|
KRISIS dalaman Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) kembali bergolak dengan kali ini ketua jurulatih negara, Harun Rasheed meletakkan jawatan daripada badan induk itu.Memberi alasan persembahan anak buahnya yang hambar pada Sukan SEA Indonesia, November lalu, Harun menjelaskan dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Timbalan Presiden Karim Ibrahim dan juga Presiden Datuk Seri Shahidan Kassim berhubung pengundurannya selepas tamat temasya itu.\n\n\n\n “Saya tidak mahu ulas lanjut tetapi saya sedia berjumpa Presiden menjelaskan lebih terperinci dalam masa terdekat. Saya sudah 30 tahun menjadi jurulatih dan sudah tiba masanya saya berehat,” katanya. Skuad olahraga menyumbang enam emas, dua perak dan tiga gangsa pada Sukan SEA, baru-baru ini. \n\n\n\n\n Harun, 58, yang mengambil alih jawatan ketua jurulatih daripada Hanapiah Nasir sejak 2010 berkata dia juga mahu memberi tumpuan kepada keluarga.Sementara itu, Pengurus Sukan Olahraga Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk M Magendran berkata MSN tidak dimaklumkan mengenai peletakan jawatan itu memandangkan kontrak Harun dengan MSN sudah tamat sejak 31 Disember 2010 dan selepas itu pembayaran gaji Harun dilakukan secara geran terus kepada KOM.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|