View: 249|Reply: 0
|
Akhiri harapan palsu di Bolton
[Copy link]
|
|
LONDON: Prestasi Arsenal musim ini kerap dibayangi harapan palsu tetapi Thomas Vermaelen percaya, kemenangan Piala FA ke atas Aston Villa sebelum ini mampu merangsang kelab untuk merebut tempat dalam kelompok empat teratas liga yang sering terbantut sebelum ini.\rSkuad kendalian Arsene Wenger meneruskan kempen Liga Perdana Inggeris dengan kunjungan ke Bolton Wanderers hari ini dalam perlawanan pertama sejak kemenangan kritikal ke atas Villa pada saingan Piala FA.\r\n\n\n\n\r Ketinggalan 2-0 selepas babak pertama, tekanan ke atas Wenger semakin berat tetapi tiga gol dalam tempoh tujuh minit pada babak kedua, termasuk dua penalti daripada penyerang prolifik Robin van Persie, membuka laluan Arsenal ke pusingan 16 terakhir untuk bertemu sama ada Sunderland atau Middlesbrough.\r\r\n\n\n\n\n Kemarau piala sejak menjulang Piala FA pada 2005, Gunners perlu mengukuhkan kempen mereka dalam pertandingan ini tetapi fokus mereka kini kembali ke saingan liga.\rPeluang Arsenal memburu kejuaraan liga musim ini tampak tertutup selepas deretan tiga kekalahan yang melebarkan jurang dengan pendahulu, Manchester City kepada 18 mata. Keutamaan kini ialah kembali merebut tiket ke Liga Juara-Juara musim depan.\rSkuad Wenger kini di tangga kelima, lima mata di belakang penghuni tangga keempat, Chelsea yang berpeluang menambah tiga mata dalam kunjungan ke Swansea, sehari sebelum aksi di Stadium Reebok berlangsung.\r“Bangkit untuk menang pasti akan memberikan anda keyakinan lebih tinggi. Permainan itu sendiri memberi kami keyakinan kerana kami bermain lebih baik berbanding hujung minggu sebelumnya (kekalahan 2-1 kepada Manchester United),” kata Vermaelen.\r\n\n\n\r“Kami tewas tiga perlawanan (berturut-turut) dalam saingan liga, sebab itulah kemenangan ini (ke atas Villa) cukup baik. Ia membina keyakinan untuk perlawanan seterusnya dan kami akan berjuang untuk memastikan tiga mata dikutip.” – AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|