View: 3719|Reply: 4
|
...ULAS-ULAS SANTAI SUKAN...
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by seribulan at 18-1-2012 06:42
KUALA LUMPUR, KOMPAS.com — Dua atlet Malaysia dari cabang atletik nomor lari estafet 4 x 400 meter dan cabang angkat besi yang bertanding di SEA Games XXVI 11-22 November 2011 di Jakarta-Palembang diduga memakai doping.
Padahal, kedua atlet yang identitasnya masih dirahasiakan itu meraih emas untuk nomor estafet 4 x 400 meter dan meraih perunggu untuk angkat besi.
Menteri Olahraga Malaysia Ahmad Shabery Cheek, Kamis (5/1/2012) di Kuala Lumpur, mengatakan, sampel A dari kedua atlet positif mengandung zat terlarang. Medali yang diraih kedua atlet itu akan ditarik jika pada sampel B juga ditemukan zat terlarang.
"Saya terkejut ketika mengetahui dua atlet Malaysia gagal dalam tes doping. Peristiwa ini tidak bisa ditoleransi," kata Ahmad Sabery.
Sebagai catatan, Malaysia meraih 59 emas, 50 perak, dan 81 perunggu pada SEA Games XXVI/2011 sehingga menjadi juara ketiga.Mantan Direktur Hubungan Antarkomite Olahraga Panitia Penyelenggara SEA Games (Inasoc), Abdul Rauf, mengutarakan, pihaknya belum menerima informasi mengenai kasus doping dua atlet Malaysia itu. Sampai sekarang belum ada laporan ada atlet Indonesia ketahuan memakai doping. (AFP/WAD)
Semoga sample B nya normal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Letih punca skuad Olimpik kita tewas
FAKTOR keletihan antara penyebab utama pasukan Harimau Muda tumbang 2-0 kepada Syria pada aksi Kelayakan Sukan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Anak buah Ong Kim Swee yang baru tiba ke tanah air awal pagi Isnin lalu bermain baik pada awal babak pertama namun ketumpulan penyudah diketuai Ahmad Fakri Saarani dan A Thamil Arasu gagal menghasilkan sebarang gol di hadapan 20,000 penyokong sendiri.
Pasukan Syria terlebih dahulu menguji gawang gol dikemudi Khairul Fahmi Che Mat menerusi sepakan M Zakaria Al Omari, namun sempat ditolak keluar.
Malaysia tidak ketinggalan dengan melancarkan sera-ngan berbahaya dan minit 20, Wan Zack Haikal melepaskan sepakan meliar ke arah penjuru gawang pelawat.
Fakri dilayangkan kad kuning akibat melakukan kekasaran terhadap Mohammed Farres. Selang beberapa minit, Fakri pula membuat percubaan menarik namun sudah dapat dibaca penjaga gawang, Ibrahim Alma.
Anak buah Immad Eddin Khankan hampir mendahului perlawanan, tetapi sepakan Solaiman Solaiman sekali lagi diselamatkan Apex.
Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan tanpa jaringan. Bersambung babak kedua, Syria bertambah agresif dan mengatur permainan dengan lebih tersusun. Hasilnya, Solaiman memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-52 dengan menanduk masuk gol menewaskan Apex yang sudah tertewas.
Syria terus mendominasi permainan selepas itu dan gawang negara bocor buat kali kedua minit ke-88 menerusi jaringan pemain gantian, Nasouh Nakkdahli.
Babak kedua ditamatkan oleh pengadil dari Korea Selatan, Lee Min Hu yang berakhir dengan keputusan berpihak kepada Syria mengatasi Malaysia 2-0.
Pujian juga harus diberikan kepada penyokong tegar Malaysia, ‘Ultras Malaya’ yang tidak berganjak keluar dari stadium biarpun perlawanan sudah berakhir.
p/s : apa-apa pun...kalah menang adat permainan...janji mereka dah try perform dengan baik dan semangat penyokong x pernah luntur...Selamanya Harimau Malaya |
|
|
|
|
|
|
| |
|