View: 151|Reply: 0
|
Krisis hutang Eropah punca harga rumah di UK merudum
[Copy link]
|
|
HARGA hartanah kediaman di United Kingdom (UK) dijangka merudum tahun ini susulan ketidaktentuan ekonomi dicetuskan krisis hutang kedaulatan di negara Eropah yang meningkatkan jumlah pengangguran dan melemahkan keyakinan pelabur.\rKos purata kediaman di negara itu jatuh 0.2 peratus pada Disember 2011 berbanding bulan sebelumnya, iaitu kejatuhan bulanan pertama sejak Ogos, manakala nilainya dijangka jatuh lagi pada 2012 ini, demikian menurut Nationwide Building Society.\r\n\n\n\n\r Permintaan terhadap hartanah kediaman lemah pada 2010 kerana bank mengetatkan syarat pinjaman, manakala warga Britain menerima kesan daripada pengurangan perbelanjaan kerajaan serta peningkatan cukai bertujuan mengurangkan defisit bajet.\r\r\n\n\n\n\n Nationwide berkata, ekonomi UK berkemungkinan berkembang kurang satu peratus pada 2012 dan persekitaran pasaran buruh pula akan kekal mencabar.\r“Perangkaan ekonomi mengukuhkan lagi pandangan kami bahawa harga akan jatuh sekitar lima peratus pada 2012,” kata Howard Archer, Ahli Ekonomi di IHS Global Insight di London.\r“Jika krisis zon euro gagal reda beberapa bulan akan datang atau bertambah buruk lagi, ia akan menyebabkan ekonomi UK menanggung penguncupan ketara, menambah pengangguran dan memberikan kesan kepada harga rumah,” katanya.\rSementara krisis zon euro mengancam pemulihan ekonomi UK, Bank of England mengembangkan program pembelian bon sebanyak |
|
|
|
|
|
|
| |
|