View: 62|Reply: 0
|
BAM guris lagi ‘hati’ MSN
[Copy link]
|
|
Persatuan buat keputusan bertentangan kehendak Zolkples isu Chong Wei\rBUAT kali kedua dalam tempoh seminggu, ‘hati’ Majlis Sukan Negara (MSN) diguris lagi oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).\r\n\n\n\n\r Selepas tidak menyenaraikan seorang pun pegawai MSN dalam Pasukan Prestasi Tinggi (HPT) yang diumumkan Jumaat lalu, BAM semalam mengesahkan pemain nombor satu dunia Lee Chong Wei tetap akan beraksi di pusingan kelayakan Piala Thomas di Macau, bulan depan.\r\r\n\n\n\n\n Keputusan itu jelas bertentangan dengan kehendak Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong yang mahu Chong Wei, 30, memfokuskan tumpuan untuk Sukan Olimpik, bukannya mengerah kudrat di Piala Thomas tatkala peluang negara memenangi piala berprestij itu tipis. \rSetiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai menegaskan, pihaknya yakin sekalipun Chong Wei beraksi di Piala Thomas, ia tidak akan menjejaskan tumpuan pemain yang menjadi pertaruhan utama menamatkan penantian emas sulung pada temasya terbesar dunia itu.\r“Kami tidak boleh mengubah keputusan yang diputuskan Exco dan kami juga sudah mendaftar nama Chong Wei. Jadi, keputusannya Chong Wei tetap akan beraksi selaku perseorangan pertama di pusingan kelayakan bulan depan.\r“Lagipun, latihan dan persiapan Piala Thomas ini adalah sebahagian daripada program menghadapi Sukan Olimpik. Bulan depan juga tidak ada pertandingan antarabangsa, hanya pusingan kelayakan Piala Thomas.\r\n\n\n\r“Takkan Chong Wei mahu duduk di rumah saja sepanjang bulan depan sebelum menghadapi kejohanan Seluruh England,” kata Chin Chai yang juga Pengerusi Jawatankuasa Latihan dan Kejurulatihan (CTC), Pengerusi HPT dan Pengurus skuad negara ke Sukan Olimpik 2012.\rChin Chai turut menafikan dakwaan tindakan menyenaraikan Chong Wei beraksi kerana BAM terdesak memastikan skuad negara yang dianggap lemah dalam sejarah, tidak dipalit aib tersingkir buat pertama kali dalam saingan piala berprestij itu sejak format baru diperkenalkan pada 1984.\r“Keputusan ini bukan tindakan untuk menyelamatkan BAM kerana kami menganggap Piala Thomas juga penting seperti Sukan Olimpik. Namun, sama ada kita mampu layak atau tidak ke pusingan akhir, saya hanya akan komen selepas undian dikeluarkan,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|