|
MANCHESTER: Sejurus menewaskan Stoke 2-0, awal pagi semalam, pengurus Manchester United, Alex Ferguson sudah memandang ke hadapan pertembungan setempat menentang Manchester City, April depan sebagai batu loncatan mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.\rDua jaringan menerusi sepakan penalti Javier Hernandez dan Dimitar Berbatov pada setiap babak sudah cukup untuk United menyamai pungutan mata City, cuma dipisahkan dengan perbezaan gol selepas 23 perlawanan.\r\n\n\n\n\r Dengan Ferguson menjangkakan Wayne Rooney, Nani dan Ashley Young bakal kembali untuk aksi bertemu Chelsea, Ahad ini, pengendali veteran itu nyata gembira dengan prestasi semasa United.\r\r\n\n\n\n\n “Kemenangan ini cukup bermakna. Tapi saya sentiasa menganggap Mac sebagai bulan terpenting selain kami akan bertemu City pada April. Memang kami menang hasil dua penalti tetapi kami tetap menampilkan penguasaan dan sabar mencari gol,” kata Ferguson.\rBen Amos, penjaga gol berusia 21 tahun tampil kali pertama pada aksi liga selepas kecederaan dialami Anders Lindegaard dan David de Gea, namun dia berjaya mengecewakan barisan depan Stoke.\r“Lindergaard cedera ketika latihan dan De Gea pula cedera pada penghujung latihan. Jadi kami memang berdepan mimpi ngeri. Mujur Amos tak banyak diuji, dia cukup yakin di benteng terakhir,” jelas Ferguson. – AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|