|
JUARA Liga Super, Kelantan, akan menentang Kelab Persebaya dari Indonesia dalam perlawanan persahabatan timbal balik di Kota Bharu, Jumaat ini dan di Surabaya pada 28 Disember ini.\rPresiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata perlawanan itu yang diilhamkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan rakan sejawatan beliau dari Indonesia, Dr Andi Alifian Mallarangeng diharap akan mewujudkan platform untuk kelab profesional Malaysia dan Indonesia meningkatkan daya saing.\r\n\n\n\n\r “Harapan kami agar perlawanan seperti ini dijadikan acara tahunan. Ia bukan sahaja dapat menyiapkan pemain menghadapi saingan lebih besar, malah ia membuka peluang dan memberi pendedahan kepada mereka mengembangkan bakat mereka di persada lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.\r\r\n\n\n\n\n Annuar berkata penganjuran secara bersama itu akan menggalakkan lagi kerjasama antara dua negara berkenaan khususnya dalam penganjuran perlawanan persahabatan.\r“Ia akan menjadi satu pengalaman amat berharga untuk Kelantan dalam menentang pasukan berbakat seperti Persebaya. Ia akan menjadi pertandingan pra-musim yang sempurna untuk kami,” katanya.\rKedua-dua perlawanan itu akan disiarkan secara langsung menerusi saluran 801 Astro Arena.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|