View: 148|Reply: 0
|
Harga gula meningkat 172 peratus
[Copy link]
|
|
Permintaan global tinggi terutama China serta kekurangan pengeluaran HARGA gula mentah di pasaran global meningkat 172 peratus dalam tempoh tiga tahun lalu dengan mencecah paras tertingginya sejak 1981, didorong oleh peningkatan besar dalam permintaan global terutama dari China serta kekurangan bekalan di negara pengeluar utamanya seperti Brazil dan India.\rAwal tahun lalu, harga komoditi itu melonjak sehingga ke paras AS$0.30 (RM0.91) sepaun berbanding AS$0.11 (RM0.33) sepaun pada 2008, apabila pengeluarannya terjejas berikutan faktor cuaca yang tidak menentu.\r\n\n\n\n\r Di samping itu, permintaan yang tinggi terhadap gula mentah sebagai sumber bagi penghasilan biofuel di Brazil juga mendorong melonjakkan harga komoditi itu di pasaran dunia.\r\r\n\n\n\n\n Bagi 2012 ini, harga gula global dijangka kekal melebihi paras AS$0.20 (RM0.61) sepaun meskipun pengeluaran komoditi itu dijangka meningkat.\rRabobank berkata, pihaknya menjangkakan belian terhadap komoditi itu akan meningkat dan kekal kukuh meskipun wujud kelembapan ekonomi dunia.\rBank makanan dan pertanian yang berpangkalan di Belanda itu berkata, permintaan yang berterusan dari China serta peningkatan kegunaan bagi industri biofuel juga akan mengekang harga komoditi itu daripada jatuh di bawah paras AS$0.20 (RM0.61) sepaun.\rIa mengunjurkan harga gula mentah global akan mencecah paras purata AS$0.22 (RM0.66) sepaun pada suku keempat tahun ini berbanding harga purata AS$0.25 (RM0.76) sepaun tahun lalu.\r\n\n\n\rMengenai pengeluaran gula tahun ini, Rabobank mengunjurkan jumlah pengeluaran gula global meningkat lima peratus kepada 174.5 juta tan tahun ini disokong peningkatan pengeluaran di Kesatuan Eropah (EU), Russia, Thailand dan India.\rSementara itu, firma penyelidikan tempatan, MIDF Research berkata, harga gula global kini lebih stabil jika dibandingkan dengan tahun lalu.\rKatanya, harga komoditi itu ketika ini berlegar pada paras antara AS$0.24 (RM0.73) dan AS$0.25 (RM0.76) sepaun.\rBagaimanapun, katanya, harga gula itu lebih tinggi jika dibandingkan dengan harga kontrak import tiga tahun, yang dipersetujui antara kerajaan Malaysia dengan pengeluar gula di negara ini iaitu pada AS$0.175 (RM0.532) sepaun.\r“Kenaikan subsidi gula pada awal tahun ini adalah bagi mengurangkan beban pengeluar gula di negara ini yang terpaksa menanggung beban peningkatan kos gula mentah yang meningkat,\" katanya.\rSubsidi gula meningkat kepada 54 sen daripada 20 sen sebelumnya dan jumlah subsidi meningkat kepada RM567 juta tahun ini daripada RM262.41 juta tahun lalu.\rSepanjang tahun lalu, harga gula global berlegar antara AS$0.23 (RM0.70) sepaun dan AS$30 (RM0.91) sepaun.\rMalaysia mengimport 99 peratus keperluan gulanya berbanding 98 peratus sebelum ini kerana tanah yang dulunya digunakan untuk menanam tebu di Chuping Perlis, sekarang ditanam dengan sawit dan getah.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|