View: 72|Reply: 0
|
Malaysia gagal mara separuh akhir hoki Cabaran Juara-Juara 1
[Copy link]
|
|
SKUAD hoki negara hanya perlu menyalahkan diri gagal mengaut peluang apabila tewas kepada India 5-4 dalam saingan suku akhir Cabaran Juara-Juara 1 di Johannesburg, Afrika Selatan, malam tadi.\rTidak dinafikan ada komitmen tinggi ditunjukkan anak didik Tai Beng Hai ketika bangkit mendahului 4-2 tapi lawan juga hebat apabila gah meledakkan dua gol pada lewat babak permainan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.\r\n\n\n\n\r India pimpinan Michael Nobbs kini akan membuat perhitungan dengan pemenang satu lagi saingan suku akhir membabitkan Jepun-Afrika Selatan manakala Belgium akan menentang Argentina dalam perebutan tiket ke final.\r\r\n\n\n\n\n Jaringan padang Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin pada minit ke-33 jelas membangkitkan semangat rakan sepasukan untuk terus berjuang selepas India mendahului 2-0 pada babak pertama dan rentak Malaysia bertambah garang dengan dua jaringan padang menerusi Azlan Misron pada minit ke-42 disusuli Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil (minit ke-46) sebelum Azlan melunaskan gol kedua peribadinya (minit ke-46).\rNamun, usaha itu gagal buat mematahkan semangat India merapatkan jurang apabila pantas membalas dengan dua jaringan menerusi Yuvraj Walmiki, minit ke-64 dan Sunil Sowmarpet Vitalacharya minit ke-67 untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.\rRaghunath Vokkaliga Ramachandra jelas muncul wira lawan apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti ketika perlawanan berbaki kurang seminit sebelum wisel penamat dibunyikan. \rSkuad negara sebelum ini tewas di peringkat Kumpulan B kepada Kanada (1-3), Argentina (2-5) serta seri ke atas Jepun (2-2) manakala India mencatat dua kemenangan di peringkat kumpulan menewaskan Afrika Selatan (7-4), Poland (7-0) dan seri dengan Belgium (3-3).\r\n\n\n\n\rKeputusan Suku Akhir \rBelgium 4 Kanada 0\rArgentina 5 Poland 1\rIndia 5 Malaysia 4\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|