CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 208|Reply: 0

Tak boleh laksana Syariah di AS

[Copy link]
Post time 20-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Newt Gingrich beri syarat orang Islam bertanding jadi Presiden AmerikaCOLUMBIA: Bekas Speaker Kongres Amerika Syarikat, Newt Gingrich bersetuju dan tiada masalah jika ada calon Islam bertanding jawatan presiden, dengan syarat orang itu berjanji tidak melaksanakan undang-undang Syariah.\n\n\n\n“Sokongan saya kepada calon Islam bagi  jawatan Presiden Amerika, bergantung sepenuhnya kepada  kesediaan beliau untuk tidak melaksanakan peraturan Islam. \n\n\n\n\n“Saya mahu calon itu menyatakan sikapnya secara terbuka sebelum saya boleh menyokongnya. Apa yang pasti, saya menentang pelaksanaan undang-undang Dalam ucapannya, Gingrich mendakwa: “Seseorang yang menyembah Allah dan berfikiran moden tidak akan menjadi satu ancaman, sebaliknya seorang yang  cara pemikirannya sempit tetapi mahu pandangannya diterima semua pihak, adalah satu ancaman kepada manusia sejagat.Gingrich mempunyai pandangan berbeza mengenai undang-undang Islam. Beliau memberi contoh peningkatan kesedaran terhadap Islam di Turki, berlaku seiring dengan pertambahan pembunuhan ke atas wanita sebanyak 1,400 peratus.“Lihat pelaksanaan Syariah di Iran, bagaimana  gereja dibakar di Nigeria dan Mesir. Lihat pula kemerosotan jumlah penganut Kristian di Iraq, daripada sejuta orang kepada 200,000 ketika pencerobohan Amerika dan meningkat semula kepada 500,000 orang sekarang.\n\n\n“Berdasarkan semua ini, semuanya bergantung kepada falsafah dan cara pemikiran individu Islam itu sendiri. Jika beliau seorang manusia moden, berintegrasi dalam dunia moden dan sedia mengakui kewujudan semua agama, kita boleh timbang sokongan kepadanya.“Namun, jika  warga Arab Saudi meminta kita hormati mereka sedangkan penganut Kristian tidak dibenarkan mengamalkan ajaran agamanya di negara itu, kita juga pasti tidak dapat memberi tanggapan positif kepada mereka,” katanya.Dalam sesi soal jawab di Aiken, Gingrich menyifatkan masjid Ground Zero (tapak serangan 11 September) sebagai ‘satu penghinaan secara sengaja ke atas rakyat Amerika Syarikat yang menjadi mangsa keganasan.“Saya berpendapat, masanya sudah sampai untuk kita mengadakan satu perbincangan secara terbuka dan jujur mengenai radikal Islam,” katanya.Gingrich sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila menyifatkan penduduk Palestin sebagai masyarakat yang ‘dicipta.’Mengulas kenyataan terbaru itu, Majlis Perhubungan Islam Amerika, (CAIR) menyifatkan beliau sebagai ‘alat kerajaan Amerika.’Pengarah Perundangan CAIR, Corey Sayolor dalam kenyataannya berkata, Gingrich adalah antara ahli politik yang paling kuat menentang  kehadiran Islam di Amerika.“Visi Gingrich akan memisahkan rakyat Amerika mengikut kepercayaan agama. Idea politik beliau sudak lapuk dan  tidak boleh diguna pakai. Masa untuk sikap berat sebelah dalam politik Amerika sudah berlalu,” katanya. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.043442 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list