View: 89|Reply: 0
|
Nasir pertahan MP Muar berhak menang besar
[Copy link]
|
|
SEKALIPUN ada pihak meragui kemenangan besar 7-2 yang dicatat ke atas Perlis di Stadium Sultan Ibrahim, Muar pada perlawanan pembuka tirai Liga Perdana 9 Januari lalu, jurulatih MP Muar, Nasir Yusof mempertahankan kemenangan itu dicapai hasil persembahan cemerlang serta semangat tinggi anak buahnya.\rMenurut Nasir, walaupun timbul laporan mengaitkan beberapa pemain Perlis disyaki terbabit mengatur keputusan perlawanan gara-gara kekalahan besar itu, dia percaya pasukannya memang berhak menang kerana menampilkan satu daripada aksi terbaik mereka setakat ini.\r\n\n\n\n\r “Saya tidak mahu komen mengenai mereka (Perlis) tetapi bagi saya, pemain saya mempamerkan kesungguhan, keazaman dan semangat juang tinggi dalam perlawanan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.\r\r\n\n\n\n\n Akhbar melaporkan Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan sembilan pemain Liga Perdana Perlis disyaki terbabit mengatur keputusan perlawanan dalam kekalahan besar kepada MP Muar itu.\rTambah meragukan banyak pihak apabila MP Muar mempamerkan prestasi kurang memberangsangkan selepas itu apabila tewas kedua-dua perlawanan berikutnya dengan jumlah jaringan agak besar - 0-4 kepada Pos Malaysia di Muar dan 3-0 kepada Polis di Selayang.\rNasir berkata, dia mengakui persembahan anak buahnya pada dua perlawanan lalu agak menurun tetapi yakin ia disebabkan strategi kurang berkesan serta perubahan susunan pemain.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|