CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 144|Reply: 0

Mat Zan puji kelibat Terengganu

[Copy link]
Post time 30-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KETUA jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris berpendapat kemenangan dirakam anak buahnya di gelanggang Lions XII di Stadium Jalan Besar, malam kelmarin amat berharga dalam memastikan pasukan terus bersaing dan menghambat Kelantan dalam perebutan persada Liga Super.“Sudah tentu kemenangan ini berharga kerana keputusan seri atau kalah akan menyebabkan kita akan tercicir mata dengan Kelantan. Jadi, kita perlu terus mencatat kemenangan untuk memberi tekanan kepada mereka,” katanya\n\n\n\n  Mat Zan turut menegaskan bukan mudah untuk barisannya menyesuaikan diri bermain di atas padang tiruan dengan cepat apabila mereka mempamer aksi kelam kabut di awal permainan hingga membolehkan lawan menguasai bola.\n\n\n\n\n  “Pada awal permainan, saya agak gusar juga dengan aksi kelam kabut yang ditunjukkan pemain, tetapi apabila sudah mula serasi dengan padang tiruan, mereka kemudian berjaya mengawal permainan dan mengekang setiap gerakan lawan.“Malah, saya sangat berpuas hati dengan jaringan tunggal pemain import, Francis Forkey Doe pada babak kedua perlawanan yang sudah memadai buat kita melakar kemenangan tipis 1-0 sekali gus membawa pulang tiga mata,” katanya.Katanya, walaupun skuad Penyu turun beraksi tanpa ketua pasukan, Marzuki Yusof yang cedera ketika latihan namun penggantinya Mohd Faizal Mohamad yang bergandingan bersama Muslim Ahmad kental menahan kubu daripada asakan musuh.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.276549 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list