CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 154|Reply: 0

DRB-Hicom rombak pengurusan kanan

[Copy link]
Post time 30-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Konglomerat automotif juga dijangka umum butiran terperinci strategi, peruntukan danaDRB-Hicom Bhd akan melakukan rombakan kepada kumpulan pengurusan kanan dan ahli lembaga pengarah Proton Holdings Bhd, dengan melantik beberapa muka baru ke dalam syarikat pengeluar kereta nasional itu dalam tempoh dua bulan ini.\rSumber berkata, selepas rombakan itu, konglomerat berkenaan akan mengumumkan pula butiran terperinci mengenai strategi, peruntukan dana serta sasaran tempoh khusus untuknya memulihkan prestasi kewangan Proton Holdings dan mengemudinya bagi menjadi antara jenama kenderaan pilihan.\r\n\n\n\n\r  Katanya, rombakan itu juga bertujuan untuk mengukuhkan semula sistem pentadbiran dan pengurusan Proton Holdings agar sejajar dengan matlamat pemilik barunya itu.\r\r\n\n\n\n\n  \"Rombakan itu akan dilaksanakan sebaik saja DRB-Hicom melengkapkan pengambilalihan pengeluar kereta nasional itu daripada Khazanah Nasional Bhd dalam tempoh dua hingga tiga minggu ini,\" kata sumber berkenaan kepada Berita Harian di Kuala Lumpur.\rBeliau berkata, pengurusan kanan utama yang dijangka akan digantikan, termasuk Pengerusi Proton Holdings, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh  dan Pengarah Urusannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.\r\"Setakat ini, kemungkinan calon yang bakal menggantikan Mohd Nadzmi ialah Datuk Nik Hamdan Nik Hassan, yang kini adalah Pengarah Automotif Kumpulan DRB-Hicom.\r\"Calon utama yang disebut-sebut bagi menggantikan tempat Syed Zainal pula ialah Datuk Lukman Ibrahim, yang kini adalah Ketua Pegawai Operasi DRB-Hicom,\" katanya sambil menambah rombakan itu bagaimanapun hanya akan membabitkan jawatan tertentu kerana DRB-Hicom mahukan gabungan kumpulan pengurusan lama dan baru untuk memastikan tidak berlaku gangguan kepada perjalanan operasi perniagaan pengeluar kereta nasional itu.\r\n\n\n\rNik Hamdan dan Lukman adalah bekas kumpulan pengurusan kanan Proton Holdings.\rNik Hamdam pada 1987 dipinjamkan ke Proton Holdings daripada Hicom Bhd bagi menguruskan bahagian Unit Perancangan Produk, khususnya dalam memperkenalkan rangkaian produk baru, manakala Lukman pernah berkhidmat di Proton Holdings selama 17 tahun.\rSumber berkenaan berkata, penggantian beberapa pegawai kanan utama dalam kumpulan pengurusan Proton Holdings itu adalah amalan biasa dalam dunia korporat, khususnya bagi sesebuah syarikat yang diambil alih.\r\"Ia (rombakan pengurusan) amalan biasa dalam mana-mana syarikat dan dalam kes ini, DRB-Hicom tidak mahu menghabiskan masa hanya untuk ‘berbulan madu’ dengan Proton Holdings (selepas dipilih sebagai calon rasmi bagi mengambil alih Proton Holdings).\r\"Apa yang dimahukan untuk kumpulan pengurusan baru ialah terus fokus dan bekerja keras untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan Proton Holdings selain mengemudi syarikat itu muncul jenama automotif pilihan, bukan saja di pasaran tempatan malah antarabangsa,\" katanya.\rNamun, sumber itu berkata, rombakan berkenaan ialah perkiraan awal DRB-Hicom dan masih belum dimuktamadkan kerana ia tertakluk kepada terma kontrak jawatan individu yang terbabit, selain memerlukan kelulusan Lembaga Pengarahnya.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.325956 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list