|
SELEPAS mencetus kontroversi apabila menarik diri menentang Lee Chong Wei pada separuh akhir tahun lalu, Lin Dan akan tampil sekali lagi beraksi dalam Terbuka Malaysia-Maybank 2012 di Stadium Putra, Bukit Jalil dari 10 hingga 15 Januari 2012.\r‘Super Dan’ yang baru melengkapkan pencapaian memenangi semua kejuaraan utama dunia dalam kerjayanya selepas memenangi Final Siri Super Dunia 2011 buat pertama kali di Liuzhou minggu lalu mengesahkan penyertaan menyertai kejohanan itu bersama rakan senegaranya, Chen Long.\r\n\n\n\n\r Turut akan bertanding dalam kejohanan bernilai AS$400,000 (RM1.2 juta) itu adalah Chong Wei yang akan cuba menyamai catatan Wong Peng Soon yang memegang rekod lapan kejuaraan ketika mewakili Malaya sekitar 1940 hingga 1950-an.\r\r\n\n\n\n\n Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohamed Al-Amin Abdul Majid berkata, kejohanan Siri Super BWF OSIM sudah berkembang dengan kukuhnya sejak beberapa tahun lalu, terutama di Malaysia. \r“Kejohanan Terbuka Malaysia ini mendapat penyertaan yang terbaik dalam sejarah, dengan pergelutan kuasa bagi pemain lelaki khususnya dan harapan bagi kejohanan ini adalah amat tinggi,” katanya.\rSementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran Maybank, Mohamed Adam Wee berkata: “Badminton sentiasa mempunyai ramai pengikut di Malaysia, kami amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan BAM bagi membawa pemain terbaik dunia ke Stadium Putra Bukit Jalil.”
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|