CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 125|Reply: 0

Google Malaysia tarik 50,000 PKS

[Copy link]
Post time 23-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
GMBO galak perniagaan    dalam talianGOOGLE Malaysia Sdn Bhd menyasar menarik sehingga 50,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan untuk mengembangkan perniagaan secara dalam talian untuk tempoh 12 bulan menerusi inisiatif barunya iaitu Get Malaysian Business Online (GMBO).\n\n\n\n  Inisiatif yang turut mendapat sokongan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), .my Domain Registry serta ITrain Malaysia Sdn Bhd itu, menawarkan banyak kelebihan kepada PKS antaranya pembinaan laman web secara percuma.\n\n\n\n\n\n  Ketua Kawasan Google Malaysia, Sajith Sivanandan, berkata selain itu, sejumlah 10,000 PKS  pertama menyertainya akan memperoleh pendaftaran nama domain bernilai RM80 secara percuma oleh .my Domain Registry. Kumpulan PKS itu katanya, hanya perlu memperbaharui lesen tahunan berjumlah RM23 setiap tahun.“Pihak kami pula akan memberi baucar pengiklanan dalam talian bernilai RM200 secara percuma kepada 50,000 PKS terawal untuk kegunaan mengukuhkan kehadiran mereka dalam internet,” katanya pada majlis pelancaran GMBO di Kuala Lumpur, semalam.Hadir sama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dan Ketua Eksekutif ITrain, Bikesh Lakhminchand. \n\n\n\nKini, ada 700,000 PKS di seluruh negara, namun hanya 100,000 saja yang memiliki laman web dan menggunakan internet sebagai medium memasarkan produk atau perkhidmatan mereka.Sehubungan itu, Sajith berkata, pihaknya tidak akan berhenti setakat itu saja, tapi terus bergerak aktif bagi memastikan semua PKS memiliki perniagaan dalam talian.“Kami akan mengadakan promosi  GMBO dengan mengiklan dalam pelbagai saluran media termasuk media cetak, televisyen, radio dan internet selain mengadakan siri jelajah ke seluruh negara,” katanya.PKS  berminat boleh mendaftar ke dalam lamannya di www.getmybusinessonline.com.my dan mengikut beberapa arahan mudah yang mengambil masa  30 minit.Sementara itu, Bikesh berkata, menerusi kerjasamanya dengan Google Malaysia, syarikatnya akan menyediakan latihan kepada mana-mana PKS yang tidak memiliki kemahiran mengenai dunia internet atau perkomputeran.“1,000 PKS pertama  mendaftar untuk mengikuti latihan ini tidak  dikenakan  bayaran manakala selepas itu akan dikenakan bayaran RM50 seorang.“Dalam latihan dua jam ini, peserta akan diajar cara  membina dan menyelenggara laman web mereka,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.144369 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list