CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 135|Reply: 0

Wilshere dalam 'radar' Real

[Copy link]
Post time 22-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kelab gergasi Sepanyol buru lima pemain prospek utama Eropah \rMADRID: Tonggak muda Arsenal, Jack Wilshere disebut-sebut sebagai pemain buruan utama kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid.\r\n\n\n\n\r  Pemain kebangsaan England itu adalah antara seorang daripada lima pemain dinamakan Real yang kini mula mengintai pemain berstatus prospek utama di Eropah.\r\r\n\n\n\n\n  Berita itu pastinya tidak diingini pengurusan Arsenal yang enggan melihat mereka hilang lagi pemain ke kelab Sepanyol selepas apa yang berlaku kepada Thierry Henry dan Cesc Fabregas yang berhijrah ke Barcelona.\rWilshere, 19, yang ketika ini sedang berehat kerana mengalami kecederaan kaki sudah menandatangani kontrak baru selama lima tahun dengan Arsenal tahun lalu, dan berikrar untuk terus setia bersama kelab London itu.\rNamun Real tampak tidak mahu lagi mengeluarkan belanja besar untuk mendapatkan pemain bintang yang sedang berada di kemuncak dengan mengambil contoh mereka terpaksa membeli Cristiano Ronaldo daripada Manchester United dengan harga 80 juta pound (RM400 juta).\rSebaliknya mereka kini tampil dengan strategi untuk menandatangani sekumpulan bintang muda dengan anggaran nilai sekitar 20 juta pound (RM100 juta) hingga 30 juta pound (RM150 juta).\r\n\n\n\n\rLima pemain yang cuba dilengkapkan perpindahan ke Real dalam tempoh sehingga 2014 ialah Wilshere, pemain tengah Barcelona B, Rafinha, pemain sayap Athletic Bilbao, Iker Muniain, perancang tengah Lille, Eden Hazard dan pemain tengah Dortmund, Mario Gotze. –  Agensi\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.412844 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list