View: 209|Reply: 0
|
Taman bioteknologi diperluas
[Copy link]
|
|
Malaysian Bio-XCell kenal pasti lokasi berpotensi kembangkan operasiMALAYSIAN Bio-XCell Sdn Bhd, pemilik Taman Bioteknologi Bio-Xcell di Nusajaya, sedang mengenal pasti beberapa negeri yang berpotensi dijadikan lokasi taman bioteknologi baru yang akan dibina dalam tempoh beberapa tahun akan datang.\rSumber industri berkata, semua proses masih pada peringkat awal dan pengumuman berhubung perancangan terbaru itu akan diumumkan tahun ini selepas semua keputusan serta kajian daya maju dimuktamadkan.\r\n\n\n\n\r Katanya, langkah mengembangkan operasi taman bioteknologi baru itu untuk merebut potensi pelaburan asing serta memastikan ekosistem bioteknologi negara kekal berdaya saing dengan taman industri yang mempunyai konsep yang sama di negara jiran.\r\r\n\n\n\n\n “Bio-XCell merancang untuk membina satu lagi taman bioteknologi dan ia perlu dilakukan bagi memastikan kami terus hampir kepada sumber biojisim utama negara khususnya bagi negeri yang mempunyai kilang perladangan dan kawasan ladang yang luas.\r“Operasi di lokasi baru ini akan membolehkan kami meneroka segmen bioteknologi yang baru iaitu selain daripada segmen industri bioteknologi dan segmen penjagaan kesihatan yang dilakukan di Taman Bioteknologi Bio-Xcell Nusajaya ketika ini,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini. \rSumber berkata, penetapan lokasi baru yang hampir dengan sumber biojisim itu selari dengan strategi industri biojisim negara yang diterapkan dalam pembangunan taman bioteknologi Nusajaya apabila Johor antara pengeluar biojisim utama negara.\rBerdasarkan data pengeluaran minyak sawit Malaysia 2010 yang dikeluarkan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, antara negeri pengeluar utama minyak sawit Malaysia adalah Sabah (5.3 juta tan), Johor (2.8 juta tan), Pahang (2.5 juta tan), Sarawak (2.17 juta tan) dan Perak (1.8 juta tan).\r\n\n\n\rDi Malaysia, biojisim sawit banyak digunakan bagi menghasilkan bahan kimia yang menghasilkan produk bernilai tinggi untuk kegunaan industri, sektor makanan dan minuman serta farmaseutikal.\rBaru-baru ini, Malaysia turut merancang mengukuhkan industri biojisim sawit menerusi penghasilan tenaga boleh diperbaharui sama ada berbentuk bahan api pepejal, biogas atau bahan mentah untuk pengeluaran bahan api bio generasi kedua seperti bio-etanol dan diesel sintetik.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|