CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 195|Reply: 0

Sime Darby raih untung RM1.1 bilion

[Copy link]
Post time 26-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Sektor perladangan beri sumbangan paling besar pendapatan syarikatSIME Darby Bhd, kumpulan perladangan sawit terbesar dunia dari segi saiz ladang, mencatatkan peningkatan memberangsangkan keuntungan bersihnya iaitu sebanyak 64 peratus kepada RM1.1 bilion bagi suku pertama berakhir 30 September lalu, didorong pencapaian mantap bahagian industri dan peladangan.Dalam tempoh kajian, pendapatannya meningkat 28 peratus kepada RM11.1 bilion berbanding RM8.7 bilion dalam tempoh yang sama sebelumnya.\n\n\n\n  Mengulas perkara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Mohd Bakke Salleh, berkata keuntungan operasi bahagian peladangan melonjak 90 peratus kepada RM933 juta pada suku pertama ekoran harga minyak sawit mentah (MSM) yang tinggi serta peningkatan ketara pengeluaran tandan buah segar (FFB) dan ekstrak minyak  sawit.\n\n\n\n\n  Beliau berkata bahagian peladangan mencatatkan harga purata MSM sebanyak RM2,946 satu tan pada suku pertama tahun kewangan semasa berbanding RM2,511 satu tan dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelumnya.“Pengeluaran FFB meningkat lapan peratus kepada 2.8 juta tan metrik, disokong pengeluaran yang tinggi dari Malaysia dan Indonesia,” katanya pada sidang media mengumumkan keputusan kewangan suku pertama kumpulan itu di Kuala Lumpur semalam.Bagi bahagian industri pula, Mohd Bakke berkata, permintaan yang kukuh bagi peralatan berat di Australia dan Malaysia terus memacu prestasi bahagian itu.Beliau berkata keuntungan operasi bahagian berkenaan pada suku pertama meningkat 42 peratus kepada RM330 juta berbanding suku pertama 2010/2011.\n\n\n\nMengenai bahagian permotoran, Mohd Bakke berkata bahagian itu mencatatkan pertumbuhan yang baik disumbang permintaan yang kukuh terhadap produk yang ditawarkannya.Beliau menjelaskan bahagian berkenaan mencatatkan peningkatan dua peratus dalam keuntungan operasi kepada RM155 juta.Beliau juga berkata bahagian hartanah kumpulan itu juga menunjukkan sedikit perkembangan positif  apabila berjaya menjana keuntungan operasi sebanyak RM61 juta bagi suku pertama, iaitu meningkat tiga peratus berbanding RM59 juta pada tempoh yang sama sebelumnya berikutan jualan memberangsangkan pembangunan perbandaran USJ Heights dan Denai Alam.Pada sidang media itu, Mohd Bakke mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) Sime Darby bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012 dengan sasaran pendapatan bersih RM3.3 bilion dan pulangan ke atas purata dana pemegang saham sebanyak 13.3 peratus.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.042620 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list