CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2335|Reply: 1

Mengapa Saya Tengok Bola Walaupun Tak Minat Bola.

[Copy link]
Post time 26-11-2011 08:03 AM | Show all posts |Read mode



Gambar hiasan hasil carian Google.



Pertama kali saya menonton perlawanan bola sepak di tv sampai habis ialah semasa Malaysia lawan Indonesia  di final sukan SEA hari tu. Dan itulah juga pertama kali saya tengok  bola beramai-ramai di sebuah kedai mamak. Kenapa kali ini, saya yang tak  berapa minat bola ini sanggup menontonnya  sampai habis ?

Saya  tengok sampai habis sebab nak tengok Indonesia dikalahkan. Kenapa nak  sangat tengok Indonesia kalah ? Sebab sebelum ini telah banyak kali  mereka menyakitkan hati saya. Semua orang tahu apa isunya. Tak perlulah  saya ulang. Nanti luka lama berdarah kembali.

Yang  terbaru ialah bila mereka mengeboo lagu Negara Ku kita. Lagu itu  sebagai lambang maruah kita. Bila lagu itu diboo, terasa seolah-olah  kepala saya kena pijak. Oleh kerana itulah saya cukup bersemangat hendak  melihat Indonesia dikalahkan kerana jika kita dapat mengalahkan mereka,  akan terubatlah segala sakit hati saya selama ini.

Untuk  itu saya harus berterima kasih kepada penonton Indonesia kerana  memperlekeh dan mengeboo lagu Negara Ku. Saya percaya tindakan mereka  itu telah menjadi pembakar semangat kepada semua pemain kita untuk  menuntut bela di atas kebiadapan itu. Hanya dengan kekalahan, mereka  dapat diajar supaya tidak sombong serta memandang rendah kepada orang  lain. Bila mereka kalah, bolehlah kita kata 'padan muka' kepada  mereka. Dalam konteks ini, bola bolehlah dianggap sebagai proksi kepada  kehebatan sesebuah negara. Sekiranya kalah, maknanya negara itu tidaklah  hebat mana.

Kalaulah  sebelum itu, mereka melayan kita dengan baik seperti berpimpin tangan  dan berpeluk-pelukan semasa masuk ke padang misalnya, saya secara  peribadi tidaklah teruja sangat hendak melihat mereka dikalahkan.  Contohnya semasa Malaysia menentang Syria,  kalau menang pun hari tu  tidaklah saya seronok sangat seperti seronoknya saya bila melihat  Indonesia kalah.

Sekarang  saya kira mereka sedang sengsara menanggung malu. Jauh di sudut kecil  hati kita, itulah yang sebenarnya yang kita inginkan. Itulah caranya  mengajar mereka yang bongkak dan biadap.

Tapi  rakan-rakan saya di Indonesia yang lain yang majoritinya bersifat  gentleman,  jangan berkecil hati. Mereka juga mungkin tidak setuju  dengan tindakan kurang matang rakan-rakan senegara mereka itu. Saya  tujukan entri ini kepada mereka yang berkaitan sahaja. Siapa makan  jeruk, dialah yang rasa masam.

Lagipun saya sentiasa ingat pesan orang tua-tua ..

Benci jangan merata,
Sayang jangan bertompok.

Itulah perasaan saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang tidak berapa  meminati bola tetapi gembira teramat sangat bila kita berjaya  mengalahkan Indonesia.  Adakah anda juga berkongsi perasaan yang sama ?


Sumber: http://al-lavendari.blogspot.com/201...aupun-tak.html

.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2011 10:48 PM | Show all posts
Reply 1# al-lavendari


    kita tak perlu jadi macam mereka... memang kita patut sedih orang mempersenda lagu negara ku.. tapi juga faham yang rakyat indonesia tu berjuta and tak semua yang mempunyai mentality yang terbuka... so yand ramai adalah mereka yang tidak biasa bergaul apatah lagi bola sepak merupakan sukan universal utk semua golongan.  Bukan apa, kesian pada rakan indonesia yang ok.  Memang saya juga suka malaysia dapt kalahkan indonesia, malah seronok juga apabila kita dpt kalahkan nation yg lain2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.050932 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list