|
Noor Islamic Bank PJSC minat jadikan Malaysia pusat utama perniagaanNOOR Islamic Bank PJSC, penyedia perkhidmatan perbankan Islam penuh dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) berminat untuk beroperasi di Malaysia jika berpeluang memulakan rundingan bagi tujuan itu dengan beberapa pihak berkaitan di negara ini.\rBank beribu pejabat di Dubai itu berminat menjadikan Malaysia sebagai pusat utama yang menghubungkan perniagaan kumpulan itu dari rantau Asia Barat ke Asia Pasifik.\r\n\n\n\n\r Ketua Eksekutif Noor Islamic Bank dan Ketua Eksekutif Kumpulan Noor Investment, Hussain Al Qemzi, berkata penubuhan operasi di rantau ini adalah antara agenda kumpulan dalam usaha menyokong dan mengekalkan hubungan perdagangan antara Asia Barat dan Asia Pasifik.\r\r\n\n\n\n\n “Malaysia adalah satu pasaran yang sangat menarik kepada kami, khususnya dalam sektor sukuk. Terdapat banyak projek yang sedang dan bakal dilaksanakan di negara ini serta negara serantau yang menjadikannya satu perkembangan menarik kepada pelabur dan penyedia kemudahan kewangan seperti kami,\" katanya dalam satu temubual dengan Berita Harian di luar Sidang Puncak Pengetahuan Kewangan Islam 2011 di Kuala Lumpur baru-baru ini.\rDitubuhkan pada 2008, Noor Islamic Bank adalah kumpulan perbankan Islam penuh yang menawarkan liputan luas produk kepada pelanggan, dengan penekanan kepada perkhidmatan yang unik serta direka bentuk khas untuk keperluan tertentu.\rMeskipun ditubuhkan ketika krisis kewangan global sedang memuncak, kumpulan perbankan itu mampu meraih pulangan modal setahun lebih awal daripada sasaran berikutan strategi perniagaannya yang mengkhususkan kepada keperluan pelanggan.\rAl Qemzi berkata, dari segi persekitaran ekonomi, Malaysia dijangka menjadi antara negara di rantau ini yang paling kurang terdedah kepada ancaman kelembapan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan zon euro. \r\n\n\n\n\rIa katanya, berikutan langkah kerajaan menyiapkan beberapa inisiatif bagi membendung situasi itu, khususnya dengan memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP).\r“Ini menambah lagi daya tarikan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa dan kumpulan memandang tinggi kedudukan negara ini dalam sektor berkenaan,” katanya.\rSementara itu, beliau berkata, industri kewangan global perlu mengambil tanggungjawab memacu sektor perbankan Islam jika mahu menjadikannya alternatif kepada perbankan konvensional.\r“Kami dapati sektor kewangan Islam bergerak agak perlahan kebelakangan ini. Dalam persekitaran semasa yang membelenggu AS dan zon euro, ini adalah masa yang tepat kepada peserta perbankan Islam bangkit semula menjana industri ini,” katanya.\rBerikutan itu, katanya peserta perbankan Islam tidak perlu hanya bergantung kepada inisiatif pengawal atur dan pihak berkuasa semata-mata.\r“Saya tidak mengatakan pihak berkuasa menyekat perkembangan industri ini. Sekatan itu sebenarnya datang dari peserta sektor ini sendiri,” katanya yang berpengalaman luas selama 26 tahun berkhidmat dengan institusi kewangan utama rantau Asia Barat,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|