View: 123|Reply: 0
|
PNB yakin tawaran baru dapat sambutan
[Copy link]
|
|
Beri peluang pemegang saham SP Setia buat keputusan\rPERMODALAN Nasional Bhd (PNB), yakin tawaran pengambilalihan SP Setia Bhd pada harga tawaran baru yang dibuatnya bersama Tan Sri Liew Kee Sin, iaitu Presiden dan Ketua Eksekutif syarikat hartanah itu akan mendapat sambutan semua pihak berkepentingan.\r\n\n\n\n\r Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, ini kerana tawaran baru itu turut menggariskan dengan jelas komitmen kedua-dua pihak dalam memastikan kelancaran operasi syarikat hartanah berkenaan, seterusnya meningkatkan lagi nilainya.\r\r\n\n\n\n\n “Saya berpendapat ia adalah janji niaga yang baik kerana pihak pengurusan akan kekal dalam syarikat, dan meneruskan tugasan seperti biasa.\r“Apabila kami membeli saham sesebuah syarikat itu, kami mahu pastikan nilai diwujudkan, kekukuhan dalam barisan pengurusannya, dan pada masa sama kepentingan minoriti dijaga.\r“Sebab itulah kami naikkan harga tawaran bagi memberi peluang kepada pemegang saham membuat keputusan wajar,” katanya sambil menambah, dengan termeterainya perjanjian pengurusan dengan Liew sebelum ini, PNB dapat memanfaatkan kepakaran beliau selain terus mendapat sokongan padu pemegang saham.\rBeliau berkata demikian selepas majlis pemeteraian perjanjian antara Malaysian Development Holdings Sdn Bhd dengan empat bank tempatan berhubung pengagihan pinjaman Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) di Kuala Lumpur, semalam.\r\n\n\n\rPNB dan Liew sebelum ini bersetuju membuat tawaran bersama, bagi mengambil alih SP Setia pada harga tawaran baru iaitu RM3.95 bagi setiap saham dan 96 sen bagi setiap waran.\rHarga tawaran disemak semula itu lebih tinggi berbanding harga tawaran dikemukakan PNB sebelum ini iaitu RM3.90 seunit bagi saham biasa dan 91 sen seunit bagi waran.\rTawaran bersama itu dipersetujui selepas perundingan antara semua pihak untuk menyeimbangkan tanggung jawab Lembaga Pengarah SP Setia bagi mendapatkan hasil terbaik bagi pemegang sahamnya dan tanggung jawab PNB bagi memelihara nilai pemegang unitnya.\rSementara Hamad Kama ketika ditanya mengenai ketidaktentuan pasaran saham, khususnya dalam persekitaran ekonomi global semasa yang tidak meyakinkan, berkata sebagai pelabur, PNB sentiasa memanfaatkan apa saja kedudukan pasaran dan berharap melihat hasil terbaik.\r“Strategi yang kita guna pakai ialah sentiasa meninjau peluang yang ada, yakni apabila harga rendah kita beli, apabila ia terlalu panas kita lepaskan,” katanya.\rBeliau berkata, pemilihan portfolio strategik perlu bagi memastikan pulangan munasabah.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|