View: 170|Reply: 0
|
Giliran Azarenka No 1 dunia
[Copy link]
|
|
MELBOURNE: Victoria Azarenka memenangi kejuaraan Grand Slam pertama buat dirinya, sekali gus menjadi pemain nombor satu dunia yang baru apabila dia menewaskan Maria Sharapova pada final Terbuka Australia semalam.\rPilihan ketiga dari Belarus itu menang 6-3, 6-0 dalam masa 82 minit untuk menjulang trofi dan menjadi pemain tenis wanita keempat memenangi kejuaraan Grand Slam kali pertama berturut-turut.\r\n\n\n\n\r Azarenka bangkit daripada ketinggalan 0-2 pada set pertama untuk memenangi 12 daripada 13 permainan berikutnya untuk meraih kemenangan selesa tatkala permainan Sharapova berkecamuk ekoran aksi agresif sepenuh tenaga daripada pemain Belarus itu.\r\r\n\n\n\n\n “Saya tidak sabar menunggu untuk kembali semula tahun depan, saya menikmati bulan yang menakjubkan di sini. Ia mimpi yang menjadi kenyataan,” kata Azarenka.\rSharapova melakukan 30 kesilapan sendiri, manakala Azarenka ada kala bermain hampir sempurna dengan hanya melakukan 12 kesilapan sendiri sepanjang permainan dua set itu.\r“Seperti dalam mana-mana sukan, ada kala anda menikmati hari yang bagus dan hari yang sukar dan ada harinya apa yang anda lakukan tidak menjadi. Hari ini, Victoria bermain dengan begitu bagus,” kata Sharapova.\rSharapova bermula cemerlang untuk mendahului 2-0 dan berada pada kedudukan 0-30 pada servis Azarenka yang berikutnya, tetapi pemain Belarus itu tampak berjaya mengatasi rasa gemuruh dan mula menguasai permainan.\r\n\n\n\rPilihan ketiga itu memulakan set kedua dengan keyakinan terhadap diri yang sama, meraih mata daripada servis pertama Sharapova dan bangkit daripada ketinggalan 15-40 untuk menguasai saingan. Pemain Belarus itu kemudian melakukan servis untuk kemenangan, menyelamatkan satu mata daripada servis lawan dan melutut kegembiraan apabila pukulan kilas Sharapova tersangkut di jaring. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|