CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 152|Reply: 0

Persatuan penulis persoal Interlok ditarik balik

[Copy link]
Post time 20-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
BEBERAPA persatuan penulis tidak bersetuju dengan langkah Kementerian Pelajaran yang tunduk kepada desakan MIC agar novel Interlok karya Sasterawan Negara (SN), Datuk Abdullah Hussain, ditarik balik daripada menjadi teks Komponan Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu (KOMSAS) pelajar Tingkatan Lima, mulai tahun depan.\rKetua Satu Persatuan Karyawan Sastera Sarawak (PEKASA), Jaafar Hamdan berkata, penarikan Interlok adalah kerugian besar dalam sejarah sastera Malaysia, selepas kemelut berpanjangan yang melandanya sebelum ini, apatah lagi ia tewas atas faktor politik.\r\n\n\n\n\r“Tindakan ini semacam ada usaha meletakkan sejarah dalam bentuk samar-samar dan seakan-akan ‘menyembunyikan fakta benar’ daripada generasi baru,” katanya ketika diminta mengulas pengumuman Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berhubung penarikan sepenuhnya Interlok sebagai teks KOMSAS, Jumaat lalu.\r\r\n\n\n\n\nBagaimanapun keputusan yang didakwa S Subramaniam dicapai dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini, belum diumumkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dijadualkan berbuat demikian dalam masa terdekat.\rSubramaniam ketika bercakap dengan media di Melaka menjelaskan penarikan sepenuhnya Interlok diharap dapat diterima oleh semua pihak, sekali gus menamatkan kontroversi berpanjangan yang timbul berhubung penggunaan teks KOMSAS terbabit.\rMeskipun MIC menyifatkan penarikan balik Interlok sebagai teks KOMSAS sebagai ‘jalan damai’, namun penggiat sastera menganggap kontroversi Interlok disengajakan kelompok tertentu sehingga berlaku ‘penghinaan’ terhadap karya sastera garapan pengarang besar Malaysia yang turut memuatkan fakta sejarah awal negara ini.\rJaafar menyifatkan, usaha membangkitkan semula isu Interlok yang sepatutnya sudah selesai sebaik Kementerian Pelajaran mempersetujui melakukan beberapa ‘permurnian’ terhadap teks terbabit, memperlihatkan kemenangan kepada satu pihak saja.\r\n\n\n\r“Kami berharap segala kemelut yang pernah melanda Interlok dan penarikan selepas persetujuan dibuat berhubung pemurnian bagi memenuhi tuntutan kelompok yang sengaja memandang novel itu secara serong tidak menyebabkan Kementerian Pelajaran serik untuk mengangkat naskhah sastera berat sebagai teks KOMSAS,” katanya. \rAhli Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA), Rita Robert Rawantas pula, menyifatkan penarikan Interlok sebagai teks KOMSAS paling menyedihkan dalam sejarah sastera Malaysia.\r“Mungkin di Semenanjung apa yang diceritakan adalah sesuatu yang asing, tetapi kami di Sabah sudah biasa dengan pembauran etnik dan dalam masa sama hidup harmoni sesama kami dapat dikekalkan. Teks sastera adalah sastera sifatnya dan ketika ia dimurnikan dulu pun saya tidak bersetuju.\r“Penggunaan perkataan tertentu yang disifatkan kelompok yang sengaja menjadikan perkara itu sebagai isu sebenarnya tidak bersifat perkauman sama sekali, jika seseorang itu menilai dan melihatnya daripada sudut sejarah yang dicerekakan,” tegasnya.\rBendahari Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Rahimidin Zahari menyifatkan langkah menarik Interlok daripada menjadi teks KOMSAS sebagai tidak wajar dan membazirkan tenaga yang sudah dicurahkan jawatankuasa bagi mengkaji kewajaran pengekalan Interlok.\r“Bukankah kerajaan sudah bersetuju ia dimurnikan dan sejumlah wang sudah dikeluarkan untuk proses itu. Justeru isu ini sebenarnya sepatutnya timbul,” ujarnya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.351090 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list