CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 99|Reply: 0

Baddrol kecewa Kedah sekadar raih satu mata

[Copy link]
Post time 16-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PENYERANG kebangsaan, Baddrol Bakhtiar hanya mampu memandang geram ketika menyaksikan Kedah seri tanpa jaringan dengan Lions XII Singapura di Stadium Darul Aman kelmarin.\rMenurutnya, dia agak kecewa kerana rakan sepasukan gagal mencuri mata walaupun memperoleh banyak peluang jaringan.\r\n\n\n\n\r   “Saya memang geram dan tidak sabar untuk beraksi semula walaupun hampir pulih dari kekejangan paha kiri tetapi ketua jurulatih (Nidzam Adzha Yusof) tidak mahu mengambil risiko untuk menurunkan saya dalam kesebelasan utama.\r\r\n\n\n\n\n   “Kalau boleh saya mahu diturunkan pada perlawanan bertemu PKNS, Selasa ini (esok) dan membantu meningkatkan prestasi Kedah,” katanya yang tetap lega apabila menghampakan hajat skuad bimbingan V Sundramoorthy daripada meraih kemenangan pertama.\rWalaupun berada di kelompok bawah Liga Super, Baddrol berkata, dia tidak bimbang dengan kedudukan ketika ini kerana saingan baru bermula dua perlawanan dan jurang mata juga tidak besar berbanding pasukan kelompok pertengahan.\rKapten skuad Harimau Muda yang menjulang pingat emas pada Sukan SEA Indonesia tahun lalu, berkata sasaran Kedah kini ialah meraih mata penuh apabila turun menentang PKNS dalam perlawanan ketiga liga.\r“Rakan sepasukan juga sedar di mana kelemahan kami dan mereka akur perlu meningkatkan lagi prestasi terutama ketajaman di barisan depan,” katanya yang mengalami kecederaan ketika aksi pemanas badan menentang Perlis sebelum liga bermula.\r\n\n\n\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.041800 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list