CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3500|Reply: 16

cerpen :Kisah di tahun baru (tamat)

[Copy link]
Post time 27-1-2012 08:21 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by shimah81 at 16-2-2012 11:23

p/s : lama x menyendeng kat sini... shima nak kongsi apa yang shima tulis.. huhu..komen2 ya!
2010
Diari ditangan dibuka. Samar-samar cahaya lampu jalan sudah cukup untuk dia mencoretkan dan membaca apa yang ditulisnya. Kiri dan kanan kian dipenuhi oleh orang ramai. Ada yang datang berpasangan, berkeluarga dan juga seorang diri seperti dirinya. keadaan di puncak Bukit Gombak ini bagaikan satu pesta pula. Dari sini seluruh Kuala Lumpur dapat dilihat. Lampu –lampu jalan kelihatan cantik tersusun menerangi jalan-jalan raya di ibu kota ini. Di tambah pula dengan lampu-lampu hiasan yang digantung dipokok- pokok di tepi jalan menambahkan lagi seri malam di ibu kota.

Ya, dia amat menyukai pemandangan di hadapannya. cantik dan berwarna warni. Nanti apabila detik 12 malam tiba lagi cantik lagi dengan dentuman bunga api. Begitulah sambutan tahun baru pada setiap tahun. Tidak pernah sunyi dengan dentuman bunga api. Meriahkan. Dia cukup suka biarpun usianya akan bertambah lagi setahun. Tahun sentiasa ke depan dan masa tak pernah berhenti berdetik. Yang berhenti nanti adalah hayat manusia.


Setiap tahun sejak tiga tahun lepas di sinilah portnya. Di sinilah dia menghabiskan masa kononnya menyambut tahun baru. Kalau orang lain sanggup bersesak di dataran merdeka, ataupun di shopping complex seperti Mid Valley atau pun KLCC, dia langsung tiada keinginan untuk ke situ. Buat apa? Panas dan sesak, pelbagai bau pulak tu, buat pening kepala je. Baik tak payah peningkan kepala ataupun bersesak – sesak di sana. Di sini lagi best. Dengan angin malam yang bertiup agak kuat sehinggakan sejuknya menggigit kulit yang dibaluti t-shirt muslimah yang dipakainya, udaranya pun segar, langsung tidak tercemar dengan bau-bau yang tidak diingini, lagi selesa dan bebaskan? Bebas dari maksiat mata ataupun dihimpit-himpit oleh orang ramai. Sedikit sebanyak sebenarnya ada yang mengambil kesempatan di atas keadaan sesak itu. Bukan dia tak tahu, malah pernah menangkap tangan-tangan gatal yang sengaja mengambil kesempatan itu. Maaf manusia sebegini tidak boleh diberi muka sangat, baik serah pada polis je, baru padan muka.


Oklah berbalik kepada Azam tahun baru yang belum satu pun tercoret di atas diari tahun barunya itu, dia mengeluh. Entah untuk apa, diri sendiri pun tak tahu. Keadaan sekitar kian meriah. Orang ramai mula membanjiri puncak bukit ini. Ada yang menghampar tikar dan berborak-borak sambil menunggu detik itu. Dia? Sendirian. Tapi dia perasaan ada seorang lelaki mengambil tempat di sisinya. Sesekali dia terasa dijeling. Namun dia buat tak kisah. Orang tak tegur kita pun buat tak tahulah. kalau orang tegur kita pun jawablah. Bukan sombong tapi tipikal gadis melayukan, pantang menegur lelaki dulu, mestilah ingin ditegur dulu. Lagipun dia memang jenis yang berat mulut untuk tersenyum tanpa sebab, bersuara lagilah. Dia rela berdiam diri dan berwajah tanpa perasaan daripada menegur sesiapapun. Kecuali orang tua. Pasti ramah dia menegur. Dah terdidik macam tu. Mak pesan jangan sesekali menegur lelaki yang tak dikenali.


Dia tunduk lagi pen dipegang dengan jari jemari kanannya dan mula menulis.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2012 08:25 AM | Show all posts
Azam tahun baru adalah jeng.. jeng... jeng... tangan menulis mulut pun macam turut dama menulis.. ikut je apa yang tangan tulis..

Azam utama tahun ini adalah CARI CALON SUAMI.

Kemudian ... TUNANG...

Kemudian lagi... KAWIN...tahun ni jugak.. fuhhhh.... Macam senangkan? Tapi sebenarnya susah. Susah bagi dirinya yang langsung tak punya sesiapa istimewa. Sebab itulah azam dan misinya pada tahun ini adalah cari calon dulu. Kemudian dua langkah lagi tu tahun depan pun boleh.

Bagaimana? Ok.. fikir lagi.. jangan tak fikir.. haaa.. tahu dah

1.Mintak tolong kawan-kawan rekomenkan.

2.Cari dalam Facebook @chatting kat yahoo mesenger..

3.Daftar agensi cari jodoh?

4.Suh mak ayah cari?

5.Tunggu je orang pinang... tapi sampai bila???

Ok cukup dah tu. Cara pertama kena cuba dulu then baru pergi ke cara yang kedua, ketiga dan seterusnya... huhuhuhu,, hope tak delah sampai tahap tu.. macam talian hayat je.. omelnya perlahan..

Azam lain? Huhuhu tak ada dah... malas nak fikir lagi. kena capai azam utama dulu kalau tak dia memang sesangat ketinggalan keretapi berbanding teman-teman yang lain. Dah tak de orang nak.. nak buat macam mana.

“Ermmmm...”

“Ermmmm” dua kali orang sebelah berdehem. Sakit tekak ke apa? Sengaja dijeling ke sebelah.
Aik.. tersenyum pula, lalu dia berpaling ke sebelah lagi satu. Kot-kot senyuman untuk orang lain. Aniaya je malu muka sendiri.

“Hai.. sorang je?” tegurnya sambil tersenyum manis dan hensem di sebalik samar-samar cahaya lampu jalan.

Dia menunjukkan pada dirinya dan lelaki itu bersuara lagi.

“Awaklah... siapa lagi yang dekat dengan kita ni. Ke ada orang lain di sebelah awak tu?” Soalnya pula.

Saja nak takutkan akulaa tu, detik hatinya.

“mulut tu memang tak sayanglah. Tengah-tengah malam ni jaga sikit apa yang dicakapkan ek” tegas dia bersuara. Sebab ada rasa takut di hati biarpun orang ramai di sini., tapi tempat ni terpencil dan jarang-jarang sangat orang berkumpul macam ni kecuali pada tahun baru dan hari merdeka je.

Lelaki itu tersengih. “heh.. sori.. penakut jugak ek.. ingatkan sorang-sorang ni ada berani cik adik ni”

“berani dalam takutlah” jawabnya lagi.

“Ada ke macam tu?”

“Ada.. kan sebelah awak ni”

Lelaki itu senyum lagi. aduh manisnya senyumannya.

“Awak?” Soal dia pula.

“dengan budak-budak kat depan tu” tunjuk lelaki itu pada tiga orang budak yang riang bermain di hadapan mereka.

“Anak?” Soalnya lagi...

“Ahaaa.. anak buah. Saya muda lagi nak dapat anak besar macam diorang tu”

“Mana tahu.. kawin muda ke. Trend orang sekarang...” balasnya.

“Hehehe.. calon tak de.. rasanya aZam tahu baru ni cari calon isterilah...” lalu lelaki itu tersengih. Terasa pulak hati ini seolah-olah disindiri oleh dia.

“Awak nampak?”

“Nampak apa?” berkerut dahinya.

“nampak apa yang saya tulislah” pantas dia menjawab.

Lelaki itu berkerut dahi dan memandangnya wajahnya. “dont tell me that your mission also married?” hahahhaaha.. terus dia ketawa.

Dia terus mengalihkan pandangannya ke hadapan. Malunya. Wajahnya pasti merah  habis. Nasib baiklah cahaya lampu yang suram membuatkan perubahan wajahnya tidak ketara sangat. Huh selamat. Kalau tak selamat memang kena gelak lagi.

“kenapa? Tak boleh ke? Takkan awak sorang je boleh buat azam macam tu”

“hehehhee.. saya main-main jelaa” akui lelaki itu.

“tapi why not kan? Senang sikit nak capai azam tu.. nampak gayanya saya dah jumpa.” Lelaki itu tersengih-sengih lagi.
Dia mencebik. Kureng asam punya orang. Tak ingin aku.. nampak macam murah pulak dirinya.

“tak ingin saya dengan orang tak kenal macam awak ni”

“tak kenal lagi tapi lepas ni boleh kenal-kenallah” balasnya pantas.

“tengoklah” jawab dia sambil lewa.

5..4..3..2..1 HAPPY NEW YEAR 2011...

DUM.. DUMM..DUMM

Kuala Lumpur terus disimbahi cahaya lampu berwarna warni di ruang angkasanya. Dia terus terbangun. Begitu juga dengan lelaki itu. Hilang sudah apa yang kami bualkan tadi. dia tersenyum riang. Telah bermulanya hari baru dan tahu baru. Semalam telah jauh ditinggalkan. Tahun lepas.. jauhkan bunyinya.

Dia terus menikmati pertunjukkan bunga api. Cantik dan tidak putus- putus selama lima belas minit. Ermmmm.. masa untuk pulang. Detik hatinya. lalu dia berpaling ke belakang dan mula melangkah meninggalkan puncak bukit ini.

“Aik dah nak balik dah. Tunggu dulu. Awak belum beritahu nama awak lagi” tegur lelaki itu.

Dia berhenti seketika dan berpaling.

“Ada jodoh kita jumpa lagi dan awak pasti tahu nama saya siapa” dia kenyitkan matanya dan pantas berlalu dari situ tanpa sempat lelaki itu menahannya. Mana mungkin lelaki itu akan mengejarnya kerana dia perlu mengawasi anak-anak saudaranya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 07:25 PM | Show all posts
xdak sambungan dah ka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2012 12:16 PM | Show all posts
Pagi yang indah. Seindah rasa segar dijiwanya. Walaupun semalam dia tidur lewat dari kebiasaannya, namun dirinya tetap bersemangat. Senyuman meniti di bibirnya. Mulakan hari di tahun baru dengan ceria...yeah...

Nak buat apa hari ni ek...jalan-jalan? Tengok tv? Atau sambung tidur lagi?

Dia berfikir sejenak. Atiah yang kuat berfikir. Kononnya. Haa.. itulah dia namanya. Punyalah lama bercerita baru nak kenalkan diri sendiri.

“Yaang... ohh yang..” tetiba ada suara yang memanggilnya. Tanpa sempat berpaling sepasang tangan terus melingkari pinggangnya. Dia tersenyum bahagia.

“Awal bangun?”bisiknya.

“Semangat tahun baru bang...” balasnya bersahaja.

“Teringat kisah dulu ke?”

“Bukan main lagi orang tu jual mahal ya” ejek si suami. Atiah tersengih.

“Habis tu takkan nak jual murah pulak macam dia jual minyak tu” sindir –sindir sayang.

“Sebab jual minyak murahlah dapat tegur sayang. Kalau tak jangan harap orang tu nak tegur”

“dah gadis melayu terakhir.. mana boleh nak jual murah lak.. malulah..”

“Hari-hari abang berdoa tau agar ditemukan dengan sayang semula. Dah orang tu jual mahal. Belum habis pertunjukkan bunga api terus blah. Tak sempat nak risik nama dan nombor telefon lagi.. dah cabut”

“hahhahahaa.. mana boleh senang-senang kasi... kena usaha skit dan orang pun tak de yakin sangat akan jumpa abang lagi. tak de dok fikir-fikir atau doa-doa nak jumpa. Rupa pun samar samar je ingat. Malam pulak tu” terangnya.

“tulaa. Cian kat abangkan.. rupanya abang je yang beriya-iya”

“eh iya laa sangat. Kalau sayang tak sambut iya-iya abang tu mana jadi macam sekarang ni” ejek Atiah lagi. mereka sama-sama ketawa. Terkenang kisah dua tahun yang lalu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2012 12:18 PM | Show all posts
Memang mereka berdua tidak menyangka, keesokkan harinya pertemuan kali kedua terjadi. Kali ini lelaki yang ditemui di puncak bukit itu sedang menemani ibunya membeli barang dapur di Giant Batu Caves. Dia pula tetap keseorangan membeli barang keperluan hariannya.

Ketika itu dia leka memilih syampu. Hasrat di hati ingin menukar syampu lain setelah syampu yang digunakannya tidak berapa sesuai dengan kulit kepalanya.  Tanpa disedari ada sepasang mata sedang ralit memerhati dalam diam.

Sebaik sahaja dia berpaling, hampir sahaja terlanggar orang disebelahnya. Tanpa melihat wajah dia terus meminta maaf dan ingin berlalu dari situ. Tapi orang di hadapannya bagaikan sengaja mengacau. Geram pun ada.

“Encik... boleh tepi skit” pintanya sopan. Masih lagi belum melihat wajah lelaki itu.

Malaslah.. lelaki miang. Makin di layan, makin menjadi pula. Wajahnya terus beku.  Malas mahu melayan dia berpaling ke belakang dan ingin beredar dari situ.

“Asal kacau anak dara orang ni” bebel seorang wanita.

“bukan kacau orang lainlah bu.. bakal menantu ibu gak. tapi dia tu jual mahal. Pura-pura tak kenal pulak”

Aik.. siapa pulak ni. Bila masa pula dia jadi calon menantu orang ni. Hairan di hati, hairan lagi dirinya. pantas dia berpaling kembali. Dan tentunya dia terkejut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2012 12:18 PM | Show all posts
“Hai...” Lelaki itu tersengih-sengih.

“Saya Adib.. ni ibu saya. Adibah” pantas dia memperkenalkan dirinya.

Dia lagilah... tak pasal-pasal merah muka. Tak pasal-pasal kena malukan di hadapan orang.
Lalu terus dia menghulur tangan ingin bersalam.

“Alhamdulillah sampai gak hasrat ibu nak tengok adib kahwin” terus ditarik dirinya ke dalam pelukan biarpun mereka berada di tengah-tengah pasaraya giant. Lelaki bernama adib ni memang tak tahu malu. Tak sampai 24 jam jumpa terus diangkat jadi calon. Padahal namanya pun dia tak tahu lagi.

“Namanya siapa?” Soal Ibu Adibah.

“Nurul Atiah. Panggil je Atiah mak cik”

“Apa pulak mak ciknya. Ibulah yang” terus mulut lelaki ini berbunyi.

Atiah menjeling.. tak pasal-pasal hari ni berjumpa bakal mertua. Bila masa aku cakap nak kawin dengan dia tak tahulah.

“beli apa Atiah”

“Hajatnya nak cari syampu dan barang dapur sikit”

“oooo.... sorang-sorang ke? Kenapa tak telefon Adib boleh saing dengan ibu”

“errk?” Atiah terus memandang wajah Adib. Awaklah yang jawab, bisik hatinya.

“semalam kami tak sempat nk bertukar nombor telefonlah bu.. kan Adib ada cerita pagi tadi”

“Lupa pulak itu. Kalau Atiah nak tahu sebab itulah Adib rajin nak teman ibu shopping barang dapur ni. Dia cakap kalau ada jodoh dia dengan Atiah, pagi ni pasti jumpa dengan Atiah. Dan ibu terus boleh kenal bakal menantu ibu” terang Ibu Adibah lagi.

“yakinnya!” Atiah terkejut. Masih lagi rasa bermimpi. Betul ke tak betul ni. Lagipun dia langsung tak terlintas difikiran tentang pertemuan ini, malah langsung dia tidak mengharapkan pertemuan kedua dan seterusnya.

“Sebab saya memang dah yakin.. awaklah bakal isteri saya.” Tegas suaranya. Ibu Adibah tersenyum.

“Adib memang macam tu Atiah. Selalu yakin dengan apa yang dia lakukan. Dia percaya setiap apa yang berlaku pasti ada cerita di sebaliknya” terang Ibu Adibah lagi.

“Sebab apa awak yakin bahawa sayalah jodoh awak?” Soal Atiah lagi. tak puas hati ni. Tup tup.. pagi ni terus azam tahun barunya tercapai.

“Lepas kahwin baru boleh tahu. No more question” tegas dia bersuara lagi.
Atiah terus buat muka.. Oppsss spontan ya.. bukan sengaja. Pagi ini dia terus menghabiskan masa menemani Ibu Adib. Adib pula ikut samalah. Amik kesempatan. Kalaulah tak ada ibu, takkan beraninya Atiah ni.

Dan selepas itu.. masa bagaikan berlari-lari buat Atiah. ....Sebab pejam celik, pejam celik, tak sampai tiga bulan selepas itu mereka selamat diijabkabulkan.

@@@@@@@@@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2012 12:57 PM | Show all posts
hehehe...confident betul...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 10:43 PM | Show all posts
best.... lama x masuk sini

apapun ini antara cerita yg hana follow kat blog kak shimah...

skrg tengah tunggu sambungan kebetulan yg indah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-2-2012 11:18 AM | Show all posts
Reply 7# shahrinas


   dia mmg confident.. hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2012 11:18 AM | Show all posts
Reply 8# shana85


   Shana..tq... tp xnampak pun komen kat blog.. heheehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2012 11:21 AM | Show all posts
Lagilah dia tidak menyangka.. rumah banglo di atas bukit, yang paling hampir dengan tempat yang selalu dia pergi itu milik mertuanya. Maka terungkailah rahsia Adib, suaminya.
Tapi bukan malam pertama tau.. malam pertama tahun baru diraikan sebagai suami isteri. Dengan bersandar di bahu tegap milik Adib, membuatkan Atiah terasa disayangi dan dilindungi. Indahnya perasaan cinta selepas akad ini. Tiada batasan lagi. dan dia bebas untuk bermanja. Memang jadi manja sungguh.

“Abang janji nak cerita...cepatlah.. dah lama abang tangguh tau...” rajuk Atiah.

“Bukan abang sengaja Cuma abang nak tunggu malam tahun baru...”

“Sengaja nak dera orang....”

“Lagi lama abang dera hati abang sendiri tau.. semata-mata kerana Atiah sayang...”

“tak fahamlah... macam mana boleh dera diri sendiri padahal kita tak pernah jumpa sebelum ni kan”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2012 11:22 AM | Show all posts
“Pernah.. termasuk malam tahun baru abang tegur tu..dah tiga kali tau”

“Eh.... mana ada.. tak de langsung..”

“Adalah sayang...”

“tak ada.. kalau ada mesti orang ingat...”

“Mananya nak ingat atau kenal kalau tak peduli orang sekeliling....”
Atiah masam muka. Sukalah dok sindir-sindir orang.

“Kan mak pesan.. jangan dok layan orang tak kenal”

Hahahaha... ok.. ok.. betullah tu. Cupp.. sebuah ciuman hinggap di ubun-ubunnya.

“Cepatlah cerita... orang nak tahu ni”

“Kali pertama... Abang juga yang duduk di sebelah sayang. Memang setiap tahun abang tak pernah miss ke puncak bukit tu. Jalan kaki je dari rumah, lima minit dah pun sampai. Sayang tetap dengan diari kecil sayang.. tulis Azam tahun baru..”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2012 11:23 AM | Show all posts
“Abang ingat lagi azam sayang tahun tu...

Paling Utama : Tukar kerja lain.. gaji lebih tinggi...

Kedua : bagi duit kat mak ayah.

Ketiga : support adik belajar.

Keempat : jimat cermat agar dapat saving lebih dari tahun lepas...

“tu Azam tahun 2009... mana abang tahu? Abang curi baca diari orang ek” tanya Atiah tak puas hati.

“Kan abang dah cakap tadi.. abang ada sebelah sayang masa tu. Abang nampak sepatah demi patah apa yang sayang tulis. Lepas tu abang balik tulis dalam diari ni” tunjuk Adib pada sebuah diari hitam yang dipegangnya.

Dibuka halaman pertama.

Azam tahun baru gadis misteri.... dan apa yang terkandung didalamnya memang sama dengan apa yang ditulisnya. Atiah terharu.

“Kali kedua pertemuan kita.. tahun 2010...Azam sayang pada tahun tu pula adalah

Yang utama : beli kereta baru utk Ayah.

Yang kedua : bawak mak ayah pergi bercuti ke langkawi.

Ke tiga : saving lebih dari tahun lepas.

Yang ke empat : pergi holiday ke korea..

“Macam tahun lepas jugak.. balik je terus abang tulis dalam diari ni sehinggalah tahun ni 2011... bila tengok azam tahun baru sayang tu.. terus abang tegur.. dah sampai masa dah abang perkenalkan diri.. tapi tulah dia jual mahal sangat”

“Nasib baik abang bertindak cepatkan sebelum sayang guna talian hayat tu”

Tiada kata yang mampu Atiah lafazkan. Sayang kian sendat di hati buat suami tersayang. Kasih seluas lautan. Setiap kali selepas solat, doanya agar jodoh ini sampai ke syurga.
Atiah tersenyum.. dan dia terus memeluk suaminya.

“Sayang Abang...”

“Abang pun sayang isteri abang ni” sambil membalas pelukan si isteri.

Kenangan itu amat indah untuk dikenang. Tahun baru.. harapan baru..

End... tamat... Hepi New Year..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2012 11:24 AM | Show all posts
Ok dah tamat....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2012 12:52 PM | Show all posts
Ok dah tamat....
shimah81 Post at 16-2-2012 11:24



    betul2 pendek kontot citer ni.....tahniah la.... so tuan tanah dah capai azam baru ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2012 02:39 PM | Show all posts
Reply 10# shimah81


    selalu jd sr jaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-2-2012 10:20 AM | Show all posts
Reply 15# Jaza2008


   hahahaha.. Jaza2008.. azam baru tengah dalam proses.. hehe... amik azam tahun lepas je.. sambung tahun ni...mmg pendek kan..kan.. nama lagi cerpen.. nnt lain kali masuk citer panjang skit..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.062633 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list