|
NYON (Switzerland): Penggantungan penyerang England, Wayne Rooney untuk Euro 2012 dikurang daripada tiga kepada dua perlawanan selepas Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) menimbang rayuannya, semalam.\rDengan pengurangan itu, Rooney kini boleh beraksi pada perlawanan ketiga Kumpulan D bertemu Ukraine tetapi kekal terlepas dua aksi awal bertemu Perancis dan Sweden.\r\n\n\n\n\r Rooney sebelum ini digantung tiga perlawanan selepas menendang pemain Montenegro, Miodrag Dzudovic pada aksi terakhir Kelayakan Euro 2012, Oktober lalu.\r\r\n\n\n\n\n Namun penggantungan bagi perlawanan ketiganya itu ditangguh untuk tempoh empat tahun dan Rooney, 26, juga bersetuju melakukan aktiviti kejurulatihan dalam komuniti menerusi projek UEFA.\r“Ia satu hasil positif. Rooney dan (Fabio) Capello ternyata cukup gembira. Mereka berpuas hati dengan keputusan rayuan. Rooney sememangnya sejak awal mengakui ia kad merah yang wajar.\r“Kami hadir ke sini dengan kebarangkalian Rooney bakal terlepas semua tiga perlawanan kumpulan Euro 2012. Jadi apabila dia dapat beraksi menentang Ukraine, ia pasti satu keputusan positif,” kata Pengarah Urusan FA England, Adrian Bevington. – AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|