CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

Djoko buru jejak Laver

[Copy link]
Post time 31-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MELBOURNE: Rod Laver adalah manusia terakhir yang memenangi dan melengkapkan semua gelaran Grand Slam pada 1969 dan selepas kemenangan menakjubkan Novak Djokovic di final Terbuka Australia ia memberi gambaran pemain Serbia itu akan mengikuti langkahnya.\rLaver hadir di Melbourne Park menyaksikan Djokovic memenangi gelaran Grand Slam keempat dalam tempoh 12 bulan. Dan jika dia terus mengekalkan prestasinya, dan  memenangi Terbuka Perancis pada Jun, dia akan memegang empat gelaran utama sekali gus.\r\n\n\n\n\r   Grand Slam sebenar – adalah memenangi semua empat trofi dalam satu tahun kalendar – juga memerlukannya mempertahankan kejuaraan Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat.\r\r\n\n\n\n\n   Ramai meyakini Djokovic mampu melakukannya apabila Rafael Nadal dan Roger Federer gagal berbuat demikian, selepas pemain nombor satu dunia itu berjaya menangani cabaran getir pemain Sepanyol dalam perlawanan yang mencatat rekod paling lama 5 jam 53 minit.\r“Anda dalam kesakitan, anda mengalaminya, anda tahu anda cuba mengaktifkan kaki anda, anda cuba memaksa diri anda mengutip satu lagi mata, hanya satu mata, satu lagi perlawanan,” katanya selepas perlawanan.\r“Anda melalui begitu banyak kesukaran termasuk jari kaki anda berdarah. Semuanya agak keterlaluan, anda tahu, tetapi anda masih gembira dengan kesakitan itu.”\rKemenangan itu jelas penting untuk melonjak semangat Djokovic ke tahap lebih tinggi. Selepas menang Piala Davis 2010 bersama Serbia, dia melengkapkan 43 kemenangan berturut-turut sebelum rentetan kemenangan itu ditamatkan oleh Federer selepas enam bulan di separuh akhir Terbuka Perancis.\r\n\n\n\rTahun lalu dia memenangi 10 trofi termasuk Terbuka Australia, Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat, dan mencatat rekod perlawanan 70-6 walaupun bergelut dengan kecederaan sejak September. – AFP \r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.047528 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list