|
Berdepan Nadal dalam pertemuan dianggap sengit\rMELBOURNE: Ketenangan yang dipamerkan Roger Federer membantunya menamatkan cabaran pemain Argentina, Juan Martin del Potro untuk muncul pemain pertama menempah tempat ke separuh akhir Terbuka Australia, semalam.\r\n\n\n\n\r Federer, yang sentiasa tenang mengawal perlawanan, menang 6-4, 6-3, 6-2 dalam perlawanan di bawah cuaca panas terik di Arena Rod Laver dan akan berdepan musuh ketatnya Rafael Nadal yang menewaskan Tomas Berdych 6-7(5/7), 7-6(8/6), 6-4, 6-3, semalam.\r\r\n\n\n\n\n “Saya sangat gembira,” kata Federer. “Saya rasa ia satu perlawanan hebat. Sukar dengan pancaran matahari di segenap ruang gelanggang tetapi saya rasa kami beraksi baik. Ia perlawanan yang berkualiti,”\rFederer juga menegaskan dia sedar dengan ancaman pemain dengan ketinggian 6 kaki 6 inci (1.98 meter) itu tetapi berkata, dia ‘mampu membuatkannya berlari ke sana sini’ dalam gelanggang.\rPemain Switzerland itu menambah, dia akan menyaksikan perlawanan separuh akhir antara Nadal dan Berdych, walaupun dia tahu corak permainan kedua-duanya.\r“Tiada rahsia di luar sana tetapi saya sentiasa mahu menikmatinya. Saya sangat suka menonton permainan yang baik,” katanya.\rKemenangan buat juara 16 kali Grand Slam itu yang belum tercicir satu set - walaupun mendapat kemenangan mudah di pusingan kedua - bermakna dia sudah mara buat kali ke-30 di peringkat separuh akhir Grand Slam, hanya ketinggalan satu di belakang Jimmy Connors yang memegang rekod terbanyak.\rFederer memburu kejuaraan utama pertamanya sejak kemenangan di Terbuka Australia pada 2010 selepas gagal memenanginya Grand Slam buat kali pertama tahun lalu sejak memenangi kejuaraan pertama di Wimbledon 2003. – AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|