CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

Britain selar kawasan penempatan Israel

[Copy link]
Post time 19-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Britain menyelar pembinaan kawasan penempatan Israel dengan melabelkannya sebagai \'vandalisme yang disengajakan’  bagi menghalang pembentukan sebuah negara Palestin dan memberi amaran bahawa masa semakin suntuk bagi proses damai di Timur Tengah.\rKomen Timbalan Perdana Menteri British Nick Clegg dibuat pada masa yang sama Presiden Palestin, Mahmoud Abbas memulakan lawatan ke Eropah. Ini adalah komen Clegg paling tegas pernah disebutkan mengenai konflik di Asia Barat.\r\n\n\n\n\r  “Ini adalah tindakan sengaja melakukan vandalisme kepada asas dalam rundingan  sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan inilah sebabnya kami meluahkan kebimbangan kami sebagai pemerintah,” kata Clegg dalam sidang media bersama Abbas. \r\r\n\n\n\n\n  “Sebaik Israel memulakan pembinaan penempatan, maka adalah mustahil untuk melaksanakan apa yang dipersetujui semua pihak sejak beberapa tahun sebagai destinasi akhir, maka anda melakukan kemusnahan besar,” tegas beliau ketika Abbas melawat London, sambil merujuk kepada usaha mewujudkan sebuah negara Palestin bersebelahan Israel.\rClegg mengulas dengan mengatakan bahawa tidak ada penyokong Israel yang lebih kuat selain dirinya sendiri, lapor akhbar Al Arabiyya.\r“Terlalu banyak perubahan berlaku di wilayah Arab. Jika kita mahukan perubahan, kita perlu melakukannya sekarang,” kata Clegg merujuk kepada kebangkitan Arab.\rAbbas, yang dijadual melawat Jerman dan Russia sebagai sebahagian rangka lawatan seminggu mengalu-alukan komen Clegg. \r\n\n\n\r“Inilah sebenarnya apa yang kami mahu dengar daripada pegawai kerajaan United Kingdom,” katanya menerusi penterjemah. \rTerdahulu, Presiden Palestin itu turut melawat Perdana Menteri British David Cameron.\r“Kami akan melakukan apa saja untuk membantu mempromosikan rundingan ini,” kata Cameron yang mengulangi sokongan bahawa Britain menyokong ‘huraian dua negara’ dalam pertikaian antara Palestin dan Israel semasa lawatan Abbas di kediaman rasmi Perdana Menteri British di 10 Downing Street, London. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.481428 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list