CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 127|Reply: 0

Chen Long bukan pencabar utama saya: Chong Wei

[Copy link]
Post time 22-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
“CHEN Long bukan pencabar utama saya,” kata Lee Chong Wei mengenai pemain muda dari China itu walaupun pernah ditewaskan tiga kali dalam pertemuan, tahun ini termasuk yang terbaru di aksi separuh akhir Final Siri Super Dunia di China, minggu lalu. \rSebaliknya, Chong Wei lebih bimbang dengan kelibat musuh tradisinya, Lin Dan dan menyifatkan kemenangan jaguh muda itu ke atasnya sama sekali tidak akan mencemaskan dirinya dalam mengharungi kalendar kejohanan 2012. \r\n\n\n\n\r  “Mungkin ramai yang risau saya pernah tewas kepadanya beberapa kali sebelum ini namun saya hanya perlu risau dengan diri sendiri dan saya tahu keupayaan diri saya. Dia bukan pencabar utama saya. \r\r\n\n\n\n\n“Saya berpuas hati dengan pencapaian tahun ini dengan 11 aksi final dan tujuh kejuaraan. Tahun ini saya menyertai 14 pertandingan dan saya hanya tewas kepada dua pemain iaitu Lin Dan dan Chen Long saja. Saya tidak bimbang dengan kehadiran Chen Long,” katanya dalam sidang media selepas menjadi Duta Rasmi kepada jenama Cafe 99 Ipoh White Coffee di Shah Alam, semalam. \rChong Wei turut berkata, walaupun sandaran emas diletakkan di atas bahunya pada Sukan Olimpik 2012 dia menganggap ia bukan  satu tekanan besar dan berharap seorang ahli psikologi dapat membantunya dalam tempoh lapan bulan ini seperti dilakukan pada Olimpik 2008.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.035243 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list