pembelian bon daripada pelabur lain dalam pasaran sekunder.\rPresiden ECB, Mario Draghi, berkata pinjaman kecemasan kepada bank membantu menghalang masalah tekanan kredit yang serius.\rWeidmann adalah penentang kuat pembelian bon, dengan berkata ia melepasi garisan perundangan kerana bank pusat akan membiayai bajet kerajaan sekali gus mencabuli pakatan itu.\rPendiriannya itu amat popular di kalangan ahli ekonomi, ahli politik dan orang awam di Jerman, di mana pendekatan tegas bank pusatnya, Bundesbank ke atas dasar monetari beberapa tahun sebelum mata wang euro diperkenalkan menjadi sebahagian budaya kewangan negara itu.\rPenganalisis meramalkan bank akan meraih satu lagi bantuan kredit murah yang besar dalam tawaran seterusnya ECB akhir bulan ini.\rPembelian hutang kerajaan dengan pulangan tinggi boleh menjadi perniagaan yang baik kepada bank kerana mereka hanya membayar satu peratus ke atas wang yang diberikan ECB itu.\rMereka boleh mendapatkan wang dengan cara itu bagi mengukuhkan lagi perlindungan ke atas kerugian yang berpotensi dialami daripada krisis terbabit.\rBagaimanapun, pembelian bon kerajaan boleh menghalang usaha meminta bank supaya merendahkan pendedahan berisiko mereka terhadap hutang diterbitkan kerajaan yang berdepan masalah hutang.\rKeadaan tidak menentu dalam krisis Eropah meningkat apabila terlalu banyak bank memegang bon kerajaan dalam jumlah yang besar.\rKegagalan membayar hutang kerajaan boleh meruntuhkan bank, manakala kegagalan bank bermakna kerajaan perlu membayar pelan menyelamat yang mahal sekali gus memburukkan lagi kedudukan kewangan mereka. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 1.351548 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list