CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 246|Reply: 0

Nadal ‘gembira’ dalam duka

[Copy link]
Post time 31-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MELBOURNE: Rafael Nadal berkata final Terbuka Australia adalah antara kekalahan terbaik dalam kariernya selepas dia berjuang hampir enam jam dalam pertarungan epik menentang Novak Djokovic.\rDalam perlawanan dramatik kejuaraan major pertama  musim ini, Djokovic menewaskan Nadal  5-7, 6-4, 6-2, 6-7 (5/7), 7-5 dalam tempoh 5 jam 53 minit, pertarungan final paling lama dalam sejarah Grand Slam.\r\n\n\n\n\r   Perlawanan bermula pada petang Ahad sebelum tamat pada awal pagi Isnin yang menyaksikan dua pemain terbaik dunia berjuang di depan penonton yang bagaikan terpukau menyaksikan aksi mereka.\r\r\n\n\n\n\n   “Secara fizikal ini adalah perlawanan paling sukar yang pernah saya bermain,” kata Nadal.\r“Saya fikir kami mempamerkan permainan tenis yang hebat. Bagi saya ia adalah pertunjukan yang hebat,” tambahnya. “Saya seronok kerana menjadi sebahagian daripada kejohanan dan perlawanan ini.\r“Saya mahu menang, tetapi saya gembira dengan apa yang saya lakukan. Saya mempunyai peluang menentang pemain terbaik dunia hari ini.”\rNadal berkata, dia gembira kerana berjaya menyaingi Djokovic daripada segi mental dan fizikal, sesuatu yang sukar dilakukan pada 2011 apabila pemain Serbia itu menewaskannya enam kali berturut-turut.\r\n\n\n\r“Saya tidak beraksi pada tahap lebih rendah berbanding dirinya sepanjang masa (malam ini), jadi ia perkara yang sangat positif kepada saya,” kata Nadal. “Saya juga gembira dengan mental saya malam ini (malam kelmarin).” – AFP\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.046280 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list