|
MESKIPUN dilabel ‘lemah’ serta mendapat ulasan negatif media, Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj meminta anak buahnya supaya tidak mengaku kalah sebelum turun ke gelanggang.\rKatanya, skuad Piala Thomas negara yang dibarisi, antaranya perseorangan nombor satu dunia Lee Chong Wei, bekas juara All-England Hafiz Hashim dan beregu nombor enam dunia Koo Kien Keat/Tan Boon Heong masih berpeluang layak ke pusingan akhir, andai mereka bersikap positif serta menerapkan semangat juang untuk negara.\r\n\n\n\n\r Selvaraj turut mengimbau pengalamannya mewakili Malaysia pada edisi 1976 bersama seorang lagi legenda negara, Datuk Punch Gunalan ketika skuad digelar ‘Punch Babies’ oleh media berikutan semua pemain masih muda dan dilihat tidak berpeluang melepasi pusingan kelayakan.\r\r\n\n\n\n\n “Namun kami akhirnya berjaya ke pusingan akhir, malah mara ke final bertemu Indonesia. Walaupun kalah, pasukan sudah melakukan yang di luar jangkaan,” katanya. “Jadi, saya harap pasukan ini juga tidak akan mengalah dan berjuang hingga ke saat akhir untuk negara,” nasihatnya.\rSkuad Malaysia turut diwakili perseorangan Liew Daren dan Mohd Arif Abdul Latiff serta beregu Goh V Shem/Lim Khim Wah dan Hoon Thien How/Teo Kok Siang yang akan memulakan latihan pusat di Bukit Kiara Isnin ini, disusuli latihan di Sabah dari 6 hingga 10 Februari.\rSelvaraj berkata, misi utamanya pada latihan pusat ialah menanamkan semangat berpasukan dan semangat juang untuk negara dalam diri setiap pemain.\r“Jika dalam kejohanan sebelum ini mereka bermain untuk diri sendiri, sekarang kita mahu ‘membasuh’ minda yang mereka kini bermain untuk negara dan membawa harapan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.\r\n\n\n\rPusingan kelayakan di Macau, 13 hingga 19 Februari adalah ujian getir buat pasukan negara apabila diramal berdepan empat pasukan terbaik berdasarkan ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) iaitu China, Korea Selatan, Jepun dan Indonesia. (Malaysia berada di kedudukan kelima).\rChina yang layak secara merit ke pusingan akhir di Wuhan, 20 hingga 27 Mei, turut mengambil bahagian dalam pusingan kelayakan tanpa jaguh utamanya, Lin Dan. – BERNAMA
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|