View: 164|Reply: 0
|
Turki mahu buka tender bina landasan kedua di ISGIA
[Copy link]
|
|
KERAJAAN Turki tidak lama lagi akan menawarkan tender bagi pembinaan landasan kedua di Lapangan Terbang Instanbul Sabiha-Gocken (ISGIA) yang dikendalikan konsortium dianggotai Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), dengan anggaran kos mencecah AS$800 juta (RM2.47 bilion).\rIa susulan peningkatan tinggi jumlah penumpang di lapangan terbang yang paling pesat berkembang di Turki itu serta sebagai alternatif setelah lapangan terbang utamanya, Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk tidak lagi mempunyai ruang untuk dipertingkatkan.\r\n\n\n\n\r Pengarah Urusan MAHB, Tan Sri Bashir Ahmad, berkata landasan baru berukuran 3,500 meter x 60 meter itu nanti mampu menampung kehadiran semua jenis pesawat termasuk Boeing B747 dan Airbus A380 berbanding landasan sedia ada yang hanya boleh menampung pesawat berbadan sempit.\r\r\n\n\n\n\n ISGA diuruskan konsortium Istanbul Sabiha Gokcen International Airport Investment Development and Operation Inc (ISG) dengan MAHB memiliki 20 peratus ekuitinya.\rBashir berkata, selain pembinaan landasan kedua, anggaran kos itu, yang akan ditanggung kerajaan Turki adalah termasuk pembinaan menara kawalan, infrastruktur serta bangunan sampingan.\r“Kini memang ada kekangan. Dengan kemampuan terminal ini sekarang yang mampu menampung sehingga 25 juta penumpang setahun, landasan kedua itu diperlukan.\r“Tahun lalu, ia sudah mengendalikan 13.7 juta penumpang daripada 4.3 juta pada 2008 dan bilangannya dijangka bertambah kepada 16 juta menjelang akhir tahun ini,” katanya pada taklimat kepada media Malaysia sempena lawatan ke ISGA di Istanbul, kelmarin.\r\n\n\n\rUntuk jangka panjang, katanya, ISGIA menyasar mencatatkan 40 juta hingga 45 juta penumpang menjelang 2030.\rISG mengambil alih pengendalian terminal, kargo, perkhidmatan darat, tempat letak kereta serta kemudahan pengisian semula bahan api di ISGIA pada 1 Mei 2008. \rKonsortium itu memenangi tender penswastaan bina-kendali-pindah (BOT) selama 22 tahun bagi bangunan terminal antarabangsa baru itu pada Julai 2007.\rJumlah keseluruhan yang perlu dibayar ISG kepada kerajaan Turki sepanjang 22 tahun konsesi itu adalah 1.93 bilion euro (RM7.76 bilion) yang mana setakat ini, ISG sudah membayar 76 juta euro (RM305.7 juta).\rBashir menjangka, pihaknya dapat mencapai tahap pulang modal pelaburan bagi lapangan terbang itu tidak lama lagi.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|