CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 157|Reply: 0

Dengarnya... Cantik sebab bilasan air Yasin

[Copy link]
Post time 13-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BUKAN nak memuji diri sendiri, tapi rasanya Cik Normah jenis suka membaca. Tak kiralah apa juga bahan bacaan, terutama yang membabitkan soal kecantikan, semuanya Cik Normah belek. Iyalah, takut juga nanti tak dapat lagi nak duduk semeja dengan Sherry Kepoci dan Kalsom Lentik, yang punya pinggang secekak.\rTapi tidaklah Cik Normah sanggup ‘bantai’ sebaldi air kelapa dara untuk langsing atau ikat perut semata-mata mahu kurus. Kalau sudah tinggal tulang, takut nanti suami Cik Normah ingat dia berjalan dengan rangka. Katanya, sedang elok dah kalau gebu-gebu manja.\r\n\n\n\n\rEh, melalut pula Cik Normah ni. Sebenarnya ketika sedang membelek sebuah majalah, Cik Normah ternampak artikel perihal kehidupan seorang personaliti TV ni. Memang kagum tengok gambarnya. Masih meletup pada usia yang lebih sikit daripada Cik Normah.\r\r\n\n\n\n\nJadi tak sabarlah Cik Normah membaca ayat demi ayat untuk mencari perenggan mana yang menyelitkan petua atau rutin penjagaan kulit wajahnya yang mulus tu. Macam biasa dia sebut ambil vitamin tambahan dan buat rawatan di spa.\rCuma agak musykil bila baca ayat seterusnya yang memaklumkan dia mengamalkan bacaan ayat suci serta membilas air Yasin pada setiap pagi sebagai penenang dan pendinding.\rTidaklah Cik Normah nak mempertikaikan amalannya, cuma sebelum ini sebilangan artis selalu menyatakan air sembahyang membuatkan wajah berseri tatkala ditanya petua kecantikan. Kali ini nampaknya sudah lebih advance bila air Yasin pula digunakan untuk membilas wajah.\rCik Normah risau kalau ada yang salah tafsir kenyataannya. Macam yang berlaku baru-baru ini, seorang yang berpengaruh dalam dunia penulisan menyatakan tidak mengapa kalau memakaikan artis bertudung dengan rambut palsu, masih menutup aurat. Alahai.....

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.566555 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list