View: 4643|Reply: 4
|
Gegaran Konsert Rock FT Island di Malaysia.
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by isabel at 30-1-2012 10:47
2012, January 14 – Sekalung terima kasih kepada Square Roots Sdn Bhd dengan kerjasama Proof Label Singapore yang telah berjaya membawakan “2012 Play FT Island Concert” ke Malaysia pada Sabtu, 14hb Januari yang lalu. Stadium Negara yang menjadi lokasi persembahan konsert telah dibanjiri oleh 5000 orang peminat sejak awal pagi. Keterujaan para 'Primadona' yang tidak putus-putus bersorak semakin kuat bergema bila tepat pukul 8.30 malam konsert dimulakan. Konsert ini yang berjalan selama dua jam itu digegarkan secara terus menerus tanpa henti dengan alunan muzik dari band yang bukan sahaja amat dikenali dan popular di negara kelahiran mereka sendiri iaitu Korea tapi juga semakin menempah nama di pentas muzik Jepun.
Walaupun terdapat sedikit kesilapan teknikal pada audio dan kecacatan tercalit pada skrin besar namun ianya semua tidak menjadi masalah malahan semuanya dapat ditutup dan ditenggelami dengan kekuatan vokal Lee Hong-Ki yang sememangnya mantap, serta kehebatan petikan gitar oleh Choin Jong-Hun selaku pemain gitar utama, Song Seung-Hyun, bass Lee Jae-Jin dan juga pukulan drum yang tak kurang mantapnya oleh Choi Min-Hwan.

Persembahan bertenaga dari Lee Hong-Ki

Malaysia adalah merupakan destinasi pertama untuk konsert jelajah mereka yang pertama “2012 Play FT Island”.
Sebanyak 23 buah lagu di persembahkan 3 daripada dari album Jepun mereka dan 2 lagu adalah lagu lama “The Man In Sinsa-Dong” dari penyanyi Lagenda Jo Hyun-Mi dan juga “Will Love All” dari kumpulan rock lagenda Korea yang terkenal Song Gol-Mae. Bagi yang belum tahu, Hong-Ki pernah menyanyikan kedua-dua buah lagu ini di dalam rancangan muzik korea terkenal ‘Immortal Song 2’ yang diiringi sendiri oleh anggota FT Island yang lain dimana Hong-Ki telah berjaya dalam cabaran dengan memenangi kedua-duanya. Selain daripada Hong-Ki selaku vokalis utama, keempat-empat ahli yang lain tidak kurang hebatnya juga tidak ketinggalan mengalunkan suara mereka melalui lagu “Confence” dan juga “Sunshine Girl” yang di persembahkan secara akustik.
Maka benarlah seperti yang dikata oleh ahli Primadona (gelaran kepada peminat FT Island) bahawa 5 jejaka muda ini bukan sahaja tampan tetapi mereka juga mempunyai bakat yang luar biasa. Tahniah kepada FT Island kerana telah berjaya menjayakan impian Primadona Malaysia untuk menyaksikan sendiri kehebatan mereka.
Wajah ceria kelima anak muda sepanjang sesi sidang akhbar
Pada hari yang sama sebelum konsert, bertempat di DoubleTree Hiltion Hotel, Ampang, telah berlangsung sesi FT Island bertemu media pada sebelah pagi. Kemunculan kelima-lima anak muda ini yang ceria dan 'happy go lucky' telah mensirnakan keresahan para media yang telah menanti dengan penuh kesabaran disebabkan sidang media bermula agak lambat.
Ditanya apakah perasaan dengan kunjungan mereka ke Malaysia berbanding ketika pertama pada tahun 2008? Mereka menjawab dengan sejujurnya bahawa mereka sangat teruja untuk bertemu dengan peminat di sini dan juga gembira kerana kali ini konsert berjalan mengikut perancangan dan sudah pasti akan membuat yang terbaik buat peminat di Malaysia yang sudah sekian lama sabar menanti kedatangan mereka kerena berbandingkan ketika pertama kali di Malaysia, mereka sempat meluahkan kekesalan kerana konsert tersebut dibatalkan di saat-saat terakhir kerana masalah-masalah tertentu yang tidak dapat dielak dan sekali lagi Hong-ki memberi keyakinan bahawa mereka akan membalas kesemuanya dengan menghadiahkan persembahan yang menarik pada malam konsert nanti.
Dan dikesempatan itu juga mereka memberitahu bahawa pada tahun 2012, mereka akan bakal mengeluarkan mini album pada bulan Februari dan pada masa yang sama juga ahli-ahli yang lain sedang sibuk meneliti mempertimbangkan skrip drama baru dan di harap peminat akan terus menyokong FT Island dengan aktivit-aktiviti yang akan datang.
Ditanya juga apakah muzik yang mereka suka dan Hong-ki mengatakan bahawa kesemua ahli suka mendengar segala jenis muzik tapi secara nakalnya Seung-Hyun menyelit dan menjawab “Saya suka mendengar kpop” membuatkan ruang sidang media bergema dengan gelak ketawa. Mereka bukan sahaja comel tetapi bijak menjawab soalan dan menceriakan suasana. Mungkin ramai yang tahu Hong-Ki merupakan salah seorang peminat “nail art” dan beliau sempat di tanya apakan tema kukunya pada kali ini?
“Tema kali ini adalah gabungan warna emas seperti warna FT Island diharap ia dapat menghidupkan suasana konsert malam ini (ketawa)…”
Ditanya juga apakah mereka mempunyai perancangan untuk mengadakan 'FnC Family Concert'?
“Kami pernah berbincang tentang konsert FnC Family (sayrikat label) bersama CN Blue, Oh Won Bin, di harap ianya akan menjadi kenyataan. Sebenarnya kami dan CNBlue pernah juga berbincang berkenaan impian untuk mengadakan 'family concert' ini. Dan pada tahun ini FnC akan melancarkan satu group perempuan dan berkemungkinan besar kami akan berkolaborasi sempena penampilan pertama mereka. Sementara itu kami juga akan berkolaborasi dengan CNBlue pada masa yang terdekat oleh itu sila nantikannya .. (ketawa) ..”
Akhir sekali FT Island di minta menggambarkan konsert malam ini denga tiga perkataan dan dengan comelnya Lee Hong-Ki menjawab “ VE .. RY .. GOOD”
Wajah-wajah gembira Primadona
Konsert kali ini juga di sertai dengan sesi bertemu peminat yang diadakan sehari sebelum sidang media dan konsert. Seramai 50 org peminat yang terpilih bertuah dapat bertemu dengan Idol mereka secara dekat serta mendapatkan autograph daripada 5 anak muda ini. Sesi bertemu peminat telah di adakan pada hari Jumaat, 13hb Januari di Double Tree Hilton. Selepas sahaja konsert di Malaysia, mereka terus bertolak ke Singapura, destinasi kedua untuk konsert jelajah mereka seterusnya pada keesokan harinya.
Ramah dan sentiasa senyum melayan peminat yang teruja

Kehadiran si cilik yang berjaya menciutkan hati abang-abang FT Island terutama hati Seung-Hyun
Artikel oleh : Erenah
Editor oleh : isabel
|
|
|
|
|
|
|
|
 
rindu kt dorang... |
|
|
|
|
|
|
|
aku igt FT = Faizal tahir |
|
|
|
|
|
|
|
dream come true! rindu kat drg jgak.... |
|
|
|
|
|
|
|
FT Island....hwaiting!!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|