CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 196|Reply: 0

Kapten kapal karam tetap nafi bersalah

[Copy link]
Post time 20-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Francesco Schettino hadapi tuduhan baru\rROME: Kapten kapal persiaran yang karam di Pulau Giglio mendakwa beliau tidak berniat meninggalkan penumpang kapal itu, sebaliknya tersadung dan terjatuh ke dalam air dalam kapal Costa Concordia yang terbalik, Jumaat lalu. \r\n\n\n\n\r  Kapten Francesco Schettino, yang ditahan selepas meninggalkan kapal sebelum semua penumpang diselamatkan.\r\r\n\n\n\n\nBeliau ditahan di rumah selepas ditangkap Selasa lalu dan berdepan pertuduhan membunuh, menyebabkan pelanggaran kapal dan meninggalkannya.\rKetika disoal pendakwa, Schettino menafikan meninggalkan Costa Concordia malah tindakannya dekat Giglio menyelamatkan banyak nyawa.\rAkhbar The Corriere della Sera berkata, Schettino memberitahu pendakwa, dia berada di kemudi apabila masalah bermula dan tidak dapat kembali ke dalam kapal selepas terjatuh.\rPeguam bela Schettino, Bruno Leporatti, berkata kapten Costa Concardia itu membuat tindakan betul selepas kapal itu terlanggar terumbu dengan membawanya dekat dengan pantai supaya ramai selamat.\r\n\n\n\rTetapi, penyiasat berkata, bilik enjin yang dimasuki air tidak mungkin membenarkan Schettino membawa kapal seberat 114,500 itu  dan Costa Concardia sebenarnya terapung  sebelum tenggelam.\rDi pelabuhan Livorno, rakaman pihak berkuasa pelabuhan menunjukkan pegawai kanan terkejut selepas Schettino memberitahu dia  cuba menyelaras perpindahan penumpang tanpa menyedari sudah ada yang diselamatkan.\rPengendali kapal, Crociere Costa SpA, menuduh Schettino menyebabkan kemalangan dengan membuat lencongan tidak sesuai dan kapten mengetahui apa dilakukan dengan membuat ‘lawatan pelancongan’ yang membawa kapal itu rapat ke pulau Giglio. \rCosta berkata, lencongan seumpama itu pernah dilakukan pada Ogos lalu selepas dipersetujui syarikat dan pihak berkuasa pelabuhan Giglio. \rLloyd’s List Intelligence, majalah maritim terkemuka  berkata beliau mengesan laluan kapal  pada Ogos menunjukkan ia sebenarnya membawa Concordia lebih hampir ke Giglio.  \r“ Data kami menunjukkan laluan kapal dalam lingkungan 200 meter kawasan impak dan laluan yang dibenarkan sebenarnya lebih rapat kepada pantai,” kata pengarang majalah itu, Richard Meade. \rSebelas orang disahkan mati dan 21 masih lagi hilang.  Itali hanya mendedahkan 27 nama setakat ini. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.039499 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list