View: 153|Reply: 0
|
DiGi, Google jalin kerjasama
[Copy link]
|
|
DIGI Telecommunications Sdn Bhd menjalinkan pakatan strategik dengan Google bagi menawarkan Perkhidmatan Pesanan Ringkas Gmail (SMS).\rKetua Internet Mudah Alih dan Pengiklanan Digi Praveen Rajan berkata, DiGi adalah syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang menawarkan SMS Gmail dan pakatan itu adalah satu daripada banyak cara inovatif yang disandarkan syarikat itu bagi memenuhi janjinya \"Internet Untuk Semua\" yang memudahkan rakyat Malaysia mengakses kuasa Internet.\r\n\n\n\n\r Beliau berkata, pakatan dengan Google itu membolehkan DiGi menawarkan opsyen SMS kepada jutaan pengguna Gmail di negara ini.\r\r\n\n\n\n\n Ia akan turut mengembangkan dengan meluas komuniti sembang masing-masing, melalui sembang masa sebenar melalui SMS, tanpa mengira jenis peranti mudah alih, katanya dalam satu kenyataan semalam.\rSementara itu, Ketua Negara Google Malaysia Sajith Sivanandan berkata, SMS telah menjadi cara biasa komunikasi mudah alih di Malaysia dan ramai rakyat negara ini masih bergantung kepada bukan telefon pintar masing-masing.\rSMS Gmail menjadikan komunikasi segera antara Gmail dan telefon mudah alih melalui SMS, katanya, sambil menyatakan ia membawa perkhidmatan Gmail kepada bukan telefon pintar seperti SMS Gmail Google dan orang ramai boleh menghantar pesanan teks percuma secara langsung dari akaun Gmail masing-masing untuk menjawab dan ia akan muncul seperti jawapan bersembang.\rBagi pelanggan DiGi, perkhidmatan itu disediakan percuma tanpa memerlukan langganan berbanding pesanan sembang melalui SMS dari telefon mudah alih yang masing-masing dikenakan bayaran 10 sen bagi setiap SMS.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|