CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 189|Reply: 0

SP Setia kaji buat tawaran bidaan kedua kepada BPS

[Copy link]
Post time 26-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SP Setia Bhd, syarikat hartanah Malaysia, sedang mengkaji untuk membuat tawaran bidaan kedua kepada pemberi pinjaman Battersea Power Station (BPS) selepas mereka menolak tawaran awal sebanyak 262 juta pound (RM1.29 bilion), lapor Telegraph semalam.\rSumber pasaran dipetik berkata, SP Setia sedang menimbang membuat tawaran baru 320 juta pound tetapi orang yang rapat kepada kumpulan berkenaan berkemungkinan mengambil langkah hampir sama, menurut akhbar itu.\r\n\n\n\n\r  Pegawai SP Setia tidak dapat dihubungi untuk memberikan komen.\r\r\n\n\n\n\n  Pada Khamis lalu, SP Setia memberitahu Bursa Malaysia bahawa Lloyds Banking Group dan Agensi Pengurusan Aset Negara (NAMA) Ireland menolak tawaran awal untuk membeli hutang kanan berkaitan tapak BPS berkenaan.\r“NAMA dan Lloyds sudah memaklumkan SP Setia melalui surat bertarikh 23 November lalu bahawa mereka tidak berniat untuk terbabit lebih lanjut dalam tawaran awal pada peringkat ini,” kata syarikat Malaysia itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia.\rHasrat Jutawan Rusia, Roman Abramovich, untuk membina satu stadium baru bagi kelab bola sepak Chelsea di stesen jana kuasa yang terkenal dengan empat cerobong asap batu bata putih itu kini hidup semula selepas tawaran SP Setia ditolak.\rSeorang jurucakap berkata, kelab Chelsea sudah melantik Almacanter sebagai rakan kongsi pembangunan dan memilih firma seni bina Kohn Pedersen Fox untuk menjalankan kajian daya maju.  – REUTERS

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.090543 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list